Bab 26: First day

8.2K 505 16
                                    

Raykal membetulkan hood di kepalanya. Tanpa sedar, Andra sedang memerhati gelagat Raykal. Lawak pun ada. Kadang kadang ala ala model, kadang kadang ala ala kapten dan macam macam lagi.

"Ini tak sesuai dengan kau kat gandeloff la". Ujar Andra tiba tiba lalu menarik hood di kepala Raykal. Raykal tersentak lalu cepat cepat menutup semula rambutnya. Andra ternganga.

"Raykal.. rambut kauuu?" Terkejut Andra melihat rambut Raykal yang makin lama semakin banyak jaluran putih. Raykal cepat cepat mengeleng. Andra teringat akan buku yang dibacanya sebelum bertemu dengan Raykal.

"Keturunan ini memang tercipta dengan sifat kesetiaan yang kuat dalam dirinya. Buktinya adalah rambutnya. Keturunan ini akan dapat menjadi musuh, cinta hati ataupun kawan. Rambut keturunan ini sekarang adalah berwarna hitam. Jika dia mempunyai kawan, ia akan berubah baik dan rambutnya akan ada warna biru dan jika dia ada cinta hati maka rambutnya akan ada berwarna putih.. Dia akan setia hingga hujung nyawanya"

Mata Andra membulat. Baru dia teringat tentang perubahan rambut Raykal mngikut hatinya. Apakah?

"Raykallll.. Siapa yang kau jatuh cintaaa?" Soal Andra terkejut. Raykal tersentak.

"Mana ada.." Nafi Raykal. Andra menjeling Raykal tajam.

"Ye la tu, sekarang.. kau buka je hood kau tu. Kau jangan risau, Amyl dan semua tu takkan ingat apa yang terjadi hari tu. Aku dah hilangkan memori dia". Ujar Andra. Raykal membulatkan matanya.

"Pasal diaorang nampak kau punya rambut je? Kau hilangkan memori diaorang?" Soal Raykal.

Flashback...

Andra menangis teresak esak apabila menerima berita mengenai bondanya.

"Erhh,, Dhia.. kenapa kau nangis?" Soal Amyl kalut.

"Nothing". Jawab Raykal. Tiba tiba angin bertiup kencang dan...

Hood di kepala Andra terbuka. Aleena, Rezza dan Amyl terkejut besar. Termasuk Raykal.

"Rambut kauuu". Jerit mereka serentak. Secara tak sengaja, Raykal mengeluarkan serbuk tidur kepada mereka. Andra pula diam.

End flashback...

Andra pun menghilangkan memori mereka tentang Raykal dan dia sendiri. Takut rahsianya terbongkar.

"Haah.. kau buang je hoodie kau tu. Biar aku kemaskan rambut kau. Dan lagi satu, jangan sesekali beritahu identiti kau ya". Pesan Andra lalu mengemaskan rambut Raykal. Raykal hanya mengangguk. Terasa dirinya itu kecil pula diperlaku sebegitu oleh Andra.

"Dah.. jom gerak". Ajak Andra. Raykal tersentak dari lamunannya.

"Jom". Mereka pun menggunakan kuasa teleportasi untuk ke gandeloff.

Sampai sahaja di Gandeloff, mereka berpisah. Raykal perlu mendaftarkan diri dahulu untuk menentukan kelas manakala Andra terus ke kelasnnya.

"Hai Dhia". Sapa Amyl seperti biasa. Andra tersenyum. Dia yakin Amyl sudah melupakan apa yang berlaku. Maaf Amyl.

"Hai Amyl". Balas Andra. Amyl berlari ke arah Andra cepat.

"Dhia.. kau tahu, Haryial tampar aku sebab dia cakap aku tinggalkan dia dan pergi mengembara sendiri tanpa dia. Pelik kan. Rezza pun kena tauu". Cerita Amyl sambil mengusap pipinya yang perit ditampar Haryial. Andra tersengeh.

'Maaf ya Amyl.. ini untuk kebaikan kita'. Bisik hati Andra. Suasana yang bising bertukar sepi setelah guru masuk ke kelas.

"Baiklah.. di sini kita ada rakan baru. Raykal, silakan masuk". Kata Griff iaitu guru sejarah. Raykal masuk dengan bergaya membuatkan semua wanita terpaku. Andra membulatkan matanya.

"Kenalkan diri kamu". Ujar Griff. Raykal tersenyum dan itu membuatkan para gadis cair..

"Nama saya Raykal Adiyan Kriffindr... harap semua dapat gembira dengan kehadiran saya". Ujar Raykal.

"Raykal.. you ni tinggal kat mana? Kerajaan mana?" Soal salah satu gadis dengan gedik.

"I tinggal dengan seorang gadis. Dan kerajaan itu, itu hal personal kut". Jawab Raykal membuat semua gadis mengeluh.

"Tinggal dengan girlfriend you ke?" Soal gadis lain pula. Baru sahaja Raykal ingin menjawab, Griff sudah mencelah.

"Sudahh.. Raykall.. kamu boleh duduk di sebelah Dhia". Arah Griff. Raykal hanya menurut lalu menuju ke arah kerusi kosong di sebelah Andra. Sempat juga dia mendapat jelingan maut daripada Andra.

"Handsomeee nya dia tuu". Puji Amyl. Andra hanya mengeluh menyampah. Raykal, kenapa kau sekelas dengan akuuuu?

SEPERTI biasa, Andra tidur di pokok besar di belakang Gandeloff. Pokok itu tersorok jadi pelajar lain tidak akan melihatnya. Sebab itu Andra suka dengan tempat itu.

"Dhia.. kau memang suka ponteng kat sini ke?" Soal Raykal membuatkan Andra terkejut besar. Raykal hanya selamba berjalan di atas dahan pokok.

"Kau buat apa kat sini? Macam mana kau boleh tahu aku kat sinii?" Soal Andra. Raykal ketawa kecil.

"Your smell is very strong". Jawab Raykal. Andra menjengkilkan matanya. Raykal sudah ketawa terbahak bahak.

"Not funny, okey". Geram Andra dibuatnya.

"So, apa kau fikir?" Soal Raykal. Andra mengeluh.

"Kau buat apa kat sini? Boleh tak jangan kacau akuu". Marah Andra. Raykal tersengeh.

"Sebenarnya aku lari dari gadis gadis gila yang kejar aku. Scary tau. Tak sangka jumpa kau. So, kau dah buat keputusan? Pasal rantai tu? Aku boleh tolong kau". Andra memandang Raykal. Rantai di dalam poket dikeluarkan.

"Aku.. aku... aku setuju. Aku akan pakai rantai ni. Aku tekad nak jumpa bonda walaupun dalam mimpi". Ujar Andra ragu ragu.

"Malam ni kau pakai laaa.. tapi sakit la sikit. Aku pun kena ikat kau takut kau tak tahan kan lari, susah aku." Andra terkejut.

"What? Ikat?" Soal Andra jelas kelihatan riak wajah terkejutnya. Raykal mengangguk.

"Ya, ikat.. malam ni kita buat. Jangan risau, aku pun dah pernah lalui tu. Sakit la jugak tapi berguna". Ujar Raykal.

"Apa maksud kau?" Tanya Andra. Raykal mengeluarkan satu rantai berbentuk 🌟.

"Ni rantai penyeru Ydra. Kau kan ada Ydra juga kan??" Andra terdiam. Ydra? Adakah yang pernah diceritakan bonda? Naga?

"Naga kut? Bonda cerita tapi aku tak berapa tahu la. Jadi rantai tu boleh menyeru Ydra?" Raykal mengangguk.

"Aku akan menyeru untuk mendapatkan kuasa bantuan. Tapi, semua Ydra sudah aku panggil. Tapi tiada pula bentuk naga. Kau sure ke Ydra keturunan kau naga?" Soal Raykal ingin kepastian. Andra mengangguk.

"Naga ialah simbol kekuatan keturunan kita. Dia akan muncul setelah kamu sudah mendapat kesemua kuasamu. Dia selalu ada bersama kamu. Dalam diri kamu".

Kata kata bonda terngiang ngiang di mindanya. Naga?

"Tapi.. aku yakin Ydra aku naga. Kau pun tahu kan simbol keturunan aku macam mana". Ujar Andra. Raykal terfikir. Masihkah naga wujud? Betulkah itu Ydra Andra.

'Aku kena siasat'. Bisik hati Raykal ingin tahu. Andra memandang wajah Raykal yang sedang termenung itu. Matanya tertatap pada rambut Raykal. Jalur jalur putih melambangkan dia sudah jatuh cinta. Tapi dengan siapa?

Pin pinnn.. sorry cerita ni mengarutt.. otak sis mmang mngarut pun. Sis tulis je apa yang datang dalam otak sis ni. Idea datang je, sis tulis. Haha... Comment and vote.. awal sikit update hari ni. Ingat nak update malam tapi adik sis nak guna fone sis.. tu yang sis update petang.. thnks kepda yg sudi baca dan comment dan vote dan pandang dan apa apa semua. Thanks semua... ^_^ malam ni kalau ada masa last minutes sebelum 12 malam, sis update satu lagii..

Abaikan typoo

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now