Bab 54: RISAU

7.3K 407 6
                                    

Semua mata memandang ke arah Quien Klra. Quien Klra pula hanya menunduk mendiamkan diri.

"Macam mana ayahnda boleh seksa bonda sebegitu kejam? Apa dah berlaku sebenarnya bonda?" Soal Rafaral sayu. Kesian melihat keadaan bondanya sekarang. Wanita yang sering pentingkan kebersihan dan kecantikan diri kini sudah seperti pengemis jalanan.

"Bonda.. bonda tak tahu nak cerita macam mana Rafa. Semua ini atas kesalahan bonda sendiri. Akibat tamakkan kuasa dan kedudukan, kami sanggup merampas kebahagian orang lain. Dan akibatnya, akibat alpa.. kami sebegini". Sayu sahaja suara Quien Klra.

"Sekarang kami taknak tahu pasal semua tu. Sekarang, kami nak tahu kenapa semua ini boleh jadi. Bukankah ayahnda amat menyayangi bonda. Mana sanggup dia menyiksa bonda sebegini rupa". Adreald mengangguk setuju. King Frast merupakan rakan sepermainannya dulu tetapi akibat satu peristiwa, hubungan mereka hancur.

"Karlos.. dia yang hasut ayahnda kamu Rafa". Luah Quien Klra lalu memeluk erat Rafaral. Pelukan itu dibalas erat.

'Karlos.. kalau aku dapat kau memang aku cincang kau lumat lumat. Kau merosakkan dan menghancurkan sebuah keluarga dan keluarga itu adalah keluargaa akuu'. Jerit hati Rafaral marah.

"Baru kau rasa betapa sakitnya kehilangan kasih sayang seseorang bukan?" Soal Raykal sambil bersandar di penjuru pintu. Tiba tiba muncul.

"Raykal.. tak baik cakap macam tuu". Lengan Raykal dicubit geram oleh Andra.

"Raykal.. maafkan bonda". Pintanya. Raykal hanya dengan riak dinginnya. Tiba tiba dia merasa marah dengan bondanya.

"Dah la Aykal". Kata Rafaral. Ezyiril pula mengangguk setuju. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri. Tidak berani menyampuk.

"Kenapa kak? Akak sedar tak, akibat ketamakan diaorang lah.. semua ni kacau".

Andra mengeluh perlahan.

"Ini bukan salah mereka.. Kau patut maafkan diaorang. Sejahat mana diaorang, diaorang tetap darang daging kau. Air yang dicincang takkan putus. Sekarang baik kau cari jalan bagaimana nak selesaikan masalah". Tegur Andra. Raykal terdiam.

"Kita kena lawan Karlos". Kata Adreald.

"Dia kuat.. Mana mungkin kita dapat mengalahkan dia. Lagipun, dia ada banyak pengaruh". Semua memandang ke arah Quien Klra.

"Apa maksud bonda, pengaruh?" Soal Rafaral. Setahunya, Karlos keturunan terakhir. Kedengaran keluhan kecil di mulut Quien Klra.

"Raja kegelapan.. Karlos dah menjalankan satu perjanjian dengan raja kegelapan. Dia mahukan semua darah bangsawan untuk musnahkan dunia. Dan Raja Kegelapan yang menolongnya. Kamu semua tahu bukan. Raja kegelapan mempunyai kuasa yang amat hebat." Semua tersentak.

"Jadi, Racun XX yang terkena pada Andra itu daripada Karlos dan Raja Kegelapan? Aku dah agak dah. Semua ni mesti ada kaitan". Ujar Raykal.

"Kami akan siasat nanti.. kami juga akan ke sana dalam masa secepat mungkin". Ujar Andra.

"Apa? Ke kerajaan kegelapan? Kamu sudah gila ya Andra. Kamu tu bukannya dah pandai menggunakan semua kekuatan kamu. Tak, ayah tak benarkan kamu pergi". Bantah Adreald.

"Ayah, Andra ke sana untuk menyelamatkan Ydra Andra".

"Kamu tahu kan dunia itu bahaya. Banyak keturunan kegelapan tinggal di sana. Orang yang ke sana takkan dapat selamat dengan begitu mudah. Kamu harus fikir dengan lebih baik". Pesan Quien Klra. Semua mengangguk setuju.

"Andra tetap dengan keputusan Andra. Andra harus selamatkan Ydra Naga. Dia diseksa. Walau apa pun yang berlaku, Andra tetap dengan keputusan ini". Tegas Andra.

'Kau degil Diandra'. Bisik hati Raykal.

SEMUA orang sudah lena diulit mimpi. Andra masih lagi tidak lena.

'Aku harus ke dunia kegelapan secepatnya. Aku tak mahu membahayakan orang orang yang aku sayang'. Bisik hati Andra lalu bangun dari baringannya.

"Selamat tinggal semua. Maafkan aku". Bisik Andra lalu masuk ke dalam potral. Hatinya sayu untuk meninggalkan Raykal dan semuanya. Dia juga memungkari janjinya dengan Raykal.

Maaf.. hanya itu kata kata yang dapat terungkap.

'Jangan... itu bahaya wahai Puteri keturunan pahlawan'.

Kata kata itu membuatkan Andra tersentak. Belum sempat dia melangkah, potral sudah tertutup. Andra memandang ke arah sekelilingnya.

"Itu bahaya.. Kamu tak patut pergi sendirian. Jika Raykal tahu, pasti dia akan merisaukan kamu". Sapa satu suara. Ya, itu adalah Quien Klra.

"Tapi, aku tak mahu Raykal berada dalam bahaya hanya disebabkan aku". Andra tertunduk. Quien Klra tersenyum. Tubuh Andra dipeluk.

"Dulu, arwah ibu kamu baik denganku. Maaf, dulu aku mencederakan kamu. Ibumu dulu amat baik seperti kamu. Ketika kamu di alam manusia, dia sering bercerita tentang kamu pada aku". Ujar Quien Klra. Andra memandang ke arah wajah putih bersih Quien Klra.

"Bukankah King Frast tidak menyukai keturunanku?" Soal Andra.

"Ya, itu betul. Aku bersahabat dengan Celidra dalam diam. Ketika aku ingin membenamkan pedang ke dada kamu, dia telah berbisik kepadaku sesuatu". Cerita Quien Klra menarik minat Andra.

"Apa yang dia bisikkan?" Soal Andra ingin tahu. Quien Klra tersenyum.

Bersambung.. apa yang dibisikkan bonda Andra err? Next update akan ada jawapannya. Bagaiman Klra bertemu dengan Celidra dan macam mana mereka bersahabat..

#abaikan typo..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now