Bab 25: Buku Purba

8.5K 496 10
                                    

Media dekat atas tu gambar Raykal sebelum berubahhh..

Andra memandang sayu makam bondanya. Andra menggenggam penumbuknya.

'Averaaaaaa'. Jerit hati Andra. Tiba tiba dia teringat pesan bondanya ketika di dalam mimpi. Serta merta kemarahannya reda menjadi tangisan. Raykal hanya memandang tubuh Andra yang teresak esak itu. Perkara ini hanya Raykal dan Andra yang tahu.

"Dhia.. sabarr. Aku yakin bonda kau selalu di sisi kau. Di hati kau". Pujuk Raykal. Andra menahan sebak. Rantai yang dibelinya ketika di Asland itu ditatap. Itu satu satunya cara untuk berhubung dengn bonda.

"Raykal.. rntai ni betul betul ke dapat menghubungkan kita dengan bonda aku?" Soal Andra. Raykal teragak agak untuk mengangguk.

"Betul tapi kesakitan apabila kau mula mula pakai tu agak teruk. Rantai tu ingin meresap ke jiwa kau. Aku takut kau tak tahan." Ujar Raykal. Andra memandang sayu ke arah makam bondanya lalu berdiri tegak.

"Dhia pergi dulu bonda.. Raykal, jom.. aku ada benda nak tunjukkan dekat kau". Ajak Andra. Raykal hanya menurut sahaja.

Raykal memandang Andra pelik. Besar betul kotak yang dipegang Andra itu.

"Kotak apa tu?" Soal Raykal. Andra membuka kotak itu. Satu buku setebal 5 inci dikeluarkan.

"Ini adalah buku keturunan aku. Tapi, aku kurang fasih dalam tulisan purba. Sebelum aku mendaki gunung beberapa hari lepas, bonda ada serahkan benda ni dekat aku. Dia cakap..." Andra teringat kata bondanya beberapa hari lepas.

Flashback..

"Dhia.. kamu dah besar. Bonda rasa kamu dah patut tahu rahsia keturunan kita dan sejarah keturunan kita. Kamu jangan risau, keturunan sihir cahaya hitam akan menolongmu mencari kebenaran". Ujar Bonda sambil memberikan sebuah kotak besar kepada Andra.

"Bonda.. kenapa tidak bonda saja yang menolong Dhia?" Soal Andra. Permaisuri Celidra tersenyum. Kepala anaknya diusap.

"Bonda bukan selalu ada di sisi kamu Dhia. Ingat Dhia, ada seseorang yang menunggumu datang bertemunya. Dia pasti merinduimu". Kata kata Permaisuri Celidra menimbulkan beribu soalan di mindanya.

"Apa maksud bonda? Siapa?" Tanya Andra.

"Kamu akan tahu ituu.. dia akan membantumu membuka dirimu yang sebenar. Ingat pesan bonda ini, kita sebagai keturunan Ndra bukan keturunan yang mencari musuh tetapi keturunan yang mencari kawan. Berjuanglah kerana ingin melindungi, bukan untuk melukai." Pesanan Bonda Andra tersemat kukuh di hati Andra. Pesanan terakhir bonda diwaktu hidup dan diwaktu mimpi menjelma.

End flashback..

Raykal mengangguk faham.

"Tulisan dalam ni semua tulisan pelik la. Mybe tulisan bunian purba pada masa masa dahulu. Buku ini pun nampak dah terlalu lama. Sudah berjuta juta tahun". Buku itu dibelek belek oleh Raykal. Andra hanya jadi pemerhati.

"So? Kau tahu?" Soal Andra. Raykal termenung sebelum mengeleng sambil tersengeh. Andra menjeling tajam ke arah Raykal.

"Tak.. tapi aku boleh je tolong kau. Aku ada kenal sorang ni. Dia memang dah lama dah tentang hal hal sejarah ni. Dia pun salah satu wira purba zaman dahulu. Umurnya sudah tua. Mungkin mencapai 1000 lebih dahh. Biasa la, bunian dapat hidup lebih 1000 tahun. Lain kita ni, boleh hidup hanya 500 kebawah." Ujar Raykal. Andra mengangguk.

"Kalau macam tu, jom la jumpa dia". Ajak Andra disambut ketawa besar Raykal. Andra mencebik.

Apa yang lawak?

"Kau gila ke? Dia ada di dunia Ferrisshy laaa.. aku mana ada kuasa teleportasi sekuat itu sampai menembus dunia lain. Aku hanya dapat menembus dunia Asland sahaja." Ujar Raykal menghabiskan sisa tawanya.

"Aku dapat tembus ke sana." Jawab Andra malas. Baru Raykal teringat yang Andra ni keturunan Ndra. Memang patut la teleportasinya tinggi.

"Tapi, sekarang tak boleh. Aku takut nak ke sana sebab sekarang dunia itu sedang kacau." Ujar Raykal. Andra membutangkan matanya. Okey, keturunan cahaya hitam penakutttttt!!!!

"What do you say? Kita patut ke sana tau menolong merekaaa". Geram dengan sikap Raykal itu. Raykal tersengeh.

"Aku gurau jee.. esok kita pergi la. Persiapan semua pun belum siap lagi. Lama kut kita nak ke sana. Bukan boleh teleportasi ke bandar Hulys kan. Mesti perjalanan jauh". Ujar Raykal.

'Haah kan.. baru aku teringat. Tapi takkan aku dan Raykal je? Amyl dan Rezza? Kalau aku ajak dia jadi identitiku terbongkar. Bonda pesan jangan bongkar rahsia kepada orang lain tentang identitiku. Bagaimana ini bondaa? Patutkah Dhia membongkarkannya dan kenapa Dhia rasa tak sedap hati?" Pelbagai perkara bermain di minda Andra. Raykal hanya termenung. Entah apa yang difikirkannya.

Maaf lambat sikit publish.. ni pun buat last minutes.. Hope enjoy.. jangn lupa comment and vote. Gudniteee..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ