Bab 67: Hilang

6.6K 410 7
                                    

Sudah 1 bulan ketiadaan Raykal. Andra serba salah. Dia sudah mencari Raykal di setiap tempat, tetapi jejak Raykal pun tiada. Jika sesuatu buruk berlaku pada Raykal, dia takkan maafkan dirinya.

Setelah ketiadaan Raykal, baru dia tahu betapa pntingnya Raykal di sisinya. Dia salah kerana menganggap Raykal lemah.

"Raykal  kau ke mana? Habis tempat aku mncari kau tapi tiada langsung jejak kau atau aku ada terlepas sesuatu ke?" Bisik Andra sendirian. Mundar mandir dia memikirkan keberadaan Raykal saat ini. Hidupkah dia atau sudah.... mohon dijauhkan.

Akhirnya dia terduduk juga akhirnya. Lutut dipeluk erat. Tanpa sedar, setitis air mata jatuh juga. Dia berasa bersalah. Kerana dia, Raykal menghilang.

Dia teringat kenangannya bersama Raykal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia teringat kenangannya bersama Raykal. Dia tersenyum hambar.

"Kalau kau balik, aku janji akan..." kata kata Andra terhenti.

Satu bunyi membuatkan Andra tersentak. Dipandang sekelilingnya. Andra bangun lalu bersedia untuk bertindak.

"Keluarr kau.. jangan bersembunyi lagi. Jangan jadi pengecutt". Jerit Andra. Dia melihat sekelilingnya yang gelap. Timbul rasa aneh dalam hatinya.

'Kenapa aku tak rasa sebarang aura ancaman? Atau mungkin....' Andra tersentak. Dia mengeleng kepala. Sekarang dia merasakan aura yang cukup dia kenali mendekatinya.

'Tak mungkin'. Bisik Andra.

Krekk...

Andra tersentak apabila muncul seorang lelaki berhood hitam. Tangan Andra ditarik dan .....

AMYL tercungap cungap. Letih dia mencari Andra di setiap pelusuk istana tetapi hampa. Langsung tiada kelibat Andra di sana. Puas dia mencari tetapi bayang bayang Andra pun dia tidak jumpa.

"Kau jumpa?" Soal Syilly. Amyl mengeleng sambil mengeluh hampa.

"Aku takut dia buat benda yang tak elok je". Ujar Haryial. Mereka semua mengangguk setuju. Terkejut dia apabila menyedari Andra menghilang tadi. Risau mereka jika Andra membuat tindakan terburu buru. Sesi latihan Andra untuk memantapkan kuasa masih belum cukup.

Walaupun Andra sudah kuat, tetapi banyak lagi kuasa yang belum dikuasai sepenuhnya. Terutama kuasa hitam. Susah untuk dikuasai. Lagipun, Andra sering ponteng latihan untuk mncari keberadaan Raykal. Kesian juga mereka melihat keadaan Andra.

"Weii koranggg". Jerit Harry. Semua memandang ke arah Harry yang berlari ke arah mereka.

"Apa?" Soal Syilly. Harry menunjukkan skarf yang dipakai Andra.

"Aku jumpa ni kat tepi hutan. Dekat dengan gua. Bila aku cuba jejak Andra guna Skarf ni, langsung tak dapat. Seperti itu lah jejak terakhir Andra". Terang Harry masih keadaan lelah.

"Jangan jangan dia diculik kut?" Semua memandang ke arah Amyl tajam. Amyl tersengeh.

"Maaf.. salah salah.. aku cuma cakap je". Amyl menunjukkan barisan giginya yang tersusun rapi. Semua mengeleng kepala.

"So macam mana ni? Aku rasa kita patut lapor dulu pada King Qyba. Mana tahu dia betul betul diculik". Kata kata Harry mendapat persetujuaan semua.

"Baik lah.. kita pergi jumpa King dahulu". Ujar Haryial. Mereka semua hanya mengangguk setuju lalu berlalu dari situ.
Andai Andra betul betul diculik, maka satu masalah besar akan harus ditempuhi. Andra sahajalah harapan untuk menyelamatkan dunia. Jika Karlos dapat membuka kunci itu, maka.. dunia akan terancam.

RAYKAL ketawa melihat gelagat gadis di hadapannya itu. Muka polos itu membuatkan hatinya tercuit.

"Apa nama kamu?" Soal Raykal. Gadis itu tersengeh.

"Namaku Ian.. kamu?"

"Namaku Raykal... sebenarnya kamu dari mana? Bagaimana kamu boleh berada di hutan ini?" Tanya Raykal. Ian terdiam.

"Aku dari Prwin.. aku tinggal di sana. Aku juga tidak tahu bagaimana aku boleh ke sini. Tadi, aku lihat ada cahaya. Apabila aku mendekatinya, langsung aku ke sini". Cerita gadis bernama Ian itu. Raykal mengangguk sahaja.

"Prwin itu dimana ya?" Ian ketawa besar mndengar pertanyaan Raykal.

"Kamu kelakar. Prwin kan bandar terkenal. Takkan kamu tidak mengenalinya". Gadis itu masih ketawa. Raykal terdiam. Dia memang tidak mengenali tempat itu.

Raykal mengeluh berat apabila mengingati perbualan pertamanya dengan gadis yang menjadi rakan sepermainannya dulu. Selama seminggu sahaja gadis itu muncul dan menghilangkan diri tanpa khabar berita.

"Raykal.. kamu taknak balik ke? Pasti Andra risaukan kamu". Kata Vedemiar. Raykal hanya terdiam.

"Aku akan balik hari ini. Hati aku rasa aneh seperti ada sesuatu berlaku." Jawab Raykal. Vedemiar memandang sayu ke arah Raykal. Serba salah dia ingin memberitahu llaki itu.

"Aku sebenarnya ingin memberitahumu sesuatu. Aku harap kamu jangan bertindak sebarangan". Ujar Vedemiar. Raykal memandang Vedemiar dengan penuh tanda tanya.

"Andra, dia menghilang". Kata kata Vedemiar membuatkan Raykal kehilangan kata kata. Kaku tidak bergerak.

"Raykal.. aku cuba untuk mencari Andra tapi tak dapat. Dia menghilang tanpa sebarang jejak pun. Aku rasa Andra pergi dengan rela". Ujar Vedemiar setelah beberapa minit terdiam.

"Maksud kau dia pergi dengan rela atau ikut seseorang dengan rela? Begitu?" Vedemiar mengangguk perlahan.

"Ya.. aku yakin Andra selamat. Kamu pergilah mencarinya. Hanya kamu dapat mengesan keberadaan Andra".

"Aku pergi.." Ujar Raykal lalu menghilangkan diri. Vedemiar tersenyum.

"Kau sudah berubah Raykal... Aku harap kau dapat kembalikan keamanan". Bisik Vedemiar sambil tersenyum. Sebenarnya, dia mengetahui keberadaan Andra. Dan lelaki yang berjumpa dengan Andra pada malam itu adalah dirinya sendiri.

Sorry kalau bab ni hambar. Sejak kebelakangan nii.. ceh ayat.. haha. Okey, author kan lambat update. Sorry author busy sikit. Ni pun jarang update. Entah la bila pulak nak update straight sokmo. Huh, mungkin cuti sekolah panjang ni kut. Okey la, pape pun yang sudi baca cerita mengarut sis ni thanks. Yang sudi sokong cerita ni pun thnks bnyok.. kalau korng x de... sis dok smngat gini nak truskan cerita ni. T_T. okey la, pape pun thnks^_^... abaikan typo.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now