Bab 33: Racun!!

7.8K 462 5
                                    

Rezza mundar mandir di hadapan pintu rumah Amyl. Hatinya gusar. Sudah beberapa hari dia tidak berjumpa Amyl. Malah Amyl menghilang tanpa khabar berita. Haryial dan Harry juga begitu. Ke mana lah kembar itu pergi.

"Mana semua orang niii.. Dhia pun tak ada. Mana diaorang pergiii". Jerit Rezza kuat. Geram dia memikirkan hal ini.

"Daripada kau terpekik melolong macam ni, baik kau cuba berhubung dengan diaorang. Ni, kalau kau mnjerit pon.. bukan diaorang dengar pun". Ujar Aleena sambil menyandar badannya di sebatang pokok. Rezza mengeluh.

"Kau tak faham.. penat dah aku cuba berhubung tapi tak dapat. Macam minda Amyl dan semua dikunci supaya tiada gangguan masuk. Urghhh, sakit hati aku nii". Bebel Rezza. Aleena mengeleng kepala melihat gelagat adiknya itu. Dah macam orang gila.

"Dah la, mungkin diaorang ada hal kut. Jom lah balik. Opah cakap dia nak datang melawat kita petang ni. Aku nak masak lagi, kemas lagi". Ajak Aleena. Rezza hanya menurut. Dalam hatinya masih tertanya tanya, ke manakah semua orang pergi. Menghilangkan diri tanpa khabar berita.

ANDRA menahan sakit. Mukanya pucat lesi. Andra terkena racun raksaksa yang dilawannya kelmarin. Sengaja dia tidak memberitahu orang tentang ini. Tak sangka pula racun ini tidak dapat disembuhkan dengan kuasa penyembuhnya.

Tok tok tok.. pintu diketuk. Andra cepat cepat menyembunyikan lengannya yang semakin teruk. Makin lama seperti semakin merebak. Buktinya, warna hitam yang hanya kecil mula membesar dan merebak ke kawasan kulitnya sehingga besar.

"Dhia.. kau okey? King Qyba kata kau sakit?" Soal Raykal apabila masuk ke dalam bilik. Andra hanya mengangguk lemah. Suaranya ditahan supaya tidak menjerit kesakitan. Takut jika Raykal tahu tentang lukanya itu.

'Kuasa hitam? Aura dia ada di bilik Dhia? Kenapa?'. Hati Raykal tertanya tanya. Raykal sudah memerhati sekeliling ruang itu.

"Kau cari apa?" Soal Andra lemah.

"Aku rasa ada aura hitam di sini". Ujar Raykal. Riak wajah Andra bertukar. Raykal yang menyedari hal itu menatap wajah Andra sebelum beralih ke lengan Andra.

"Tell me a true". Tegas Raykal lalu membuka kain yang menutupi lengan Andra. Andra menggigit bibirnya menahan sakit apabila Raykal memegang lengannya.

"Tak ada apa lah. Sikit je. Aku terkena racun masa berlawan dengan raksaksa tu kelmarin. Sikit je. Kejap lagi sembuh la". Ujar Andra. Raykal membutangkan matanya.

"Sikit kau cakap? Ni dah merebak semuaaa. Kau tahu tak racun ni boleh membawa mautt. Racun kegelapan ni tiada ubat yang boleh menyembuhkannya". Marah Raykal. Andra terdiam.

"You mean I will death?" Soal Andra. Raykal terduduk di atas katil. Kepalanya kian pening. Risau dengan racun yang sudah merebak itu..

"Yes but.. ada satu yang dapat tolong kita. Valega. Ahli ubatan di Asland. Dia sahaja yang dapat bantu kau. Kau bersiap cepat. Kita akan ke sana kejap lagi". Tegas Raykal. Andra mengangguk sahaja. Hatinya sedikit gusar.

'Bonda.. adakah Dhia akan bertemu bonda di alam sana?' Bisik hati Andra.

Beberapa minit, mereka sampai di Asland.

"Putera.. apa putera buat di sini? Ayahnda putera bersusah payah mencari putera. Pergilah berjumpanya. Dia pasti merinduimu". Sapa seorang lelaki. Raykal tersentak. Andra yang digendongnya itu mengangkat wajahnya mmandang lelaki tersebut.

"Siapa dia?" Soal Andra lemah. Raykal mengeleng kepala.

"Aku akan ke sana. Aku ingin berjumpa dengan Valega sebentar. Kau katakan kepada ayahnda ku yang aku akan mengadapnya setelah semua urusan selesai". Ujar Raykal.

"Baiklah putera.. ermm, apa urusan putera ke sana dan siapa gerangan gadis ini?" Soal lelaki bernama Jacob itu. Raykal mengeluh.

"Ini rakanku. Dia sakit dan aku perlu cepat. Dah, jangan bertanya lagi. Kembalilah ke istana". Geram Raykal dibuatnya. Jacob tersengeh lalu meminta izin pergi.

"Lambat lagi kah?" Soal Andra.

"Sekejap lagi kita akan sampai. Sabar ya". Ujar Raykal. Andra mengangguk lemah.

Seperti yang dikatakan, mereka telah sampai di sebuah rumah yang merupakan kediaman Valega

"Valegaaa". Jerit Raykal. Beberapa saat sahaja muncul seorang lelaki tua. Anggaran umurnya mungkin sudah mencecah 500.

"Putera Raykal.. apa tujuan tuan putera datang ke sini?" Soal Valega terkejut dengan kehadiran putera mahkota kerajaan Cahaya Hitam.

"Rakanku sakit.. aku ingin memintamu mengubatinya". Ujar Raykal. Valega mendekati Andra yang terkulai layu. Kain yang menutupi luka dibuka.

"Ini.. ini.. ini racun raja kegelapan. Siapa gerangan gadis ini sehingga racun raja segala kgelapan boleh ada padanyaa?" Terkejut Valega apabila melihat racun di lengan Andra. Raykal juga begitu. Tidak menyangka yang racun itu racun raja kegelapan.

"Aku tidak dapat menceritakannya di sini.. bolehkah aku masuk. Aku akan menceritakan segala galanya". Ujar Raykal. Valega mengangguk lalu menjemput Raykal masuk ke rumahnya.

"Jadi, bagaimana?" Soal Valega. Raykal menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Dan kemuadian menceritakan apa yang terjadi dari mendapat surat hinggalah hari di mana mereka berlawan. Valega mengangguk faham.

"Jadi dia adalah keturunan Ndra?" Soal Valega.

"Ya".

"Aku cuba mengubatinya. Tapi, aku rasa aku hanya dapat melambatkan proses racun itu merebat sahaja tapi untuk menyembuhkannya, aku tidak dapat." Ujar Valega.

"Tiada cara lain kah yang dapat menyembuhkan luka racun itu?" Soal Raykal mula gelisah. Janggut putih Valega diusap. Valega berfikir sebelum memandang Andra yang nyenyak tidur.

"Dia masih belum membuka kuasa cahayanya, bukan?" Soal Valega.

"Ya tapi apa kena mengenanya?"

"Memang ada kena mengenanya. Satu satunya cara untuk menyembuhkannya adalah...."

Apa caranyaaa???? Okey, bersambung.. huhuhu.. siapa nak update fast untuk bab seterusnya tekan butang star dan comment pendapat korang.. thnks yg sudi bacaa..

Abaikan typo..

Maaf jika ada kesalahan bahasa, terkasar bahasa, dan apa apa jenis kesalahan.. maaf.

Vote and comment.

Thnks yg support sis..

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now