Bab 23: Mimpi..

8.6K 559 15
                                    

(Media dekat atas tu gambar Raykal...)

"Bondaa?" Andra tersenyum melihat bondanya tersenyum ke arahnya. Tapi apabila dia mendekati bondanya, bondanya semakin jauh.

"Dhiaa.. ingat satu pesan bonda. Dendam tak bawa kita ke mana mana tapii jika kita berlawan untuk orang yang kita sayang, untuk lindungi orang yang kita sayang... Dhia buat benda yang betul. Jika Dhia berlawan untuk balas dendam, Dhia salah. Ingat Dhia, kamu tidak boleh menunjukkan kelemahanmu pada musuh. Maaf bonda sayang, bonda harus pergi. Ingat pesan terakhir bonda. Bonda akan selalu di sisi kamu dan bonda hanya boleh berjumpa kamu di dalam mimpi. Kamu ingat pesanan bonda". Ujar Permaisuri Celidra lalu pergi jauh dari pandangan Andra. Andra terduduk.

"Apa bonda cakap.. bondaaa!! Jangan tinggalkan Dhia bondaa.. bondaaaaa". Jerit Andra.

"Bondaaa.. bondaa, jangan tinggalkan Dhia bonda.. bondaaa.." jerit Andra.

"Dhia.. Dhiaa.. bangun Dhiaa". Kejut Raykal. Terkejut dia apabila mendengar Andra menjerit memanggil bondanya. Andra bangun dari mimpinya. Terus dipeluk Raykal erat sambil menangis teresak esak. Raykal terkejut tapi dibiarkan saja. Belakang badan Andra diusap perlahan.

"Raykal, aku takut. Aku mimpi bonda aku tinggalkan akuu". Esak Andra. Raykal hanya mengusap belakang badan Andra.

"Itu hanya mimpi. Esok kita kan nak ke Pulau Asland. Dah esok lusa kita nak balik. Mimpi tu sebab kau rindukan bonda kau je kut". Ujar Raykal. Pelukan dileraikan. Andra berkerut.

"Raykal, rambut kauu.." Ujar Andra. Raykal terkejut lalu cepat cepat dia menutupnya semula.

"Nothing.. kau tidur la ya. Aku nak keluar kejap". Ujar Raykal.

"Nak ikut boleh? Aku tak dapat nak tidur laa". Kata Andra. Raykal mengusap kepala Andra yang ditutupi dengan hoodie lembut.

"Pandai kau bodek aku. Jom" ajak Raykal. Andra tersenyum gembira.

"Kau nak buat apa sini?" Soal Andra apabila Raykal membawanya ke dalam hutan. Raykal tersenyum.

"Kau nak tahu sebab apa aku pilih gunung ni?" Soal Raykal. Andra mengeleng kepala.

"Sebab apa?"

"Sebab gunung ni istimewa. Jauh dari pandangan makhluk lain dan ramai yang takut untuk mendaki gunung ini. Tempat ini nyaman dan damai sangat. Yang orang tahu hanya bahaya ada di sini sedangkan gunung ini lebih indah dan cantik daripada sangkaan kita". Ujar Raykal. Andra mengangguk faham.

Beberapa minit berjalan, akhirnya sampai di tempat yahg ditujunya.

"Cantiknya tasikk niii.. airnya warna merah bercahaya.." Ujar Andra terpegun. Raykal menarik hoodie yang dipakai oleh Andra.

"Kalau kau nak tahu, rambut kau ni akan berubah jadi macam ni la lepas kau dapat kuasa cahaya kau". Ujar Raykal. Andra memandang Raykal tidak percaya.

"Kenapaa?" Soal Andra tekejut. Raykal tersenyum lalu duduk di atas rumput. Tasik yang indah itu dilihat tenang sahaja.

"Banyak kau tak tahu tentang diri kau Andra. Lepas kau mendapat kuasa terakhir iaitu kuasa cahaya, diri kau akan berubah menjadi yang lebih kuat. Kuasa cahaya kau iaitu hasil gabungan tanah itu memang kuat. San campuran semua warna itu, warna seperti tasik itu la yang tercipta". Terang Raykal. Andra memandang tasik di hadapannya. Tasik itu bercahaya. Baru dia perasan, tasik itu berwarna warni tapi apabila dilihat sepintas lalu, hanya merah sahaja. Ajaib..

"Macam mana tasik ni tercipta di tengah tengah gunung ni er?" Soal Andra.

"Tasik ini namanya Alls.. maknanya semua. Semua kuasa digabungkan di dalam tasik ini maka terbentuklah tasik ini. Dulu, semua raja setiap kuasa berkumpul di gunung ini. Ini lah buktinya. Semua kuasa bersatu. Kau adalah keturunan hebat Andra. Kau mampu menguasai semua elimen". Kata Raykal. Andra tersenyum.

"Kadang kadang, aku berharap nak jadi keturunan yang biasa biasa sahaja. Tak ada masalah dan tak perlu sembunyi. Aku nakkan kebebasan. Tapi sekarang, baru aku tahu.. takdir memilih aku". Ujar Andra sambil memandang tasik itu. Raykal memandang Andra.

"Kau sepatutnya bertuah Andra. Aku ni terlahir dalam kejahatan. Aku harus mencari takdir aku untuk terlepas dari segala galanya. Terlepas dari kegelapan. Kau? Dilahirkan saja, kau dah dapat takdir kau. Aku harus mencarinya." Raykal tersenyum hambar. Tiba tiba Raykal terasa seperti ada sesuatu yang berat di bahunya. Raykal terkejut. Dia tahu itu kepala Andra.

"Raykal.. kenapa rambut kau bertukar warna putih?" Soal Andra. Raykal menunduk.

"Tak ada apa apa.. cuma tadi aku pergi jalan jalan lepas tu ada tepung jatuh atas aku. Tu yang rambut aku jadi warna putih. Kau jangan salah faham. Akuu..." kata kata Raykal terhenti apabila terdengar dengkuran halus daripada Andra. Raykal tersenyum. Rambut warna warni Andra dipandang. Wajah Andra yang tidak tertutup dengan hoodie ditatap.

"Kita sama Andra.. Kita harus menyembunyikan identiti kita daripada ketahuan umum. Sentiasa lari. Tak ada kebebasan seperti yang lain". Bisik Raykal.

Hai guyss.. hari ni author rajin sikit nak update triple.. thanks yang sudi bacaa.. vote and comment pendapat korangg..

Abaikan typoo...

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now