Bab 4- Ready to fight?

11.3K 741 7
                                    

Kelahiranmu adalah satu kuasa.

Kuasa yang dapat menguasai seluruh lautan

Dan

Seluruh daratan...

Dua kuasa bergabung

Dan kamu buktinya

Kewujudan pahlawan naga

Dan buktinya kau seorang pahlawan sejati

Andra tersedar dari tidurnya. Sudah banyak kali Andra bermimpikan benda yang sama.

"Andra?" Panggil Aleena yang terpisat pisat bangun.

"Kau Al.. kenapa?" Tanya Andra.

"Aku nak ingatkan kau yang kau ada pertandingan esok. Aku risau". Ujar Aleena dan terus kembali lena.

"Mengigau rupanya". Andra mengeleng kepala. Hampir seminggu dia tidur di bilik Aleena sejak Rezza tahu identiti Andra.

Andra memandang langit yang amat berbeza dengan keadaan langit malam di bumi. Langit malam di Stellantra World berwarna ungu kecahayaan. Kata Aleena, langit ini melambangkan kehidupan keturunan Ndra iaitu penguasa dunia ini.

"Keturunan Ndra la membuat kuasa warna langit ini. Katanya, selagi kuasanya hidup maka langit ini akan selalu bercahaya. Mungkin hanya cerita kerana keturunan Ndra mungkin sudah tiada."

Teringat kata kata Aleena tentang cerita itu.
"Kau buat apa tu?" Sergah Rezza tiba tiba. Andra tersentak.

"Kau Rezz.. saja lepak lepak". Ujar Andra acuh tak acuh. Rezza duduk di tepi Andra.

"Lewat dah.. kau tak tidur ke? Esok kau dah nak berlawan?" Tanya Rezza. Andra diam.

"Woi kau pekak ke? Ouh lupa, kau tak kesah kan. It's okey. Sedia terima kekalahan". Sinis Rezza. Andra hanya diam.

"Kau ni kenapa?" Geram Rezza apabila Andra tidak membalas.

"Rezz.. kakak kau cakap gabungan kuasa cahaya, air dan tanah tidak boleh. Kenapa?" Tanya Andra. Dari tadi dia berfikir tentang itu. Entah apa yang membuatkan Andra berminat dengan kisah Puteri Dragonella ini.

"Kenapa kau nak tahu sangat keturunan tak wujud tu?" Tanya Rezza.

"Tak wujud? Macam mana kalau wujud? Aku saja je nak tahu. Entah la.. aku rasa macam nak sangat tahu anything pasal cerita ni". Ujar Andra. Rezza memandang Andra sebelum mengeluh.

"Dulu, zaman permulaan wujudnya kuasa hebat iaitu Cahaya dan Air...satu peraturan telah ditetapkan bahawa keturunannya tidak boleh berkahwin dengan keturunan tanah iaitu Nmyiar kerana gabungan keturunan Ndra dan Nmyiar akan membentuk satu sumpahan besar kepada anak yang dilahirkan dan seluruh keturunannya. Dan Puteri Dragonella telah melanggar maka ....." kata kata Rezza terhenti dengan sengehan.

"Maka apa?" Tanya Andra tidak sabar. Rezza tersengeh lagi.

"Maka sekarang kau kena tidur.. bye". Ujar Rezza lalu berlari meninggalkan Andra yang terpinga pinga.

"Rezzaaaa". Bergegar satu dunia apabila Andra menjerit. Geram betul dengan Rezza.

"Sedia untuk esok wahai puteri, aku akan menjagamu selalu dari jauh. Ingatlah wahai Diandra.. kuasamu adalah kepercayaanmu. Jika kamu percaya, nescaya kuasamu sendiri akan terbuka".

Andra kaku mendengar suara itu. Dia menekup telinganya. Bisikan itu selalu mengganggunya sejak dia berada di sini.

"Siapa kau? Kenapa kau selalu ganggu aku". Jerit Andra.

"Kamu akan tahu siapaku. Menang lah wahai puteri kerana keturunanmu dilahirkan sebagai pemenang".

"Dan ingat, sumpahan yang dikenakan langsung tidak wujud padamu. Ingat wahai puteri, aku sanggup memindahkan sumpahan itu disebabkan aku amat menyayangimu. Ingat, teruslah kamu berusaha.. untuk mencari penawar sumpahan."

"Sumpahan apa? Siapa kau? Keluarr". Jerit Andra lagi. Tapi malang, suara itu telah hilang. Hilang dari minda Andra!!

Pertandingan akan diadakan 5 minit lagi tapi Andra hanya selamba makan dengan seleranya.

"Woi, kau sedar tak nanti kau tu akan bertanding. Kau boleh makan sebanyak ini? Macam mana nak berlawan nanti"? Bebel Rezza. Aleena hanya mengeleng kepala.

"Aku lapar la". Ujar Andra dengan mulut penuh.

"Kalau macam ni perangai kau.. memang kau akan kalah." Tegas Rezza. Andra hanya menyambung makan tanpa menghiraukan bebelan Rezza.

"Andra Advilent dan Haryial Avitor Le Domen, sila bersedia di atas padang perlawanan sekarang".

Pengumuman itu mengejutkan Aleena dan Rezza tapi tidak bagi Andra. Andra bangun lalu menggeliat.

"Yes.. ready to fight". Ujar Andra. Aleena memegang bahu Andra.

"You will die.. kau tahu tak keturunan DD akan lawan kau?" Tanya Aleena. Andra mengangkat keningnya.

"So? What?" Tanya Andra. Rezza menepuk dahi.

"She is a sister of Harry Alitor Le Domen. Kau tahu tak dia mempunyai kuasa tanah angin dan untuk pengetahuan kau dia...." kata kata Rezza terhenti apabila Andra menekup mulut Rezza.

"I want to go now.. sambung nanti. Bye." Ujar Andra lalu pergi. Rezza terpinga pinga.

"Now, you see? That girl is very annoying.. and she will die. Kau tahu kan keturunan DD macam mana." Marah Rezza.

"Berserah je la. By the way, adik Harry penguasa tanah dan angin? Harry kilat angin right?" Tanya Aleena. Rezza mengangguk.

"Okey, she will die". Ujar Aleena.

Andra dengan muka gembira melambai ke arah Rezza dan Aleena. Rezza menekup mukanya manakala Aleena tersenyum hambar sambil membalas lambaian Andra.

"Ready to fight...." kata kata pengadil dipotong oleh Andra.

"Wait.. I want to chat with her first". Ujar Andra sambil tersenyum ke arah perempuan berambut putih bermata koko. Pengadil tersebut menahan sabar.

"Sorry Mr Andra, we have to start now". Ujarnya. Andra mengeluh sebelum mengangguk.

"Ready to fight and go". Ujar pengadil itu lalu keluar dari padang perlawanan.

"So, you Andra? No have power. Well, I Haryial.. nice to meet you". Sinis kata kata Haryial. Andra tersenyum.

"Yes.. me, ready to be loser?" Tanya Andra membuatkan semua penonton mengeboo Andra.

"Wow.. I'm ready but I want to be a winner". Ujar Haryial lalu menyerang Andra menggunakan kuasa tanah tetapi Andra dengan senang mengelak.

"You know.. when I was 4 years old, I already fight with my father same like I fight with you but I lose.. and when I 10 years old, I be a Winner". Ujar Andra berbisik tetapi dapat didengar oleh Haryial.

"Oh ya.. take thisss". Ujar Haryial. Tanah mula membentuk satu makhluk lalu makhluk itu menyerang Andra.

30 minit berlalu..

"Ini tidak mungkin, Andra masih tidak kalah walaupun sudah 30 minit berlawan. Haryial nampak sudah penat menyerang tetapi Andra masih dengan muka selamba dia itu". Aleena terkejut juga melihat Andra menepis serangan Haryial sedangkan Rezza dapat tewas dengan Haryial hanya dalam 10 minit.

"It's very amazing". Ujar Harry sambil tersenyum. Perlawanan sekarang makin menarik. Tidak pernah dia melihat adiknya bertarung lebih daripada 20 minit. Harry pun pernah hampir kalah dengan adiknya pada minit ke 20. Nasib ibunya membantu.

"Imposible". Ujar seseorang. Riuh rendah penonton. Rata rata tidak percaya apabila Haryial berlawan dengan orang yang tiada kuasa pun lebih 30 minit.

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now