Bab 45: Prita Si Harimau!

7.1K 450 6
                                    

"Dhiaa.. jangan pernah percaya pada orang. Apabila hati kamu berkata, maka itu adalah benar. Keturunan kita adalah keturunan istimewa yang mrmpunyai firasat dan kata kata hati yang benar. Ingat Diandra, jaga diri kamu. Bonda yakin kamu akan dapat sembuh. Raykal tak kan pernah inginkan kamu terseksa. Bonda yakin dia akan berkorban separuh jiwanya untuk melihat senyuman kamu". Bonda mengusap kepala Andra. Dikucup perlahan ubun ubun Andra.

"Bonda.. benarkah ayah masih hidup?" Soal Andra. Bonda tersenyum sayu.

"Kamu sendiri akan menemui jawapan segala pertanyaan di minda kamu. Ingat Dhia, kamu harus cepat. Jangan berlengah lagi untuk mencari penawar itu." Kelibat bonda semakin menjauh. Itulah pengakhiran pertemuannya dengan bonda di mimpi malam ini.

Andra memandang Fiona yang mesra berbual dengan Raykal. Terbit rasa cemburu di hati.

"You tinggallah lama lagi kat sini. Lagipun you sendiri cakap yang Andra sakit". Lengan Raykal dipegang manja oleh Fiona. Raykal tersenyum lalu meleraikan pegangan Fiona.

'Aish minah ni. Naik berbulu aku dengab perangai gedik dia ni'. Bisik hati Raykal.

"Tak boleh. Lain kali je la. Lagipun Diandra dan aku perlu pergi sekarang." Ujar Raykal.

"Uhuk uhuk uhuk". Andra terbatuk batuk. Serta merta dia ke dapur.

"Dhia.. kau okey?" Soal Raykal setelah sampai di dapur. Diusap perlahan belakang badan Andra.

"Aykal.. aku dah tak ada masa". Ujar Andra lalu mengangkat wajahnya. Raykal terkejut apabila melihat darah hitam di bibir Andra.

"D.. Dhia.. ". Raykal gagap. Dan seraya itu juga tubuh Andra rebah. Raykal mendukung tubuh Andra lalu membuka potral ke pulau yang dikatakan Andra semalam. Pulau itu adalah satu satunya pulau berdekatan dengan tempat di mana ayah Andra kemalangan.

"Aik? Mana mereka pergi? Tadi ada?" Soal Fiona sendirian setelah masuk ke ruang dapur.

Raykal dan Andra tiba di pulau itu. Raykal memandang wajah pucat Andra. Dia takut jika kehilangan Andra. Dan sekarang dia harus mencari Adreald iaitu ayah kepada Andra.

"Bagaimana aku ingin mencari satu orang di pulau sebesar ini". Bisik Raykal sendirian. Tiba tiba dia teringat akan Ydra nya. Ya, Raykal mempunyai Ydra berbentuk Harimau Putih Hitam. Cuma, harimaunya itu sedikit bermasalah.

"Wahaii Ydra keturunan Cahaya Hitam ke 100, keluarlah engkau. Aku menyerumu ke sini".

Serta merta suasana menjadi kelam dan muncullah seekor harimau yang amat besar.

Serta merta suasana menjadi kelam dan muncullah seekor harimau yang amat besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harimau itu mempunyai warna bulu yang berwarna putih dan berjalur hitam. Kebiasaannya Raykal tidak akan memanggil Ydra nya itu untuk berlawan. Ydra nya itu amat bermasalah. Pemalas!! Tapi ini sahaja satu satunya untuk mencari Adreald dengan menghidu bau nya.

"Ada apa engkau memanggilku? Engkau menganggu tidurku". Ujar harimau itu sambil menguap besar.

"Prita, aku minta pertolongan kau. Aku perlukan penawar untuk gadis ini". Harimau itu memandang Andra di dukungan Raykal.

"Adakah itu cintamu? Kamu ingin mnyuruhku menjejak ayah gadis itu, bukan?" Raykal mengangguk mengiyakan kata kata harimau itu.

"Jadi?" Soal Raykal.

"Tak.... aku malass". Ujar harimau itu. Hati Raykal makin panas.

"P.. Prita, aku m.. mohon pada kau. T.. tolong jejak ayah aku". Mohon Andra lemah. Prita jadi kesian dengan Andra lalu mengeluh.

"Baiklah. Aku akan menolong kau. Naik cepat". Arah Prita. Raykal tersenyum lalu menaiki belakang badan harimau itu. Tak sangka hati Prita mudah lembut juga ya.

"Maaf menyusahkan kau". Bulu Prita diusap. Dan Prita berbunyi seperti suka dengan kelakuan Andra.

"Ehem.. dah jalan". Tegas Raykal. Cemburu. Andra membelai belai Ydra nya. Dia ni? Siapa la nak belai.

"Fiona kan ada". Ujar Andra. Raykal tersentak.

"Hah?"

"Ye laa.. aku tahu dalam hati kau tu. Fiona kan boleh belai kau". Ujar Andra. Raykal mencebik.

"Perempuan gedik tu? Memang tak laa". Andra ketawa kecil.

"Macam mana Pri? Ada bau?" Soal Raykal.

"Ermm.. ada. Memang tepat sangkaan kau. Ada penguasa tanah di sini". Ujar Prita. Andra tersenyum lega.

'Ayah.. tak lama lagi Andra akan jumpa ayah'. Bisik hati kecil Andra. Tidak sabar dia ingin bertemu ayahnya. Tapi, bondanya sudah tiada. Pasti ayah sedih.

Keturunan Andra adalah raja segala keturunan.

Keturunan Ndra adalah keturunan yang memiliki 9 kuasa.

Tapi...

Ramalan yang dikatakan, akan terlahirnya seorang bayi yang berkuasa.

Di saat itu lah, satu sumpahan berlaku..

Dunia akan menjadi kacau..

10 kuasa bergabung..

Bagai tasik Alls

Maka, keturunan baru akan terlahir selepasnya.

Iaitu menyambung keturunan kepahlawanan naga.

(Buku purba Keturunan Ndra ms 4)

Hari ini ada dua update sekali gus. Thnks yg sudi baca. Next update, semuanya akan terjawab. Adkh Andra dapat berjumpa dengan ayahnya? Mampukah dia membuka kunci kuasa cahaya? Benarkah Parwasakti itu ayahnya sendiri? Kenapa?

Diandra Advilent: A True Self Of Princess Diandra✔Where stories live. Discover now