Prologue

3.4K 252 32
                                    

Sebuah kafe yang agak ramai para pelanggannya,lagu irama jazz berkumandang menghiburkan para tetamu menjamu selera. Seorang pemuda selaku pemilik kafe itu tersenyum puas,kemudian kembali masuk ke dalam dapur.

"Meja nombor dua! Siap!"

"Meja nombor sebelas topup air satu jag!.."

"Ada pelanggan baru masuk! Meja nombor empat!.."

Suasana agak meriah walaupun sibuk,para pelayan pula tidak menang tangan mengambil pesanan daripada pelanggan.

Suasana sibuk biasanya sekitar tengahari,dari jam 12 tengahari sehingga jam 2 petang. Manakala waktu pukul 3 sehingga 5,hanya beberapa orang pelanggan sahaja. Namun sentiasa ada tidak kira masa,pemilik kafe itu tersenyum puas.

"Sibuk macam biasa!..cantik!" Kata pemilik kafe tersebut.

"Boss...kami pulang dulu ye? Semua dah siap..." ujar salah seorang pekerjanya,seorang gadis remaja.

"Okay Lily,Hana...elok-elok balik tahu..." ujar pemilik kafe tersebut.

"Boss malam nanti nak tutup pukul berapa?.." soal pekerja lelaki pula.

"Tengok la kalau bahan habis,tutup awal..tapi kalau belum,macam biasa la.." kata pemilik kafe itu lagi.

"Roger boss...kami sediakan bahan dulu la macam tu.." kata pekerjanya yang lain.

Arjuma Syah Al'Hisyam sekadar tersenyum dia bersyukur mendapat pekerja yang bagus,malah jujur tanpa ada sebarang penyelewengan. Lily dan Hana merupakan pelajar sekolah tinggi,jadi mereka hanya bekerja dari waktu sekolah iaitu jam satu petang sehingga jam lima petang.

"Huh?..." lamunannya terhenti apabila matanya tertangkap seorang pekerja sedang memasak.

"Oi Hairil kau buat apa tu?..." soal Arjuma ke arah pekerjanya bernama Hairil.

"Tengah masak la boss! Apa lagi.." Hairil 21 tahun menoleh ke arah majikannya.

"Ada pesanan ke?.." soal Arjuma menjeling papan monitor pesanan.

Meja 15
Order : Spaghetti and Orange juice

"Ouh....buat elok-elok Ril..." kata Arjuma beredar.

"Hehe...mestilah!.." kata Hairil teruja.

"Baiklah semua yang lain,sediakan bahan untuk masakan malam nanti.." arah Arjuma.

"Yeah!!..." serentak para pekerja yang lain.

Kling!

Arjuma memandang ke arah pintu,kemudian terkejut melihat seseorang yang dia kenal. Lantas dia terus menghampiri pelanggan tersebut,Hairil pula menyediakan makanan untuk pesanan yang dibuat.

"Ini kopi awak..." ujar salah seorang pelayan,Nina tersenyum menghidangkan minuman.

"Pesanan meja nombor 14 siap!.." kata Hairil menekan loceng.

"Baikkkk....." Nina segera mengambil pesanan.

"Rasif,ni pesanan meja 16..cepat sikit!.." Arjuma pula menekan loceng.

"Coming through .." balas pekerja bernama Rasif itu.

Pada masa yang sama,di luar kafe pula kenderaan empat roda parkir penuh di kawasan parkir. Majoriti pemandu datang untuk menikmati hidangan dari Arjuma Cafe,tidak lama satu pasangan lelaki dan perempuan menghampiri kafe tersebut.

"Ramai kan orang hari ni?.." soal gadis itu,anak mata birunya memandang ke papan tanda.

"Ini kafe..tempat orang singgah untuk makan...memang la ramai.." jawab pemuda itu dan menarik tangan gadis tersebut,memasuki kafe tersebut.

ARJUMA CAFE [C]™Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora