Menu 19 : Nasihat Arjuma

957 115 2
                                    


Hairil menguap panjang di hadapan kafe dan diperiksa pada telefon visual,menunjukkan jam 6 pagi namun kafe masih belum ada sesiapa di dalam. Arjuma sedikit lewat atau hari ini,hari cuti? Tidak kerana menunjukkan hari ini bertarikh..

"Isnin 24 May 2050...." ujar Hairil kemudian menghela nafas pendek.

"Biasa orang tua tu paling awal...." kata Hairil sendirian.

"Haih...sejuknya....dah nak masuk musim panas.." kata Hairil lagi dan menghela nafas pendek,wap keluar dari mulutnya sebaik nafasnya dihela.

Seseorang berjalan melangkah ke arahnya,langkahnya dilakukan dengan berhati-hati tidak mahu diketahui oleh Hairil.

"Senior?..." Hairil dikejutkan dengan teguran seseorang,kemudian dia menoleh dan terkejut kerana Hana berdiri di hadapannya dengan baju uniform sekolah tinggi.

"Hana? Awal hari ini? Bukan masuk sekolah jam 7.30?" soal Hairil.

"Emm...tapi saya ada perjumpaan persatuan perwakilan pelajar..." ujar Hana menjawab sambil tersenyum.

"Ouh...awak president ke?" soal Hairil.

"Huh? Tak bukan! Saya ahli biasa...lagipun tanggungjawab seperti itu tidak sesuai untuk pelajar biasa macam saya..." jawab Hana merendah diri.

"Huh?...saya tak rasa awak pelajar biasa..." kata Hairil selamba.

"Huh? Apa maksud senior?" Hana kehairanan.

"Maksud saya..awak comel,cantik,jenis memahami maksud saya awak pujuk saya tempoh hari tu....dan juga awak pelajar kelas teratas kan? Lily beritahu saya..."

Hana terkejut campur terdiam malah mukanya merah menahan malu,dia menundukkan kepalanya kerana pujian Hairil dengan mukanya yang selamba itu. Siapa sangka dia dapat pujian daripada orang yang dia suka?

"Ah...maaf! Saya pergi dulu!"  Hana mukanya merah padam dan terus berlari meninggalkan Hairil yang terpinga-pinga.

"Huh? Aku cakap benda yang salah ke?" soal Hairil menggosok belakang kepalanya.

"Kau ni tak faham perempuan ya?" satu suara menegurnya,Hairil menoleh ke belakang lalu terkejut.

"Boss...." Hairil tersengih melihat Arjuma berdiri menyilangkan tangannya merenungnya.

"Menyedihkan...." kata Arjuma kemudian membuka kunci pintu dan masuk.

"Huh? Apa salah aku?!" Hairil kehairanan.

Kafe mula beroperasi seperti biasa dan Rasif sibuk melayan para pelanggan,kebanyakannya daripada kalangan para gadis muda yang meminati ketampanannya. Hairil sekadar tersenyum kelat dan ketawa kecil,sekali-sekala dia mengeluh pendek.

"Kau kenapa?" soal Arjuma tangannya pula bergerak memasak.

"Huh?..." Hairil menoleh ke arah majikannya.

"Kau mengeluh semacam kenapa?" soal Arjuma lagi.

"Ouh..nothing important,cuma nampak Rasif dikelilingi gadis..terasa cemburu.." jawab Hairil.

"Cemburu?..." Arjuma memandangnya.

"Yeah...banding macam saya,tiada siapa yang minat...ha..ha.." kata Hairil mengusap belakang kepalanya.

"Hmm...." Arjuma sekadar memandangnya.

"Ah...maaf kerana merepek..hehe.." ujar Hairil menyambung kerjanya.

"Kita tidak perlukan ramai gadis yang minat kita...." ujar Arjuma mengeluarkan makanannya yang telah siap dimasak pada pinggan.

"Huh?" Hairil menoleh ke arahnya semula.

"Cari seseorang yang betul-betul sukakan kita,yang tidak kisah daripada rupa atau harta..." kata Arjuma memandang Hairil.

"Boss?" Hairil tersenyum kelat.

"Cari yang suka kita seadanya...tanpa fikir apa status kita.." ujar Arjuma mengangkat pinggan dan meletakkan pada meja serta menekan loceng.

"Pesanan meja 14 siap! Air macam mana?" 

"Ada dah siap!" Nina muncul dan mengambil makanan tersebut.

Hairil memerhatikan Arjuma dengan terpegun,kata-kata majikannya membuatkan dia terdiam kemudian sekadar ketawa kecil. Dia memandang ke arah Rasif yang sedang mengelap gelas,kemudian dia kembali melakukan kerjanya semula.

Arjuma menoleh ke arah Hairil yang sedang memasak,dia sekadar tersenyum simpul dan kembali memasak semula. Dia terbayang imej Rebecca tersenyum,kemudian menggaru pipinya dan malu sendiri.

"Kata orang tapi diri sendiri pun tak jelas lagi...haih.." Omel Arjuma sendirian.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now