Menu 24 : Temujanji dua insan

913 107 5
                                    




Ting! Ting!!

Bunyi loceng ditekan berulang kali oleh tukang masak,sama ada Arjuma ataupun Hairil.

"Pesanan dah siap!.." kata Hairil lantang memberitahu.

"Baik..datang!!..." Lily segera menuju untuk mengambil makanan bagi dihantar kepada pelanggan.

"Ya...cik adik inginkan kopi apa? Sweet creamer? Capuccino?.." Rasif melayan para pelanggan,kebanyakan datang hari ini ramai yang perempuan pula.

"Amboi ramai betul peminat dia.." ujar Hairil.

"Buat kerja tu jangan sibuk hal orang lain.." Arjuma mencelah dengan selamba.

"Yeah..yeah...i know that..." balas Hairil.

Nina juga tidak ketinggalan menghantar makanan,kemudian dia mengemas meja sebaik ada pelanggan yang siap menjamu selera. Hana juga kadang membantu,jika tiada permintaan pelanggan untuk merasai kek buatannya.

Namun dalam diam dia memandang ke arah Hairil yang sibuk,memikirkan semasa Hairil mengajak keluar untuk temujanji. Dia masih belum memberi jawapannya lagi,juga masih terkejut dengan pelawan Hairil dan tertanya-tanya patut ke dia menerima ajakan Hairil?

"Pergi je la! Kenapa nak pening fikirkan pergi ke tak nak pergi?" kata Lily apabila ditanya.

"Tapi.....kenapa dia tiba-tiba ajak?" soal Hana masih kurang yakin.

"Ala dia ajak bukan ada benda tak elok pun...kau sendiri tahu macam mana sikap dan perangai dia? Baik..dan sopan santun.." ujar Lily panjang dan Hana mengerutkan dahi.

"Itu depan mata dia..belakang kita macam mana?" soal Hana dan pada masa itu seseorang berjalan ke arah kawasan mereka,terhenti sebaik mendengar perbualan dua sahabat itu.

Lalu orang itu mengambil keputusan untuk curi-curi dengar,dengan menyandar di sebalik pintu kantin kafe.

Lily memandang sahabatnya dengan muka blur,kemudian dia menggaru kasar kepalanya dan merenung Hana dengan tajam. Hana turut menyedarinya dan menyebabkan dia berundur sedikit ke belakang,Lily masih merenungnya.

"Apa?" Soal Hana gugup takut jadinya dengan renungan sahabatnya.

"Kau suka senior bukan? Suka Hairil?" Soalan Lily membuat orang yang mencuri dengar terkejut.

"Ataupun kau dah suka orang lain pulak?" Soal Lily lagi dan Hana terkejut.

"Tak! Saya suka senior lagi...tapi..." kata-kata Hana terhenti,Lily hanya menghela nafas kesal.

"Hana..." kata Lily lembut dan Hana memandang ke arah sahabatnya itu.

"Kalau kau suka dia...pergi luahkan,sekarang tak ada nak fikir istilah perigi mencari timba..." kata Lily lagi dan Hana masih mendiamkan diri.

"Kalau kau tak nak senior terlepas pada tangan orang lain...ada baiknya bertindak cepat..lagipun kau dengan senior semakin rapat aku tengok.." kata Lily diselangi usikan.

"Maybe he just think me as a little sister.." kata Hana masih kurang yakin.

"Itu kata kau...kata dia pula? Ada dia kata macam tu?" Soal Lily dan Hana menggelengkan kepala.

"Good..terima pelawaan dia sahaja..mana la tahu untung badan kau boleh jujur dengan perasaan kau nanti.." kata Lily lagi tersenyum.

"Lily...thanks..." Hana memegang tangan Lily sambil tersenyum.

"Itu gunanya sahabat,Hana...." balas Lily tersengih.

Pada masa yang sama orang yang mencuri dengar itu,sekadar tersenyum dan menghela nafas pendek kemudian dia beredar dengan segera.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now