Menu 37 : Perbualan Dua Lelaki

720 100 0
                                    

Rasif menongkat dagu pada kaunter barista,dia hanya memerhatikan para pelanggan yang berbual sesama mereka. 

Lily mengemaskan meja yang ditinggalkan oleh pelanggan,sekarang cuti musim panas dan waktu itu sahaja dia dan Hana dapat shift penuh.

Hana membakar kek dan dia memerhatikan oven dengan khusyuk,telatahnya diperhatikan oleh Hairil dan pemuda itu hanya menggelengkan kepala sahaja. Tangannya pula sibuk memasak,haruman masakannya disedut olehnya. Puas hati masakannya menjadi,lalu diambil pinggang untuk dihidangkan.

"Boss..." Arjuma menoleh ke arahnya Hairil sebaik dipanggil.

"Apa?..." Soal Arjuma.

"Hey boss...will you give a try?..."

"Hmm...masakan baru ke? Hmm...sedap bau ni,daging lembut yang dimasak serta salutan madu...."

"Yup! Cuba la rasa hehe.."

Arjuma tersengih melihat keyakinan pekerjanya itu,lantas diambil pisau serta garfu. Daging lembu itu masih hangat,sebaik ditekan pada daging tersebut amat lembut. Membuatkan Arjuma tergamam,Hairil tersengih melihat reaksi majikannya.

Arjuma menghiris daging tersebut,lalu dicucuk dengan garfu dan menyuapkan ke mulut. Arjuma membulatkan matanya,tersenyum puas dan rasanya amat sedap.

"Nice good job...." Arjuma memuji.

"Hey guys...apa korang buat?" Rasif menyoal sambil menjengulkan kepala melalui bingkai tingkap.

"Menu baru...nak cuba?" Arjuma menyoal.

Rasif memandang ke arah masakan daging tersebut,dia menelan air liur kerana baru pandang sahaja membuatkan dia ingin menjamahnya.

"Can't I?...." Rasif menyoal.

"Sure....dig in!..." Pelawa Hairil tersengih.

Hana menoleh ke arah mereka sebaik mendengar riuh-rendah,kelihatan Arjuma ketawa bersama Hairil. Rasif serta Shah mengangguk seperti setuju mengenai sesuatu,Hairil yang sedang berborak sedar Hana memandangnya dan memberikan senyuman padanya.

Hana terkedu dengan senyuman daripada kekasihnya,mukanya merah menahan malu.

Sebulan hampir ke penghujungnya dan Arjuma pula sudah hampir ke hari perkahwinannya,Hairil pula sudah siap persiapannya untuk ke belajar di luar negara.

Hana pula sudah berjanji untuk menunggunya,tidak kira apa yang berlaku dia setia menunggu.

"Kau dah siap semua untuk study abroad?..." Arjuma menyoal.

"Tinggal 5% je..." Jawab Hairil dan Arjuma mengangguk faham.

Mereka duduk di bumbung atas kafe,memerhatikan jalanraya yang basah kerana hujan pada waktu pagi. Jam menunjukkan dua belas tengahari,matahari tidak kelihatan akibat dihalang awan mendung di langit.

Air kecil pada daun jatuh ke bumi,kelihatan kanak-kanak bermain air di kaki lima. Ibu bapa mereka memberi peringatan,supaya tidak bermain sehingga ke tengah jalan.

Arjuma hanya mengangkat vape lalu muncung rokok elektronik itu dimasukkan ke dalam mulut,asap berbau wangi keluar berterbangan ke udara. Hairil hanya memerhatikan udara itu lenyap,sambil menongkat dagu dan matanya berkerdip.

"Tinggal berapa lama nak ke sana?" Arjuma menyoal sebaik menghembuskan asap vape.

"Setengah bulan lagi boss..." Jawab Hairil tenang matanya memerhatikan asap vape itu sehingga hilang.

"Ouh...."

"Kira dua minggu lepas boss bernikah,saya baru berangkat..."

"Okay....jangan lupa orang sini..especially Hana...."

"Don't worry boss....ia mustahil.."

Sebaik mendengar jawapan daripada Hairil,Arjuma berpuas hati dan rambut Hairil diusap perlahan.

"Boss?.." Hairil kehairanan.

"Kau tahu? Aku akan rindukan kau..." Arjuma berkata sambil tersengih.

Hairil terkejut mendengar kata-kata majikannya,dia terus menundukkan kepalanya. Arjuma kehairanan dan terkejut,melihat air mata gugur dari wajah Hairil.

"Hairil....."

"Terima kasih boss...aku hargainya..."

Arjuma tersenyum sendirian sambil mengusap kepala sendiri,rokok elektronik disedut sekali lagi dan dihembus ke arah berlawanan.

"Your welcome.... "

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now