Menu 8 : Putera dan Kopi

1.1K 137 2
                                    

Hi guys Coffee talk terpaksa dipadam dan diolah semula sebab wattpad menggila

Seperti biasa suasana di kafe amat sibuk pada waktu pagi,Nina dan Shah bekerjasama menghantar pesanan yang dibuat. Rasif pula jika tiada pelanggan bagi pesanan kopi,akan membantu untuk menghantar pesanan makanan dari meja ke meja.

"Meja no 3 siap!"

"Meja no 6 refill..!!"

Pagi itu agak kelam-kabut sedikit kerana pekerja sambilan tiada,kerana sudah berhenti dan Rasif membantu bagi mengurangkan kesibukan.

"Sure this morning busy as hell..." ujar Arjuma tangannya memasak hidangan yang dipesan.

"Kekurangan pekerja boss!" Hairil menyampuk.

"Memang la..." jawab Arjuma.

Nina yang memerhatikan gelagat mereka sekadar menggelengkan kepala,Shah melepasinya menghantar makanan yang sudah siap dimasak.

Pagi itu memang sibuk,namun masih dalam kawalan mereka. Jika perlu Hairil membantu menghantarkan makanan,bertukar giliran dengan Arjuma. Jika Hairil memasak giliran Arjuma pula menghantar makanan,masakan Hairil semakin lam semakin bertambah baik sebab itu Arjuma tiada masalah membiarkan dia memasak berseorangan.

"Rasif..Coffee au Lait.." kata Arjuma mengelap peluhnya dengan tuala.

"Sebentar boss..." ujar Rasif dan tangannya dengan pantas menyiapkan minuman kopi yang dipinta.

Arjuma kagum dengan kepantasan tangan Rasif,dia tidak risau jika hal mengenai kopi diuruskan oleh Rasif. Seusai menghirup secawan kopi,Arjuma segera menyambung kerjanya.

Kling!

"Selamat petang...!!" Lily muncul bersama Hana menyapa staff kafe dengan ceria.

"Selamat petang gadis muda..." jawab Rasif tersenyum,boleh dikatakan Rasif adalah penyambut tetamu.

Ini kerana kaunter barista berdekatan dengan pintu utama kafe,senang kata hanya bersebelahan. Apabila masuk dalam kafe,muka kacak Rasif akan menjadi penyambut pelanggan.

"Hi si kacak! Silap senior yang kacak..!" Kata Lily lagi tersengih.

"Haha...terima kasih..gadis comel.." balas Rasif sambil mengelap gelas dengan teliti.

"Ha...sampai pun korang.." ujar Arjuma sebaik sahaja muncul.

"Hi boss! Kami melapor diri!" Sapa Lily bersemangat dan Arjuma sekadar tersenyum melihat telatah gadis muda itu.

"Selamat petang boss.." sapa Hana pula dan Arjuma menghulurkan dua bungkusan baju.

"Ini boss?" Soal Lily teruja.

"Ya...baju kerja,tingkat atas ada bilik..cepat pergi salin.." ujar Arjuma menunjukkan tangga di sebelah kaunter barista.

Lily mengangguk faham dan menarik lembut Hana,mereka segera mendaki anak tangga. Arjuma memandang ke arah gadis remaja tersebut,sambil menyilangkan tangan dan tersenyum.

"That girls sure make this cafe more and more interesting.." katanya sendirian.

" katanya sendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now