Menu 29 : Dilema

879 91 0
                                    


Hari sibuk seperti biasa namun masih lagi dapat dikawal oleh para pelayan,Nina dan Lily berkejar menghantar makanan yang dipesan. Shah turut sama membantu dan Hana sedang membuat kek,pelanggan tidak berapa ramai hari ini namun sentiasa ada orang.

"Meja 15 siap...amik cepat.." ujar Arjuma sambil menekan loceng tanda pesanan sudah siap dimasak.

"Pesanan untuk meja 13 pun siap!..." Hairil pula menyusul.

Arjuma dan Hairil berpandangan agak lama,Rasif yang sedang membuat kopi hanya memerhatikan gelagat mereka berdua. Namun tidak lama mereka berbalas renungan,kemudian Hairil dan Arjuma masing-masing kembali membuat kerja.

"Apa masalah diorang huh?" soal Rasif sendirian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Nina pula bersama Lily sibuk mengemas meja yang sudah ditinggalkan pelanggan,oleh sebab mereka sudah lama bekerja dan cara mengemas mereka amat pantas. Arjuma jadi sayang kalau mereka ingin berhenti,bukan senang mencari orang yang senang dapat tangkap apabila diajar buat pertama kali.

Jam sudah menunjukkan waktu untuk menutup kedai,setiap hari sabtu kafe akan tutup awal kerana sudah sibuk bekerja di hari kerja. Negara Mentari meminta setiap syarikat kena ada waktu rehat sehari seminggu,untuk memberi rehat pada pekerja yang telah penat berkorban masa.

"Boss kami pulang dulu!..." Shah dan Rasif mengangkat tangan beredar.

"Elok-elok balik..." ujar Arjuma.

"Haih korang ni tak habis mengemas lagi ke?" soal Arjuma.

"Sikit je lagi boss!..." jawab Lily dan Nina hanya tersenyum sahaja.

Arjuma hanya tersenyum dan kembali ke dapur untuk mengemas,kelihatan Hairil sedang membersihkan bahagiannya. Hairil sedar Arjuma masih melihat ke arah Lily dan Nina,Hairil sekadar mendiamkan diri lalu meneruskan mengemas.

"Lama tenung...kang ada yang jeles nanti..." usik Hairil tangan masih mengemas.

"Ish..kau ni mana ada..." jawab Arjuma tersenyum menggelengkan kepala.

"Dah tu yang boss tenung anak dara dua orang tu kenapa?" soal Hairil.

"Sayang kalau diorang tu berhenti.." ujar Arjuma memerhatikan Lily dan Nina mengemas meja.

"Hmm...tapi kita tak boleh paksa kalau nak minta diorang terus bekerja boss.." Hairil mencelah dan Arjuma sekadar mengangkat bahu.

"Kau pulak Ril? Takkan tak ada perancangan untuk masa depan?" soal Arjuma menoleh ke arahnya.

"Hmm...saya ada dapat tawaran belajar bidang kulinari.." jawab Hairil sambil meletakkan masakannya di meja.

"Waa..bagus la tu..tapi kena di mana?" soal Arjuma lagi.

"Itali..." jelas Hairil dengan muka monyok.

"Bagus la camtu...dah muka kau monyok tu kenapa?" soal Arjuma kehairanan.

"Nothing just...." kata Hairil perlahan dan wajahnya memandang ke arah Hana yang sedang melakukan kerja.

"Oh.....risaukan Hana ke? Jangan la risau dia mesti nak kau pergi.." jelas Arjuma sambil membasuh tangannya,selepas selesai mengemas dan bersihkan kawasan dapur.

"Tapi..." Hairil mendesah dan Arjuma menggelengkan kepala.

"Kau muda lagi kan? Baru 21 tahun..takkan la kau nak kerja bawah orang selamanya? Kau kan suka masak? Sambung je belajar....lama tak study sana?" soal Arjuma.

"Dalam 2 tahun..." jelas Hairil.

"Okay la tu tak lama..bagi peluang Hana habiskan belajar.." Arjuma memujuk dan Hairil masih dalam dilema,Arjuma yang melihatnya sekadar mendesah sahaja.

"Hairil...kau nak Hana bahagia ke tak? Kau nak jadikan dia halal ke tidak?" soalan Arjuma membuatkan Hairil memandangnya.

"Mesti la semua yang boss tanya tu nak..." jawab Hairil.

"Dah tu? Kau nak fikir apa lagi? Pergi je la..." kata Arjuma dan Hairil mendesah.

"Kau bincang dengan Hana...dan fikir elok-elok..ini untuk kebaikan kau,aku rasa kalau mak ayah kau masih ada mesti diorang nak anak mereka berjaya..." Hairil tersentak dengan kata-kata Arjuma.

"Boss...."

"Fikir baik-baik..."

Hairil memandu kereta peninggalan arwah ayahnya yang baru dibaiki,Hana yang duduk di sebelahnya sekadar kehairanan kerana Hairil tidak bercakap dengannya langsung. Tertanya-tanya juga dalam hati adakah dia buat Hairil kecil hati tanpa dia sendiri sedar?

"Hana?" Hairil menegur dengan tiba-tiba.

"Ya awak?..." jawab Hana sedikit terkejut.

"Boleh balik lewat sikit?" soal Hairil masih fokus memandu.

"Rasanya boleh sebab esok hari minggu kan..." jawab Hana.

"Good..." kata Hairil pula.

Hana tidak mahu bertanya lagi dan membiarkan Hairil buat apa yang dia mahukan,kenderaan pacuan empat roda menyusur laju menuju ke arah destinasi yang ditetapkan.

Pada masa yang sama Arjuma sedang menyandar pada pintu hadapan kenderaannya,sambil membelek telefon pintar miliknya melayari internet mencari idea bagi menu baru. Sedang Arjuma fokus pada telefon pintar,seseorang datang ke arahnya dengan belantan baseball di tangannya.

"Hoi..." sapa orang itu mengetap gigi.

"Hmm?.." sebaik Arjuma menoleh ke arahnya,hayunan belantan baseball dihayunkan.

"Apa?..."

KRONNGG!!!!

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now