Menu 30 : Silap Langkah

812 103 9
                                    


KRONNGG!!!

Serangan mengejut yang dilakukan oleh pemuda itu berjaya dielak,namun cermin kereta Arjuma tidak selamat dan hancur berkecai. Arjuma hanya mendiamkan diri melihat pemuda itu,dia sekadar kehairanan kenapa dia diserang dengan tiba-tiba?

"Nice..kau boleh elak..." ujar pemuda itu tersengih,dia memakai hud jadi sukar untuk Arjuma melihat wajahnya.

"Kau siapa pula?" soal Arjuma mengerutkan dahinya.

"Itu tak penting..yang penting kau akan mati hari ni!..." jerit pemuda itu segera menghayunkan belantan baseball.

Arjuma hanya menghela nafas pendek kemudian mengelak setiap serangan daripada pemuda itu,Arjuma sedar cara serangan pemuda itu bukan sembarangan dan gaya hayunan senjata pula amat dikenali olehnya.

"Military combat hand-to-hand style?" soal Arjuma dan pemuda itu menghayun serangan dengan pantas.

DUUSSHH!!

Arjuma menahan dengan tangan kirinya dan terseret ke tepi,pemuda itu tersenyum dan ketawa melihat dia berjaya memukul Arjuma. Dia tidak mahu membuang masa dan terus meluru ke arah Arjuma dengan gerakan pantas.

"Tch!..." Arjuma mengeluh dan mengelak serangan pemuda itu.

Keadaan yang berlaku menarik perhatian orang ramai dan Arjuma mula risau,namun langkah dia tersilap dan tersungkur lalu terduduk. Pemuda itu tersengih menyeringai dan mengangkat belantan baseball,Arjuma mula resah dengan keadaan itu kerana nyawa dia di hujung tanduk.

"DIE!!..." pemuda itu segera menghayunkan belantan baseball dengan sekuat hati.

Namun seseorang melompat dan menahan serangan itu dengan kaki,rambut putihnya beralun dan Arjuma tergamam sebentar. Kilat terhasil di kaki orang itu dan disepak tangannya,belantan baseball tercampak jauh dan orang ramai hanya tergamam.

"APA? SIAL!.." jerit pemuda itu dan orang yang membantu Arjuma segera melancarkan serangan.

"YANG SIAL TU KAU!!..." kata orang berambut putih dan kakinya ditarik sedikit.

"THUNDER THRUST!!!..." Satu tujahan kaki dilakukan,lalu tepat pada perut di mana hulu hati berada.

DUUUSSSHH!!!

BOOOMMMM!!!

Arjuma hanya terpinga-pinga melihat keadaan itu kemudian orang yang membantunya memandang ke arahnya,Arjuma terkejut kemudian tersengih lalu bangkit dan dibantu oleh orang berambut putih itu.

"Luqman thanks selamatkan uncle..." ujar Arjuma pada orang berambut dipanggil Luqman.

"Tak ada hal la uncle...kebetulan saya lalu sini..." jelas Luqman pula tersengih.

"Apa hal sebenarnya?" soal satu suara dan Arjuma serta Luqman menoleh ke arah suara tersebut.

Arjuma dan Luqman terkejut Rebecca mencekak kolar pemuda yang menyerang Arjuma sebentar tadi,hud turun dan Arjuma terkejut apabila melihat wajah pemuda itu.

"Dia bukan ke sama unit dengan Rebecca sebelum aku resign?" soal Arjuma dan Luqman turut terkejut,Ikhwan dan Alisa muncul dengan tiba-tiba.

"Haah..dia tu junior kau kan Arjuma?" soal Ikhwan.

"Kau ni datang tiba-tiba..." keluh Arjuma.

"Uncle datang saing dengan saya la uncle Arjuma..." jelas Luqman mencelah.

"CAKAP! KENAPA KAU SERANG DIA!!.." jeritan Rebecca membuatkan Arjuma terkejut,manakala Ikhwan dan Luqman menyuruh orang awam beredar.

Lelaki yang disoal oleh Rebecca itu hanya mendiamkan diri tidak berani bertentang mata,Arjuma menuju ke arah kenderaannya dan mengaktifkan kuasanya. Cermin yang bersepai akibat dipukul oleh pemuda itu,kembali pulih menjadi seperti sediakala.

"Apa masalah kau Azhar? Datang serang senior kau?" soal salah seorang kesatria yang mengenali pemuda yang dipanggil Azhar itu.

"Semua sebab dia...." jelas Azhar menuding ke arah Arjuma.

"Huh?..." semua memandang ke arah Azhar.

"Apa maksud awak huh?..." soal Rebecca tidak faham.

"Kalau dia tak wujud,Rebecca akan pilih aku!!..tapi tak,dia lebih pilih lelaki ni..." jelas Azhar dengan mata merenung Arjuma.

Rebecca melepaskan cengkaman pada kolar Azhar dan berundur beberapa tapak ke belakang,Alisa segera membantunya dan Ikhwan hanya menekup muka sambil menggelengkan kepalanya.

"Oi kau..." Arjuma berada di belakang Azhar.

"Kau nak Rebecca kau? Boleh..tak ada masalah..." ujar Arjuma selamba.

"Syah..." Rebecca kecewa namun Ikhwan hanya memegang bahunya.

"Tunggu dan tengok je..." kata Ikhwan tersenyum selamba.

"Tapi ada syarat..." tambah Arjuma lagi.

"Apa saja aku sanggup..." ujar Azhar tersenyum gembira.

"Tahan penumbuk aku..." kata Arjuma tersenyum.

"Eh?.." Azhar terkejut dan Arjuma segera menghayunkan penumbuk sekuat hati.

DDUUUUUSSMMM!!!!

"Alamak Arjuma kau dah bunuh orang!..." kata Ikhwan selamba.

"Jangan risau la...paling teruk patah gigi dengan kaki tangan je..." jelas Arjuma mengibaskan tangannya.

"Err....Syah.." Rebecca mencuit lengan baju Arjuma.

"Hmm? Rebecca?..." Arjuma kehairanan.

"Kenapa awak buat macam tu?..." soal Rebecca pula.

"Sebab saya tak nak awak diambil oleh sesiapa pun..." jawab Arjuma selamba dan Rebecca mukanya merona merah.

"Hehe..." Luqman ketawa kecil dan Aminudden baru sahaja tiba bersama Intan.

"Something good happen?..." soal Intan.

"Yeah honey..." jawab Alisa mengusap kepala Intan.

"Teruk uncle Arjuma kenakan lelaki tu.." kata Aminudden menggaru kepalanya.

"Padan muka itu dapatnya menyerang orang awam..." ujar Ikhwan menyilangkan tangannya.

"Orang awam ke?..." Luqman pula berkata dan Ikhwan sekadar mengangkat bahu.

Akhir kesudahannya adalah Azhar cedera teruk dan patah tiga batang gigi,dan terlantar di hospital kerana bukan sahaja gigi. Tulang tangan dan kaki sebelah kiri patah,namun tidak terlalu serius

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now