Menu 23 : Pelawaan Hairil

927 126 8
                                    

Imej Shah pada media

Seorang pemuda memerhatikan satu kafe dengan renungan tajam,wajahnya tidak kelihatan kerana bersembunyi di sebalik gelap bayang bangunan. Memerhatikan kesibukan pelayan memberi layanan pada pelanggan,giginya diketap dan menghentak dinding bangunan lalu beredar.

Gelagat pemuda itu diperhatikan oleh seseorang dari bangunan yang tinggi,mata merah kehitaman merenung pemuda itu beredar sehingga tidak lagi kelihatan. Rambut hitam panjang paras bahu beralun apabila ditiup angin sepoi bahasa,kemudian dua remaja mendarat di belakangnya.

"Uncle!..." sebaik ditegur oleh salah seorang remaja itu,orang itu sekadar tersenyum sahaja.

"Jom balik!..." kata lelaki itu.

Kling!

"MEJA 15 DAH SIAP BELUM??!!" Jerit Arjuma sambil memasak.

"Kejap! Tak payah la jerit! Aku kat sebelah je kot!" Hairil membalas juga tangannya pantas memasak,menyediakan pesanan yang telah disenaraikan pada papan monitor.

Arjuma seperti biasa sibuk memasak dan Rebecca kali ini lebih kerap melawat,sambil menikmati kopi buatan Rasif dia tersenyum sendirian memerhatikan gelagat orang yang dia sayang.

"Miss Rebecca?" Rasif menyapanya.

"Err yes?" Rebecca menoleh ke arah Rasif.

"Awak tak apa datang sini? Bukankah awak sedang dalam tugasan?" soal Rasif dan Rebecca tersenyum mendengar soalan pekerja di hadapannya.

"Hmm...saya dah resign..." jawab Rebecca dan Rasif terkejut campur tersengih.

"Eh?"

Rebecca hanya tersenyum melihat reaksi Rasif dan menghirup air kopi yang hampir sejuk itu,dia kemudian memerhatikan keadaan kafe yang sentiasa sibuk. Loceng pintu bergema sekali lagi dan dia menoleh ke arah pintu,Hana dan Lily masuk sambil menyapa mereka berdua.

"Yahalo!..kak Rebecca! Lama sampai?" sapa Lily dan Rebecca tersenyum.

"Hai kak Rebecca..." sapa Hana pula.

"Hai Lily,Hana...baru pulang dari sekolah?" soal Rebecca pula dan dua sahabat itu mengangguk.

Hana dan Lily segera mendaki tangga ke tingkat atas,untuk menukar pakaian pekerja mereka dan Hairil memerhatikan Hana sahaja. Dia menghela nafas pendek kemudian menggelengkan kepalanya,dan menyambung memasak serta Arjuma yang sedar gelagat Hairil hanya kehairanan dengan sikap pekerjanya.

Akhirnya Hana dan Lily sudah siap menyalin pakaian pekerja,kemudian mereka membantu Nina yang sedang menghantar makanan pada pelanggan sedang menunggu.

"Hana!..." Hairil menegur dengan tiba-tiba,Hana terkejut dan menyentuh dada.

"Maaf...saya tak sengaja nak kejutkan awak..ermm..." ujar Hairil lagi sambil menggosok belakang kepala.

"No..its okay...ada perkara nak beritahu ke?" soal Hana.

"Ah..yeah,urmm..." Hairil mula terasa kekok pula.

"Kau nak cakap apa....cakap la cepat...." Arjuma mencelah dan Hairil memandangnya dengan muka blur.

"Senior?" tegur Hana.

"Ah..ya..macam ni,hujung minggu ni awak senang tak?" soal Hairil dan Hana terkejut,Arjuma tersengih licik.

"Eh?" Hana terkedu.

Kling!

Waktu bekerja telah tamat dan Hairil duduk di sudut meja,sambil membelek melayari internet dan dia tidak sedar beberapa pasang mata memerhatikannya. Lily sekadar mengerutkan dahinya,di belakangnya pula Rasif dan Nina serta Shah turut memerhatikan Hairil.

"Itu Hairil kan?" soal Nina dan Rasif pula tersengih.

"Yeah...memang...kenapa?" soal Rasif.

"Senior tak pelik ke? Dia tiba-tiba ajak Hana date?" soal Lily.

"Bagus la tu...kau jugak yang nak diorang bersama..." ujar Arjuma dari belakang mereka dengan tiba-tiba.

"Hmm? Hey guys.." Nina terkejut apabila Hana sudah menghampiri Hairil.

Kelihatan Hairil menarik kerusi untuk memberikan ruang bagi Hana duduk,malah daripada gaya mereka seperti sepasang kekasih. Hairil dan Hana berbual tanpa menghiraukan siapa yang memerhati,kadang kala mereka ketawa dan bergurau senda.

"Apa yang mereka bualkan huh?" soal Rasif dan Arjuma hanya menggelengkan kepala serta beredar.

"Mana la saya tahu,jauh sangat.." ujar Nina.

"Hey guys kita mengintai ni tak apa ke? Tak elok la..." Shah bersuara dengan tiba-tiba.

"Shh...diamlah aku nak cuba dengar ni.." kata Lily pula.

"Apa korang buat ni?" soal satu suara dan mereka tersentak,kemudian memandang ke arah suara itu muncul.

Hairil dan Hana berdiri di hadapan mereka berempat,Lily tersengih manakala Nina menundukkan muka. Rasif menekup muka dan Shah hanya mampu ketawa kecil,Hairil menyilangkan tangannya dan Hana pula menggelengkan kepalanya.

"Err..."

Akhirnya mereka tiada pilihan dan memberi penjelasan pada Hairil serta Hana,sebaik selepas mendengar apa yang diberitahu oleh Lily. Hairil hanya menghela nafas dan menoleh ke arah Hana,gadis itu pula hanya tersenyum sahaja.

"Stalker..." kata Hairil pada mereka berempat.

"BUKANLAH!!..." Serentak mereka membalas.

"OI DIAMLAH!!..." suara Arjuma kedengaran.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now