Menu 40 : Kopi itu lazat

794 87 1
                                    


Burung-burung berkicauan terbang rendah melalui Bandar Hijau,seorang lelaki bersama seorang gadis rambut panjang lurus hitam bersinar. Anak matanya kebiruan berkerdip memerhatikan keadaan sekeliling.

Pasangan itu menarik perhatian semua orang yang berada di situ,si lelaki mencuit isterinya dan menuding ke arah satu kafe sambil tersenyum.

'ARJUMA CAFE'

"Meja 15 dah siap! Hantar cepat!.." Hairil meletakkan makanan yang siap dimasak.

Nina segera mengambil dan dihantar ke meja yang ditetapkan,Rasif menjerang air panas dan diletakkan tapis pada cawan. Tangannya kemas menuangkan air kopi pada cawan,membuang serbuk kopi yang ada.

Arjuma pula fokus memasak dan Hairil kehairanan,kenapa majikan dia tidak pergi berbulan madu. Bukankah biasanya pengantin baru berbuat demikian,dia menjengah mengintai Rebecca yang membantu menjaga kaunter juruwang.

"Terima kasih sila datang lagi..." Rebecca berkata dengan mesra.

Rebecca sebenarnya tidak kisah sama ada jika dapat pergi berbulan madu atau tidak,dia selesa membantu suaminya di kafe dan dia menekup kedua pipinya.

"Suami...." Ujarnya perlahan.

"Hehehehe....." Rebecca ketawa sendirian dan di hadapannya pelanggan ingin membayar bil.

"Err... Miss how much?"

Soal pelanggan dan Rebecca cepat-cepat kembali ke dunia nyata,mukanya merah padam dan Rasif hanya ketawa kecil tersenyum kelat.

Kling!

"Ah... Welcome!.." Rasif menyambut sambil tersenyum menoleh dan terkejut.

Sepasang suami isteri dan amat dikenalinya,dia tersenyum riang dan mempelawa untuk di hadapannya.

"Putera bongsu... Miss Alisa sila duduk..."

"Hey Rasif... Kopi kaw satu.." Ikhwan berkata dengan tersenyum.

"Miss?" Rasif berkata sambil menoleh ke arah Alisa.

"Coffee cream...please.." Alisa berkata dengan tenang tersenyum simpul.

"Okay..give a minute.." Rasif berkata dengan tersenyum.

"Hey Rebecca...how's going?" Sapa Ikhwan pada Rebecca.

"Everything just fine,terima kasih hadiahkan rumah untuk kami..." Rebecca berkata sambil menunduk hormat dari kaunter juruwang.

"Rumah? Ouh...itu ayahanda saya,tiada kena-mengena dengan saya..." Jawab Ikhwan selamba.

"Toksah nak merendah diri sangat,aku tahu kau yang cadang pada raja..." Arjuma mencelah sebaik keluar dari bahagian dapur.

Ikhwan ketawa kecil dan Alisa hanya menghirup kopi yang dihidangkan,Rasif hanya menggelengkan kepala dan Rebecca pula turut ketawa. Para pelanggan memerhatikan dengan wajah kehairanan,kerana orang penting dalam negara berbual rancak dengan owner cafe?

"Maafkan saya... Apa hubungan majikan kamu dengan Sixth?" Soal pelanggan pada Lily yang menghantar air minuman ke mejanya.

"Putera bongsu dengan boss saya?" Soal Lily kembali dan pelanggan itu mengangguk ingin tahu.

"Boss saya dulu dengarnya bekas kesatria dan 10 Guardian.." Jelas Lily meletakkan jari telunjuk pada dagu,pelanggan itu tersentak terkejut.

"Ah... Putera bongsu dan boss saya member kamcing rapat gila ini macam.." Lily berkata sambil menunjukkan jari telunjuk cangkuk pada jari telunjuk yang satu lagi.

Pelanggan lelaki bersut itu tercengang dan Lily meninggalkan dia,Lily hanya ketawa kecil dan Ikhwan serta Arjuma kehairanan melihat reaksi Lily.

"Kau ada amik pekerja mental ke?" Soal Ikhwan dengan selamba.

"Choi! Tolong sikit okay,diorang sihat belaka...." Kata Arjuma mencekak dan Rebecca ketawa kecil sekali lagi menekup mulutnya.

"Jangan buat macam tu,bini kau dah gelak tu..." Ikhwan berkata dengan tersengih.

Arjuma menghela nafas kesal,Ikhwan sekadar tersenyum tenang. Rasif mula rasa tidak sedap hati,Arjuma memandang ke arah Ikhwan.

"Kau nak cari gaduh ke sekarang ni..."

"Bring it on!.."

"Oi agak-agak.. Negara dah aman,jangan cari pasal..." Satu suara mencelah dan mereka menoleh.

Ikhwan dan Arjuma mendesah sahaja,sekali mendecih melihat kehadiran orang itu. Pelanggan semua tergamam,ini kerana kehadiran puteri ketiga dalam negara iaitu Reena Al'Solleh.

"Puteri...." Rebecca terkejut.

"Wanna drink princess?" Rasif menyoal dan Reena tersenyum.

"Sure...."

Suasana menjadi sepi dan Reena menghirup kopi yang dipesannya,dia tersenyum sendirian sambil memerhatikan Ikhwan yang sedang berbual mesra dengan Alisa dan juga Arjuma mengusik Rebecca.

"Jarang nampak Third ke sini,ada perkara penting ke?" Rasif menyoal.

"Nah cuma nak rasa kopi yang kamu buat..adik saya kata kamu pakar ternyata benar..." Reena memuji.

"Its my honor...." Rasif menunduk hormat.

"Please don't... Saya cuma beri pandangan dari sudut saya sahaja.." Reena menggelengkan kepalanya.

"Walau apapun Third... Really thank you..." Rasif sekali menundukkan kepalanya,Reena hanya tersenyum kelat.

"If you insist... Your welcome..." Reena mengembalikan penghormatan,Ikhwan hanya tersenyum sambil menghirup kopi krim.

"Lazat....." Ikhwan berkata sendirian.




















Lagi sikit je weh dah nak hampir ke penghujung penceritaan.

Yeah!

Teruskn semangat Wan!

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now