Menu 32 : Shopping

771 92 4
                                    


Aku menguap dan menutup dengan tapak tangan,pagi hujung minggu ini aku dan Rebecca pergi membeli barang persiapan untuk perkahwinan kami berdua. Rebecca memerhatikan setiap bentuk barang kemas yang diletakkan dalam almari khas,aku sekadar tersenyum sahaja melihat gelagatnya.

"Ada yang minat?..." soalku sebaik menghampirinya.

"Uh..uh..tak ada..." jawabnya kecewa.

"Fine..lets go find another shop..." kata aku pula mengusap kepalanya.

Aku dan Rebecca berjalan memerhatikan kawasan membeli-belah,memang sentiasa ramai pelanggan tidak kira hari biasa atau hari minggu.

"Perhatian pada semua rakyat negara Mentari..." satu suara pada monitor besar menarik perhatian seluruh orang awam.

Wajah raja Solleh tersiar jelas sambil tersenyum dan orang awam senyap,tidak berkata-kata dan kedai muzik turut menghentikan mainan lagu mereka. Semua kedai hiburan berbuat demikian,agak bagus juga displin rakyat negara Mentari.

"Maaf kerana mengganggu hari hujung kamu dengan satu pengumuman penting..." ujar raja Solleh sambil tersenyum.

"Pengumuman apa?" soal aku memandang Rebecca,namun dia menggelengkan kepala tidak tahu.

"Puteri ketiga beta...yang sedia maklum para rakyat beta tahu..telah mati sebenarnya masih hidup..." raja Solleh berkata dengan tenang,orang awam yang mendengar berita itu terkejut dan bercakap antara satu sama lain.

"Seriously?...."

"How they do it?...."

"Bukan ke berita baik....okay la puteri Reena hidup lagi.."

"Ia berita yang mengejutkan la..."

Aku hanya mendiamkan diri dan adakah aura milik Reena yang selama ini aku rasa?

"That is a big news..." ujar Rebecca.

"Yeah agree...maybe Ikhwan will change a bit.." kata aku pula.

"Change what?..." soal Ikhwan yang muncul dengan tiba-tiba,membuatkan aku dan Rebecca terkejut.

"Putera bongsu!..." ujar Rebecca tergamam.

"Sheesh...Ikhwan bagi salam tak boleh ke?..." kata aku dengan menahan geram.

"Hey jangan salahkan aku,nak tegur tiba-tiba je nama aku kau sebut...so aku tanya macam tu je la..." jawab Ikhwan dengan selamba,Alisa pula turut bersama.

Itu memang aku dah agak....

Akhirnya Ikhwan dan Alisa menyertai kami bersama bersiar-siar sekitar kawasan membeli-belah,Ikhwan antara insan pertama selain keluarga aku yang tahu mengenai perkahwinan kami berdua.

"So far how's going?" soal Ikhwan sebaik kami mengambil masa untuk berehat di sebuah kafe.

"On what?..." soal aku pula.

"Wedding ceremony..." jawab Ikhwan dengan muka blur.

"Ouh...cakap biar terang.." kata aku pula menyandar pada kerusi.

Ikhwan sekadar tersenyum dan menghela nafas pendek,Alisa pula aku perhatikan hanya mendiamkan diri sambil menghirup minuman menggunakan penyedut minuman.

"Bakal bini ada sebelah,jangan tengok orang lain punya..." Ikhwan menegur dan lamunan aku terhenti.

"Ha? What?...." aku terkesima dengan kata-kata Ikhwan.

"Kau perhatikan tunang aku kenapa?" soal Ikhwan mengerutkan dahi kehairanan.

"Sorry bro...I didn't mean to...." 

"Never mind that...I'm cool..." 

Ikhwan mendiamkan diri dan aku faham dengan keadaannya sekarang,aku dapat tahu Zero mati dibunuh ketika cuba menangkap penjenayah. Raven pula kembali semula selepas mengintip kegiatan Black Cobra,organisasi tersebut memang wujud lama sebenarnya sebelum aku berhenti sebagai kesatria diraja.

"Hey...sorry bout Zero..." ujar aku lagi.

"Its okay...I just miss him..." Ikhwan berkata lembut.

"Yeah me to...make sure you avenge his death.." ujar aku pula.

"Don't worry men..will do..." balas Ikhwan tersenyum.

Ikhwan dan Alisa tidak lama di kafe sebaik berbual dalam beberapa minit,Ikhwan meminta untuk beredar pulang.

Sekarang fokus untuk cari cincin perkahwinan,Rebecca hanya tersenyum sahaja sebaik aku menoleh ke arahnya. Itu membuatkan aku sedikit hairan juga seram,Rebecca menghela nafas pendek.

"What?..." soal aku nekad.

"Nothing...awak dengan putera bongsu memang macam kawan rapat ke?" soal Rebecca.

"Err...hehe something like that,kami mula kenal masa di akademi Neo Malaysia..." jelas aku mengusap belakang kepala.

Rebecca sekadar mengangguk faham dengan penjelasan,kemudian aku segera menghabiskan kopi yang hampir sejuk.

"Jika Black Cobra masih lagi mengancam negara ni..apakah yang akan berlaku..?" soal Rebecca sebaik aku menghabiskan air.

"Perang pasti berlaku tidak lama lagi..." jelas aku dengan memandang ke luar tingkap.

Kami berdua senyap tidak berkata sepatah ayat sekalipun,Rebecca menunduk sayu dan jelas aku pasti dia seperti menyesali sesuatu. Aku hanya menghela nafas pendek,kemudian menguap dengan pantas aku menekup mulut.

"Rasa bersalah tinggalkan pasukan?" soalan aku membuatkan dia tersentak.

Jackpot.....

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now