Menu 21 : Arjuma Dilemma

934 118 0
                                    


Aku duduk menyandar di kerusi melihat keadaan siling,juga kipas yang berpusing perlahan tahap kelajuan nombor satu rasanya. Aku menggaru belakang leher terasa gatal,nafas pendek dihelakan kemudian mata aku tertumpu di hadapan apabila pintu kafe terbuka.

Kling!

"Yo!..." orang itu menegur dan aku sekadar tersenyum.

"Rebecca its that really you?..." soal aku.

"Err...why do you ask like that?.." Rebecca kehairanan sambil menanggalkan suiter tebal miliknya,musim salji memang sejuk tahun ni.

"Nothing but the way you say 'yo'.." kata aku pendek tidak menghabiskan ayat.

"Ouh...don't worry about that..I just feel wanna try it out..but really its feel weird.." kata Rebecca menggosok belakang kepalanya.

"Okay have a sit..." ujar aku mempelawa di ke tempat duduk.

Secara budiman aku menarik kerusi untuk memberi ruang untuk dia duduk,Rebecca sekadar tersenyum dan aku hanya membalas dengan senyuman juga. Buku menu aku beri tanpa teragak-agak dan dia sudah biasa dengan perkara itu,sebaik selesai menulis pesanan aku segera menuju ke dapur.

"Ai boss? Ada pelanggan buat pesanan ke?" soal Hairil melihat sedang memanaskan dapur.

"Kawan lama..." jawab aku pendek.

Hairil hanya diam tanpa memberi soalan lagi,aku pula tanpa memperdulikan kewujudannya terus memulakan masakan. Akhirnya tidak sampai setengah jam siap masakan aku,dan siap sahaja di letakkan pada dulang bersama air minuman. Aku terus membawanya pada Rebecca,sebaik dihidangkan Rebecca tersenyum girang dan itu sudah cukup untuk aku.

"Syah?..." Rebecca berkata lembut memanggil nama aku.

"Yes?..." jawab aku lembut.

"Boleh awak temankan saya makan?.." soalan Rebecca mengejutkan aku kemudian hanya anggukan kepala,lantas aku duduk di hadapannya.

Aku temankan dia menjamu makanan yang dipesan,malah ia adalah masakan aku dan menjadi pemerhati dia menghabiskan makanan tersebut.

Aku menghela nafas pendek dan menggeliat untuk hilangkan mengantuk,rasa segar sedikit dan kadang kala aku menguap kemudian aku sedar Rebecca memerhatikan aku dengan tajam pandangannya.

"What?" soal aku.

"Awak kurang tidur ke?" soal dia pula dan aku tersengih.

"Syah?" soal Rebecca mengerutkan dahinya.

Alamak ini yang tidak gemar,nak bohong mesti dia boleh kesan. Dia masih renung aku dalam-dalam,nampaknya terpaksa berterus terang sahaja.

"Ah..ya..saya tak boleh tidur lena sangat dua tiga hari ni..." jelas aku.

"Eh?....kenapa?" soal Rebecca risau.

"Saya tak tahu...." jawab aku selamba.

"Syah...awak tu yang tak nak tidur awal.." kata Rebecca mengerutkan dahinya.

Eh? Salah aku pulak?

"Ni mesti awak menghadap handphone kan?" duga Rebecca.

Mana ada...aku balik lepas solat isyak cuba nak tidur,tapi tak boleh!

"Tidur yang cukup berikan kita kesihatan okay? Boleh mati tahu tak cukup tidur?" kata Rebecca.

What are you? My mother?

"Haa......Syah,awak patut kahwin awal je la..." kata Rebecca lagi dan kami berdua tersentak,apa yang mengejutkan muka Rebecca kemerahan menahan malu.

Okay kalau aku boleh agak kenapa,tapi kau sekali blushing kenapa huh?!

"Rebecca bab kahwin itu soal jodoh...ia tidak boleh dipaksa..." kata aku membela diri sendiri.

"Saya tahu....tapi..." Rebecca cuba membidas namun aku mencelah lagi.

"Awak patut saya tidak suka cerita bab ini bukan?" tambah aku dan Rebecca terdiam.

"Awak tiada seseorang yang awak suka dalam hati?" soalan itu aku sekadar sambut dengan helaan nafas pendek.

"Ah maaf Rebecca,saya ada kerja di dapur..." kata aku bangun dan beredar meninggalkannya.

Aku jeling ke arahnya dan dia menunduk kepala,mukanya jelas kekecewaan dan aku pula hanya mengetap gigi geram pada diri sendiri. Aku masih tiada keberanian untuk meluahkannya,apa jenis lelaki aku ni?

Maaf Rebecca aku terpaksa cakap macam tu,lagipun mana mungkin aku mampu cakap sesuatu yang memalukan?

Mengaku yang aku sukakan kau? Cari nahas ke? Kena reject buat malu je...

"Apa la kau...luahkan sahaja..." satu suara menegur dan aku memandang kemudian mendesah.

"Jamel...." ujar aku dan lelaki itu sekadar menyandar di kaunter barista,Rasif pula hanya tersenyum menghulurkan secawan kopi krim.

"Terima kasih..." kata Jamel dan Rasif sekadar mengangguk.

"Kau cakap senang la..kau dah kahwin..." balas aku duduk di sebelah Jamel.

"Kau ingat senang-senang ke Jane tu aku luah? Macam nak gugur jantung aku ni kau tahu?" jelas Jamel dan aku sedikit terkejut,Jamel dan Jane sudah berkahwin. Mereka kahwin bulan lepas,akulah yang diupah masak oleh Ikhwan.

Aku rasa lebih sesuai perkataan dipaksa jika Ikhwan yang membuat permintaan....

"Rebecca tu suka kau Arjuma...." kata Jamel memerhatikan Rebecca yang melayan perasaan sendirian.

"Ye ke....dia tak cakap pun.." kata aku pula.

"Memang la..tak kan la dia yang nak cakap dulu..." jelas Jamel.

"Seriously?" aku tidak percaya dan Jamel menghela nafas pendek.

"Hal macam ni fakta boss..." Rasif mencelah dan Jamel tersengih.

"Hish!..." aku menggaru kepala.

"Jangan lama sangat bro...nanti melepas...." kata Jamel dan Rasif sekadar mengangguk setuju,aku hanya menghela nafas pendek dan menggelengkan kepala.

"Saya sentiasa menunggu awak...."

Kata-kata Rebecca bermain di dalam kepala aku,kemudian aku menunduk ke bawah dan terfikir kenapa Rebecca menolak setiap luahan para askar. 

Kenapa dia menolak? Malah semasa dalam askar lagi,dia pernah cakap sesuatu pada aku.

"Saya sukakan seseorang....."

"Tetapi lelaki itu tidak pernah perasan.."

"Ah...." sebaik mengingati perkara itu,baru perasan kerana perempuan hanya berkata begitu pada lelaki yang dia suka sahaja. Jamel tersengih apabila aku menoleh ke arahnya,namun aku abaikan sahaja dan dia menghirup air kopi yang dihidangkan.

"Aku memang bodoh...." ujarku sendirian.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now