Menu 5 : Putera Bersaudara

1.2K 174 21
                                    

JOB WANTED

Seorang pemuda berambut blonde memerhatikan kertas notis,dia merenung dalam-dalam ke arah kertas tersebut. Senyuman terukir pada bibir dan beredar pergi,beberapa orang gadis yang melepasinya memandang ke arahnya. Terpikat dengan ketampanan lelaki itu rasanya?

Pemuda itu berjalan melintasi jalan raya,lampu isyarat bertukar merah semula.

"Arjuma Cafe huh?"

Seperti biasa kesibukan di kafe menjadi rutin harian pada waktu pagi,Arjuma memasak bersama Hairil dan Nina bersama pekerja part-time mengambil serta menghantar pesanan ke meja pelanggan. Mujur pelanggan kesemuanya memahami keadaan mereka,tidak banyak berceloteh dan sabar menunggu.

Nina dan para pekerja yang lain sedaya-upaya memberi komitmen yang terbaik,Arjuma mengintai dari tingkap tidak berpintu. Tersenyum lega melihat keadaan kafe sudah beransur lengang,lega kerana boleh mengambil nafas sebentar.

"Haa.....pergh macam nak tanggal tangan masak tak henti-henti..." keluh Hairil menghela nafas pendek,Arjuma yang meneguk air mineral memandangnya sinis.

"Baru sibuk macam ni dah mengeluh...kata nak jadi Chef professional?" sindir Arjuma.

"Hello boss....kita manusia...kena ada rehat gak..professional sekalipun kalau rehat tak cukup mampu buat kerja tahap professional?" bidas Hairil panjang lebar,Arjuma terdiam sejenak.

"Tak sangka kau mampu menggunakan otak kau dengan betul..." kata Arjuma kagum.

"Entah kenapa saya tak rasa teruja dengan pujian boss...." kata Hairil mengerutkan dahinya.

"Bila masa pula aku puji..." balas Arjuma tersengih,kemudian dia bangkit dan beredar.

"Mana boss?" soal Nina yang muncul dengan tiba-tiba.

"Aku nak siapkan bahan-bahan untuk petang nanti...korang rehat je dulu..aku bagi rehat dua jam..." balas Arjuma mengusap kepala Nina dan beredar.

Nina terkejut dengan tindakan majikannya,air mukanya berubah merona merah. Hairil sekadar memandang keadaan itu dengan muka blur. Nina memegang kepalanya terkejut,kerana ini kali pertama Arjuma buat seperti.

"Ai gembira nampak.." usik Hairil tersengih.

"Bukan seperti awak fikirkan Ril.." jawab Nina lalu duduk di sebelah pemuda itu.

"Yeah....apa-apa je lah..." kata Hairil menghirup air tin yang dipegang olehnya.

Sebelah belakang kafe Arjuma mempunyai tempat khas untuk para pekerjanya untuk berehat,juga kemudahan lengkap dengan mesin air yang disediakan. Percuma hanya untuk pekerjanya namun mesin air itu hanya dibuka oleh pekerja sahaja,atau lebih tepat telah ditetapkan pengesahan ibu jari para pekerjanya.

"I have some respect for him..as a brother..." ujar Nina dan Hairil mendengar sahaja.

"Awak ingat lagi Ril..masa ada pelanggan maki Shah?" soal Nina lagi.

"Ouh pelanggan kurang ajar tu?" Hairil menduga dan Nina mengangguk.

"Pekerja baru kita..baru mula kerja,lepas tu orang ramai sorang customer ni membebel sebab makanan lambat sampai...padahal dia sampai last-last..boss terus halau keluar pelanggan tu.." jelas Nina dan Hairil mengangguk.

"Boss cakap...'aku tak akan layan pelanggan yang tak hormat pekerja macam kami'..." kata Hairil tersengih mengingati semula peristiwa itu.

Nina mengangguk setuju dan Hairil sekadar menghela nafas pendek,Nina turut tersenyum apabila diingat semula peristiwa. Tidak lama mereka dikejutkan dengan satu bunyi seperti jatuh,lantas mereka menoleh dan terkejut apabila kelibat dua orang remaja jatuh terlentang menghempap antara satu sama lain.

"EHH....!!!"

Hairil dan Nina berkejar ke arah dua orang remaja itu,sebaik wajah remaja itu dapat dilihat mereka terkejut dan menjerit lebih kuat sehingga Arjuma terpaksa keluar untuk memeriksa apa yang terjadi.

"Korang ni apahal?" soal Arjuma.

"B-boss....a-ada..." kata Hairil menuding ke arah tubuh dua orang remaja,Nina turut seperti ketakutan dan Arjuma menghampiri mereka berdua.

"La...diorang ni je kot...kenapa nak takut..." kata Arjuma mengangkat dua orang remaja dengan selamba dan membawa masuk ke dalam kafe.

Hairil dan Nina berpandangan melihat majikan mereka mengangkat dua orang sekaligus tanpa bersusah-payah. Mereka mengambil keputusan dan terus menyusul masuk ke dalam kafe melalui pintu belakang sudah semestinya. Pada Hairil pula tidak hairan kerana dia bekas askar elit,sudah semestinya perkara seperti itu hanya sarapan pagi dia sahaja.

"Ah....thanks uncle,you save us..." kata salah seorang remaja berambut putih.

"Its okay...apasal korang boleh terjatuh ni?" soal Arjuma pada mereka berdua.

"Humm? Luqman? Aminudden?" tambah Arjuma lagi.

"Kitorang lupa nak sarapan pagi tadi..." jelas Aminudden pula tersengih,Luqman turut tersengih dan satu Arjuma mengetuk satu persatu putera itu dengan dulang.

Hairil dengan Nina terkejut dengan perbuatan majikannya,yang selamba mengetuk kepala Luqman dan Aminudden selaku putera negara ini.

"Aduh....tadi kena dengan uncle Ikhwan...." rungut Aminudden.

"Ni kena pulak dengan uncle Arju....huhu..." tambah Luqman.

"That's for make me worry...you damn it!" Arjuma membebel sekali lagi.

"Boss..kenapa buat macam tu..mereka putera negara ni!" Hairil mencelah dan Arjuma memandangnya.

"Don't worry mereka kebal...tengok dulang ni,kemik...oi ganti rugi.." balas Arjuma dengan muka tidak bersalah.

"Salah siapa ketuk kepala kitorang!!" jerit dua putera muda itu serentak.

"Huh....?" Arjuma dengan muka blur memandang ke arah Hairil dan Nina yang kehairanan,kemudian memandang ke arah Luqman dan Aminudden pula.

"Salah aku ke?" soal Arjuma dengan muka tidak bersalah.

"Yes you are!!" serentak empat orang menjawab.

ARJUMA CAFE [C]™Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz