Menu 20 : Hari yang cerah

949 121 5
                                    

Gambaran imej untuk Rebecca di atas

Rebecca menyisir sisi rambutnya dan dia ketika itu bersama skuadnya,baru sahaja menjalankan misi mencari serta menyelamat dan kini mereka sedang berehat. Seorang pemuda menghampirinya dan memberikan secawan air kopi hangat,Rebecca sekadar tersenyum sahaja menyambut huluran pemuda itu.

"Terima kasih..." ujar Rebecca dan menghirup air kopi itu dengan sopan.

"Err...misi kali ni boleh tahan ya?" soal pemuda itu yang juga salah seorang ahli skuadnya.

"Emm...tapi syukur pada tuhan,kita berjaya selamatkan tebusan.." balas Rebecca tersenyum.

"Err...Rebecca..awak senang tak hujung minggu ni?" soal pemuda itu.

"Emm...maaf la saya tak boleh..." jawab Rebecca dengan tersenyum.

"Awak ada orang lain ke?" soalan pemuda itu membuatkan Rebecca menghela nafas pendek.

"Well its hard to explain...." 

Arjuma menyiram pokok bunga yang ditanam pada pasu di hadapan kafenya,kemudian angin bertiup lembut dan Arjuma menyisir sisi rambutnya. Dia mendongak ke arah langit,sedang dia mengelamun memandang ke awan entah kenapa imej Rebecca sedang tersenyum muncul. Dia menurunkan kepalanya dan Ikhwan terpacul di hadapan matanya.

"Ikhwan!" Arjuma berundur ke belakang setapak.

"Ouh dah kembali dunia nyata ya?" soal Ikhwan dengan muka blur,Alisa turut berada di situ namun dia sekadar menjadi pemerhati.

"Err...kau dah lama ke?" soal Arjuma mukanya menahan segan.

"Adalah dalam 10 minit..." jawab Ikhwan selamba.

"Err...meh la masuk,kau memang nak malukan aku ke pe?" soal Arjuma.

"Tak ada la syok tengok kau mengelamun sorang-sorang..hehe.." balas Ikhwan.

"Dajey kau!...." 

Kling!

Ikhwan dan Alisa berbual semasa menunggu pesanannya mereka,tidak lama lepas itu Luqman dan Aminudden pula sampai. Dua beradik itu turut serta semeja dengan pasangan itu,gelagat kerabat diraja diperhatikan oleh Rasif dengan tersenyum sendirian.

Hairil memasak untuk pesanan yang dibuat,Nina dalam keadaan bersiap sedia untuk menunggu pesanan yang bakal dihantar. Arjuma turut sibuk memasak dan Hana serta Lily baru tiba,mereka terkejut apabil putera negara itu berada di dalam kafe mereka bekerja.

Rasif sekadar ketawa melihat Lily yang cemas berhadapan Ikhwan,Hana turut sama dan Luqman serta Aminudden hanya tersenyum. Alisa pula hanya mendiamkan diri,Hana mencuri pandang ke arah Alisa dan dia terasa kagum.

"Kakak...ni...cantiknya...." 

Tidak lama lepas itu.....

"Meja 15 siap...hantar!" ujar Arjuma meletakkan masakannya.

"Baik!..." Nina mengambil dan Shah pula sudah siap menyediakan minuman,Shah posisinya di kafe sama seperti Rasif cuma Shah buat pelbagai jenis minuman.

Ikhwan memerhatikan keadaan para pekerja rakannya,melakukan kerja dan khidmat mereka pada pelanggan amat memuaskan hati. Dia sekadar tersenyum sahaja,melihat Nina dan Lily serta Hana menghantar makanan yang dipesan.

"Kenapa Ikhwan?..." soal Alisa hairan dengan Ikhwan yang suka senyum sendirian.

"Nothing just observing..." jawab Ikhwan tersenyum memandangnya.

"Woo...diorang pantas buat kerja.." puji Luqman.

"Hmm....dah kerja diorang...eh kakak tu.." Aminudden teringat sesuatu sebaik ternampak Lily dan Hana yang sedang berbual.

"Kenapa Min?..." soal Luqman.

"Ha!... Kakak berdua tu la yang aku jumpa masa aku kejar kau tu!.." jelas Aminudden mengetuk tapak tangannya.

Luqman mengangguk serta memandang ke arah Lily dan Hana yang sedang berbual,tanpa dua orang gadis itu sedar langsung mereka diperhatikan oleh dua orang putera. 

"Am...Luq..are you both into old girl?.." soal Ikhwan sambil tersenyum dan menongkat pipi,Alisa hanya mendiamkan diri dan memandang dua beradik itu.

Soalan Ikhwan membuatkan dua beradik itu tersedak,Luqman dan Aminudden terkial-kial mengesat air pada mulut masing-masing. Ini kerana Ikhwan menyoal mereka ketika menghirup air,tidak hairan jika mereka berdua tersedak.

"A-apa maksud uncle?.." soal Luqman terkejut.

"Yelah...tiba-tiba je soal macam tu..." kata Aminudden.

"Korang ingat aku tak perasan korang tenung dua orang perempuan tu semacam..?" jelas Ikhwan dan dua beradik itu tersentak.

"Yeah...that's creepy Luq..Am..." tambah Alisa kemudian menghirup fresh orange,lagi sekali dua beradik itu tersentak.

"Meriah betul sini..." satu suara menegur dan mereka berempat menoleh,Arjuma mengambil kerusi dari meja kosong dan duduk di hujung meja.

"Arjuma...tak apa ke kau tak tolong?" soal Ikhwan.

"Its okay...orang dah tak ramai dah.." jawab Arjuma sambil mengibaskan tangannya tanda tiada masalah perlu dirisaukan.

"Ouh..macam tu,yeah you right.." ujar Ikhwan menyedari pelanggan sudah berkurangan,malahan pelanggan yang ada sudah siap makan.

"Satu lagi Arjuma..." Ikhwan menambah.

"Huh? Yeah?...apa?" soal Arjuma.

"Rebecca give a resign letter to my brother....Reezal.." ujar Ikhwan dengan nada mendatar.

"Huh?..."

ARJUMA CAFE [C]™Место, где живут истории. Откройте их для себя