Menu 6 : Barista

1.1K 149 32
                                    

Arjuma duduk bersimpuh dengan surat khabar dibaca,kopi panas di tepi di ambil lalu dihirup dengan penuh budiman. Nafas dihembus lemah dan kembali menyambung membaca,dia menghela nafas pendek kemudian surat khabar dilipat kemas.

Dia meletakkan surat khabar di tepi,pagi itu agak lengang kerana pelanggan hanya sedikit. Jika dikira ada lima orang sahaja,sepasang kekasih,seorang pemuda dan sepasang suami isteri yang sudah berusia.

Hairil pula terjengul kepalanya,Arjuma sekadar menjeling sahaja malas nak cakap apa-apa. Muka Hairil yang tersengih dipandang kehairanan,kenapa pula dengan mamat ni? Sewel ke?

"Kau kenapa muka macam mintak kaki ni?" Soal Arjuma.

"Ala boss senyum pun salah ke?" Hairil mencebik.

"Kau buat muka macam tu lagi...aku hempuk kau..." Arjuma mengambil dulang yang entah bila muncul ditepinya.

Kling!

Perbualan mereka terhenti apabila kedengaran loceng pintu,Arjuma dan Hairil serentak menoleh ke arah pintu utama kafe.

Seorang pemuda berambut blonde,perwatakan agak matang dan memandang sekitar kafe. Kemudian dia memandang ke arah Arjuma,pemuda itu tersenyum kepadanya.

"Err...mana datang efek bunga belakang mamat ni?..." kata Hairil dalam hati.

"Ya? Kalau nak cari cafe gay tolong keluar..." kata Arjuma dengan selamba,pemuda itu terkejut sedikit.

"Oi boss customer tu!.." Hairil berbisik.

"Peduli apa aku...senyum semacam nak memikat..tu yang aku ingat dia gay ke pe..." balas Arjuma memandang Hairil dengan selamba.

"Maaf kalau senyuman saya membuatkan awak tak selesa..." ujar pemuda rambut blonde itu.

"Haah...tak selesa..." jawab Arjuma dengan jujurnya.

"Boss....please...sopan sikit.." kata Hairil berbisik,Arjuma hanya buat tak dengar sahaja.

"Jadi...ada apa yang aku boleh bantu?" Soal Arjuma memandang ke arah pemuda blonde itu.

"Nama saya Rasif,Rasif Shah Al'Huzami..saya ada nampak job wanted...jadi benar sini perlukan tenaga kerja?" Soal pemuda bernama Rasif dengan sopan.

Arjuma sedikit terkejut dan personaliti pemuda blonde di hadapannya,mengingatkan dia pada Ikhwan dan apa yang membuatkan terkejut cara senyumannya pun sama.

"So...kau datang ni mintak kerja la...cakap la awal-awal..." balas Arjuma.

"Dia yang tak bagi orang tu cakap...nak salahkan orang lain pulak..." kata Hairil daripada belakang.

Arjuma timbul urat dahi,lalu dulang dicapai dan satu ketukan dulang yang kuat mengenai kepala Hairil. Rasif tercengang dan tersengih,Hairil mengerang kesakitan.

"Jangan menyibuk...." kata Arjuma menjelingnya.

Rasif tersenyum kelat dan menggaru pipinya,melihat keadaan itu adalah pelik baginya. Arjuma kemudian memandangnya semula,Rasif kembali serius selepas Arjuma merenungnya.

"Jadi apa kelebihan kau?" Soal Arjuma.

"Well I'm kinda interesting in make some coffe..." ujar Rasif menggaru pipinya yang tidak gatal.

"Ah....Barista..kita tak ada lagi kan pekerja yang buat kopi selain boss.." Hairil mencelah.

Arjuma menjeling ke arah Hairil,dulang diangkat namun Hairil terus bersembunyi dengan mencangkung.

"Kau minat buat kopi? Mari kita cubanya..." ujar Arjuma tersenyum.

"Err....okay..." Rasif tersenyum kelat.

Rasif menyediakan kopi dengan penuh cermat,Arjuma memerhatikan dengan tekun. Hairil dan Nina berpandangan,nasib baik waktu rehat tidaklah sibuk seperti biasa. Krim diambil dan cara penyediaan kopi oleh Rasif bukan calang-calang,Arjuma mengangguk kagum dan tersenyum.

"Plain americano..." ujar Arjuma mencuba kopi yang disediakan.

"Lazat..." ujar Hairil teruja.

"Itu kopi latte,espresso campuran susu..." jawab Rasif tersenyum.

"Miss silakan ni...cubalah.." kata Rasif memberi secawan kopi krim.

"Ini...." Nina tertanya-tanya.

"Cafe au Lait serupa coffe Latte tapi...guna campuran kopi hitam.." jawab Arjuma.

"Sememangnya pakar...tengok je dah tahu..." puji Rasif tersenyum.

"Yeah...tapi kopi aku cuma tahu,tapi sebabkan job tukang masak ni...tak ada masa nak sediakan kopi..." jelas Arjuma.

"Jadi kita boleh ambil dia bekerja la kan..?" Soal Nina dan Arjuma sekadar tersenyum.

"Jadi...tuan..." kata Rasif.

"Panggil aku Arjuma je..or boss..jangan panggil aku tuan. Tak selesa aku dengar..." jawab Arjuma.

"Maksudnya saya diterima la ya?" Soal Rasif teruja.

"Heh...of course...kopi kau sedap..boleh jual dengan harga tinggi...heheh..." kata Arjuma tersenyum licik,Hairil dan Nina hanya memandangnya blur.

"Err...okay...thanks for having me..." ujar Rasif.

"Welcome aboard..." kata Arjuma tersenyum.

"Thanks boss ..I'll work hard..." ujar Rasif tersenyum.

"But don't expect for high price..." tambah Arjuma.

"Err...o....kay?" Jawab Rasif tersenyum kelat

Hairil dan Nina berpandangan kemudian menekup muka masing-masing,pening dengan sikap majikan mereka.

"Dia buat lagi....."

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now