Menu 14 : Soal Hati

939 120 12
                                    

Arjuma melangkah meninggalkan penjaga kubur selepas memberi salam hormat,Chloe kurang faham dengan apa yang berlaku. Namun dia hanya mendiamkan dirinya,tidak mahu mengganggu tuannya.

Dia sekadar menekup mukanya,dia bukan majikan yang baik. Selama ini dia tidak cuba mengenali perasaan pekerjanya seperti Hairil,biarpun apa yang berlaku Hairil tetap tersenyum.

Siapa tahu selama ini Hairil menderita dalam kesunyian,dia terfikir apakah yang mampu dia lakukan untuk Hairil sebagai seorang sahabat bukan sebagai majikan?

"Arjuma?" Satu suara menegurnya dan Arjuma memandang empunya suara yang menegur.

"Rebecca?.." Arjuma terkejut.

Rebecca Al'Syah adalah rakan setugasnya semasa dia masih bertugas sebagai askar lagi,namun Arjuma tersenyum kelat apabila melihat gadis itu di hadapannya.

"Kenapa pandang macam tu?" Soal Rebecca tersenyum.

"Nothing..just saw you in that outfit.." ujar Arjuma menggaru pipinya.

"Kenapa? Pelik? Biadab tahu?" Rebecca mengembungkan pipinya.

"Bukan macam tu..cuma jarang nampak awak dalam pakaian macam tu..." jelas Arjuma.

"Arjuma...Arjuma...same like always hmm?" Rebecca baru sedar kehadiran Chloe.

"Hngh!.." Chloe segera bersembunyi di belakang Arjuma.

"Itu bukan ke Spirit Animal?" Soal Rebecca dan Arjuma tersenyum mengangguk.

"Waa...I'm surprised.." ujar Rebecca ketawa kecil.

"Oi apahal gelakkan orang? Biadab..." kata Arjuma sambil menyilangkan tangannya.

"Maaf maaf..saya dengar awak buka kafe?" Soal Rebecca.

"Yeah..kafe kecik je.." ujar Arjuma merendah diri.

"Boleh saya singgah?" Soal Rebecca tersenyum.

"Boleh..saja.." jawab Arjuma.

Kling!

"Selamat datang...eh boss..kejapnya keluar.." ujar Rasif tersenyum.

"Dah selesai...halnya..Rebecca silakan..." ujar Arjuma dan Chloe masih menyembunyikan diri di belakangnya.

"Haha...nampaknya dia tak sukakan saya..." ujar Rebecca kecewa.

"Relax...nanti lama-lama dia okay la..macam binatang biasa gak..." ujar Arjuma menyedapkan hati Rebecca.

"Duduk la dulu..." ujar Arjuma dan Rebecca mengangguk.

"Terima kasih..." kata Rebecca.

Arjuma beredar dan Chloe masih melekat dengannya,Rebecca hanya tersenyum pahit.

Rasif hanya mengangkat bahu,dan menyambung kerjanya. Gelas dilap dengan teliti,juga memastikan tiada habuk dapat melekat.

Nina menunjuk ajar pada Lily dalam tugasan,Hana pula ketika itu sedang membuat kek. Coklat diadun rapi dan diletakkan dalam oven untuk tahap seterusnya.

Shah pula membasuh pinggan sementara pelanggan tidak ramai,dia basuh dengan laju serta cermat tiada sebarang masalah. Nina kadang-kala turut membantu,Lily juga ada singgah untuk menolongnya.

"Boss..tadi boss follow Hairil kan?" Nina membisik pada Arjuma.

"Err...ya.." ujar Arjuma acuh tak acuh.

"Jadi apa keputusannya..." soal Nina.

"Kamu kena tanya Hairil sendiri.." ujar Arjuma segera menuju ke arah Rebecca berada.

Nina hanya kehairanan dan menggaru kepalanya yang tidak gatal,Chloe memerhatikan Rebecca dari jauh di tempat kaunter barista. Rasif sekadar tersenyum kehairanan melihat gelagat gadis musang itu.

"Maaf buat awak lama menunggu..." Soal Arjuma tersenyum sebaik duduk di hadapan Rebecca.

"Saya sentiasa menunggu awak..." balas Rebecca dan Arjuma tersenyum kelat.

"Err....." Arjuma hanya menggosok belakang kepalanya sahaja.

"Arjuma..." Rebecca menyentuh tangan Arjuma.

"Hmm....?" Arjuma sedikit terkejut namun di hanya membiarkannya.

"Something bothering you?.."

"Err....yeah.."

"Masalah ke? Nak share dengan saya?.."

"Hurm...."

Arjuma akhirnya mengalah dan menceritakan apa yang berlaku pada Rebecca,sebaik sahaja Arjuma menamatkan ceritanya Rebecca hanya tersenyum sahaja.

"What?.."

"Nothing just...awak majikan yang baik..."

"Stop that...saya rasa bersalah kerana tidak hal pekerja..."

"Its not your fault...saya rasa pekerja awak tidak mahu ceritakan..kerana mengundang simpati.."

Arjuma hanya menghela nafas pendek,kemudian menghela dengan kasar. Rebecca sekadar ketawa kecil melihat reaksi Arjuma seperti itu,kopi yang diberi oleh Rasif diteguk secara sopan kemudian Rebecca letak semula pada piring yang disediakan.

"Bincang je elok-elok dengan dia..." kata Rebecca tersenyum.

"Hah...I don't know Rebecca.." kata Arjuma menggaru kasar kepalanya.

"Well you don't know because you don't even trying..." balas Rebecca.

Arjuma terkejut kemudian tersenyum,tangan Rebecca dipegang erat menyebabkan gadis bermata hijau cerah tersentak. Arjuma memegang erat dan mengusap tangan Rebecca.

"Ar..Arjuma?" Rebecca mukanya merona merah.

"You never change..dari masa saya masih seorang askar..hinggalah saya sudah bersara..awak tetap ada bersama saya memberi nasihat..." ujar Arjuma tersenyum lembut.

"Syah..." Rebecca hanya mampu mendiamkan diri,kemudian pegangan tangan Arjuma digenggam erat oleh Rebecca pula.

Situasi romantik itu diperhatikan oleh Rasif,Nina yang memegang dulang sekadar menyandar pada kaunter barista.

"Mereka pasangan yang bagus.." ujar satu suara,Rasif dan Nina menoleh ke arah suara tersebut.

"Putera Ikhwan!" Rasif dan Nina berkata serentak,terkejut bila masa Ikhwan tiba?

"Apa tuan putera buat di sini?" Soal Nina masih terkejut.

"Buat apa? Saya nak merasai kopi buatan pemuda ini la..." jawab Ikhwan dengan selamba.






ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now