Menu 3 : Perbualan Tengah Malam

1.3K 156 4
                                    

Arjuma menggeliat sambil meletakkan cermin matanya pada meja,pelanggan agak kurang ketika itu memberi ruang pada dia untuk mengambil nafas seketika.

Kling!

"Selamat datang...huh? Kau rupanya..." kata Arjuma melihat Hairil baru balik dari pasaraya.

"Apa? Boss suruh beli barang,balik cakap macam tu..? Terasa tak dihargai ayark!" Belum sempat Hairil menarik nafas,dulang terbang mengenai kepalanya.

"Adoi!..sakit la boss!!" Kata Hairil geram.

"Dah tak yah nak feeling sangat..bawak barang letak kat tempatnya..." arah Arjuma.

Hairil pergi dengan muka geramnya,Arjuma sekadar muka tidak bersalahnya. Cermin matanya diambil semula dan dipakai semula.

"Baiklah...masa untuk mulakan kerja semula..." kata Arjuma dan beredar pergi.

Hairil menyediakan hidangan,kemudian Nina dan para pekerja part-time pula menghidangkan makanan yang dipesan. Namun setiap kedai makan ada pasang surutnya,bukan setiap hari sentiasa sibuk.

Ketika saat masa lapang,Nina membantu Hairil menyediakan bahan mentah. Arjuma pula membantu para pekerja part-time mengemas meja yang ditinggalkan pelanggan,namun bagi pelanggan yang merokok mesti duduk di luar. Tiada kompromi kalau berdegil,Arjuma akan bagi pengajaran.

Dia seorang askar elit,tiada masalah berhadapan dengan samseng kumpulan berapa ramai ahlinya sekalipun. Malah dia lebih suka mengajar mereka dengan cara dia sendiri,jika terjadi apa-apa dia boleh katakan untuk mempertahankan diri.

Seperti dia menikmatinya...

Memberi pengajaran samseng-samseng yang membuat masalah....

asalkan tidak melanggar peraturan sudah la...

kling!

"Selamat datang.."

Jam menunjukkan hampir jam sebelas,Arjuma mengunci pintu dan segera beredar meninggalkan kafe. Hairil dan Nina sudah beredar awal,dia memasukkan syiling pada mesin air dan menekan memilih jenis pilihan minuman.

Klong!

Air tin jatuh dan diambil Arjuma,dia membuka klip kemudian minum dan menghela nafas pendek kemudian. Jam tepat 12 tengah malam,namun Green City masih lagi sibuk dengan para rakyat yang berada dalam kenderaan sepanjang jalan.

"Ah....minuman panas masa musim sejuk memang terbaik..." kata Arjuma sendirian.

Sedang dia berjalan menyusuri kaki lima,seseorang sedang berdiri menyandar pada pagar dengan memegang air minuman bertin. Lelaki lebih kurang sebaya dengannya,kemudian menoleh ke arahnya. Arjuma sekadar tersenyum kerana mengenalinya,lelaki itu mengenakan kot labuh berwarna hitam namun air mukanya tidak dapat dilihat.

Lampu jalan sedikit demi sedikit hidup,kemudian wajah lelaki itu mula kelihatan dan Arjuma sekadar tersenyum dan berjalan ke arahnya. Ikhwan sekadar mengangkat tangannya yang memegang air tin,Arjuma sekadar tersengih dan melagakan tin dalam genggamannya.

"Ai jalan-jalan seorang diri ke?" soal Arjuma.

"Dah tu ada orang lain?" soal Ikhwan memandang sekeliling.

Arjuma sekadar ketawa sahaja mendengar jawapannya rakannya,dan duduk di kerusi awam lalu Ikhwan turut dududk di sebelahnya. Seorang putera dan bekas askar elit duduk bersebelahan,Arjuma sekadar tersengih dan Ikhwan pula kehairanan.

"Kenapa kau ketawa? Belum mula berbual lagi..." kata Ikhwan mengerutkan dahinya.

"Nothing...prince and his ex-soldier..sitting together..haha.." jelas Arjuma.

"Bila fikir balik,dulu bukan selalu kita lepak sama? Masa di kafeteria dan masa jalankan misi sama- sama?" Ikhwan pula berceloteh dan Arjuma sedikit terkejut.

"Betul gak..bukan perkara pelik pun.." Arjuma pula membalas.

"Business okay?.." soal Ikhwan tersenyum.

"Okay je..pelanggan ramai..." jelas Arjuma menyandar pada kerusi awam.

"Bagus la tu..." jawab Ikhwan.

"Ouh ya..mana miss Alisa?" Soal Arjuma.

"Ada kat istana..." jawab Ikhwan menghirup air dalam tin.

"Heh...ingatkan selalu sentiasa bersama...." ujar Arjuma.

"Kau ingat aku dengan dia apa? Belangkas?" Ikhwan menyoal sambil bergurau.

Arjuma sekadar ketawa sendirian,mendengar jenaka daripada Ikhwan. Apatah lagi jenaka itu dilakukan dengan mukanya yang tiada perasaan,lagi lawak dibuatnya.

Ikhwan hanya turut ketawa bersama,Arjuma lega melihat sahabatnya. Perubahan ketara pada Ikhwan,dia hanya tersenyum dan menghela nafas lega.

"Aku rasa kau dah lupakan dendam..." ujar Arjuma.

"Dendam? No way...selagi keparat tu tak dapat pembalasannya,aku tidak akan berhenti..." ujar Ikhwan air mukanya berubah serius.

"Jangan nak tunjukkan muka seram kau tu pada aku...tak minat la..." ujar Arjuma mengangkat sebelah keningnya.

"Heh...jangan lupa kau askar elit.." kata Ikhwan tersengih.

"Bekas secara teknikalnya..." kata Arjuma dan Ikhwan hanya menggelengkan kepalanya.

"Ouh ya..mana anak saudara kau? Biasa sibuk ngikut kau je..." kata Arjuma memandang sekitar kawasan.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi letupan jauh dari tempat mereka duduk,Arjuma memandang Ikhwan yang sedang tersenyum selamba.

"Oi bro...."

"Tu mesti diorang.."

ARJUMA CAFE [C]™Kde žijí příběhy. Začni objevovat