Menu 41 : Raffie Sang Putera

751 83 0
                                    

Hairil mengemaskan pakaiannya dan dilipatkan lalu meletakkan ke dalam bagasi,semuanya dikemaskan dengan teratur. Pandangannya digerakkan ke arah satu bingkai foto,gambar dia bersama ibu bapanya.

Sayu dia rasa dan bangun berjalan ke arah bingkai foto tersebut,dia ambil dan tenung dalam-dalam sambil tersenyum. Dia tidak boleh mengalah sekarang,Hairil nekad untuk meneruskan legasi ayahnya sebagai tukang masak terhebat.

Bingkai foto dipeluk erat dan disimpan ke dalam bagasi,untuk memberikan semangatnya dan dia tahu ibu-bapanya sedang memerhatikan dari atas.

Berkati anak mu ini untuk terus maju ke hadapan.....

Akhirnya dia siap mengemas dan perutnya berkeroncong,dipegang perutnya lalu diusap perlahan dan turun ke bawah menuju ke dapur.

Kosong...

Hairil terlupa nak beli barang dapur,kepalanya digaru dan nak tak nak dia kena keluar mencari makanan.

Di mana?

Tidak kisah asalkan dapat menghilangkan lapar yang teramat sangat,pintu dikunci dengan rapat dan menuju ke arah garaj. Kerana kawasan taman perumahan dia kebanyakan gerai telah tutup,kenderaan pacuan empat roda dihidupkan enjinnya.

Hairil memandu keluar dari taman perumahannya,dia sempat melambai pada kesatria yang bertugas di situ.

"Mana nak cari ya...pukul berapa ni? Dua belas malam? Great!..." Keluh Hairil.

Siapa suruh tidak beli barang dapur?

Padan muka aku kata hati Hairil.

Hairil memandu ke arah kawasan pusat bandar,Green City tetap sibuk biarpun sudah waktu tengah malam. Kenderaannya diparkir kemas dan keluar,beberapa deretan kedai makanan masih beroperasi.

"Kau bukan tukang masak kat Arjuma Cafe?" Soal satu suara dan Hairil segera menoleh ke arahnya.

"Puteri kelima?" Hairil terkejut apabila Raffie,menegurnya di lorong kaki lima.

"Ah... Ya saya.. Apa yang Fifth buat di sini tengah malam?" Soal Hairil.

"Aku tak boleh berada di bandar sendiri ke?" Raffie berkata selamba.

"Bukan begitu...hari sudah lewat,urusan apa tuan putera mahukan?" Soal Hairil tersenyum kelat.

"Tiada apa...cuma.." Raffie menjawab dan terhenti.

"Cuma?" Soal Hairil.

"Aku lapar...kafe di istana mana bukak malam-malam..." Jelas Raffie sambil memeriksa telefon pintarnya.

"Ouh....sama la..." Hairil berkata mengangguk.

"Kalau macam tu meh la..." Raffie berkata dan berjalan melepasi Hairil.

"Huh ke mana?" Soal Hairil.

"Kau lapar kan...meh aku tunjuk tempat sedap.. Jamin jilat jari punya..." Raffie membalas dan Hairil masih teragak-agak.

"Come on chef... Its my treat..." Raffie berkata sambil tersengih.

Hairil menghela nafas pendek dan terus menghampiri Raffie,putera itu tersenyum dan kembali menyambung langkahnya. Hairil mengekori dari belakang,kenderaan masih lagi banyak meluncur di jalan raya. Kebanyakan pada masa ini kenderaan berat,Hairil melalui jejantas yang tinggi lebih dari sepuluh kaki.

"Green City agak sibuk pada waktu malam,sebab itu digelar bandar aktif oleh sesetengah orang..tapi kita tak macam robot jadi diorang ada syift siang dan malam... Gila kau ingat apa tak tidur,mati la mak...." Raffie menerangkan panjang lebar, Hairil tersenyum memandang ke arah Raffie.

"Kenapa kau senyum?" Soal Raffie.

"Saya ingat tuan putera ni jenis yang dingin... Tapi jangkaan saya salah..." Hairil menjawab dan Raffie mencebik mengangguk.

"Ouh macam tu ke? Mungkin sebab muka aku ni,nasib la nak...." Raffie mengeluh dan Hairil sekadar tersengih,wap keluar dari mulut.

Lupa nak beritahu musim di negara Mentari ketika ini adalah musim sejuk,Hairil mengenakan jaket tebal berbulu ketika namun tetap masih sejuk.

"Ha...dah sampai.." Hairil terkejut dari lamunan mendengar kata-kata Raffie.

Hairil mendongak memerhatikan signboard yang berwarna kuning cerah itu,dia hanya ternganga kecil dan wap keluar dari mulutnya.

'CHICKEN CRISP AWESOME'

"Pfft...." Hairil menahan ketawa.

"Aku dah agak reaksi kau...macam tu..." Raffie berkata dengan tersengih.

"Huh?" Hairil kehairanan.

"Sebab first time aku jumpa tempat ni,sama je macam kau ketawa gak hehehe...tapi ayam goreng memang awesome sedap!!..." Raffie berkata dengan mengangkat kedua ibu jarinya.

"Waa.... I would like to try..." Hairil berkata dengan kagum.

"Well let go in...guarantee you never regret it...rempah diorang memang resepi sendiri tepung mereka...pergh.." Raffie berkata dengan teruja.

"Okay..." Hairil mengangguk.

"Lets eat!..."




ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now