Menu 10 : Gadis Musang

1K 146 15
                                    

"Maafkan saya kerana takutkan kamu..." gadis itu menundukkan kepala tanda memohon maaf.

Aku membawa gadis itu pulang ke rumah,manakala adik aku tiada sebab dia berada di rumah ibu bapa kami.

"Jadi kamu ni bukan manusia?" Soal Nina.

"Saya separuh musang,separuh manusia..." ujar gadis itu tersenyum.

"Jadi kenapa kamu takutkan orang lalu di sini?" Soal Hairil pula.

"Huh? Tak! Tak! Saya tak bermaksud nak takutkan sesiapa pun..." jelas gadis musang itu.

"Kalau bukan apa?" Soal aku pula sambil membetulkan kedudukan cermin mata.

"Saya cuma mencari sesiapa yang boleh menjaga saya..." ujar gadis itu dengan jujur.

"Siang kan boleh minta tolong?.." soal aku.

"Tak boleh...." jawab gadis itu lemah.

"Eh? Kenapa pula?" Soal Hairil.

"Waktu siang saya hanya seekor musang biasa..." ujar gadis itu lagi.

"Apa?!.." Hairil dan Nina serentak terkejut.

"Ouh macam tu..." aku akhirnya faham.

"Kenapa boss?" Soal Nina.

"Human fox ada syarat dia...jika dia tiada tuan,dia akan menjadi musang sebelah siang...dan menjadi manusia pada waktu malam..selepas jam 12 tengah malam..." jelas aku menggaru dagu.

Hairil dan Nina mengangguk faham kemudian suasana menjadi sunyi-sepi,gadis itu aku perhatikan telinganya dan segera menghampirinya.

"Huh? Ah..." gadis musang itu terkejut apabila aku memegang telinganya.

"Boss?.." Hairil dan Nina kehairanan.

"Wah....lembutnya telinga kamu..baiklah..." ujar aku melepaskan telinganya.

"Huh?.." gadis musang itu kehairanan dengan reaksi aku.

"Biar aku jadi tuan kamu..bagaimana?.." soal aku memberi cadangan.

Gadis musang itu terkejut dan tersenyum gembira,matanya mula berkaca dan terus memeluk aku.

Lagipun itu syarat-syaratnya,memeluk gadis musang tanda menjadi pemiliknya.

Biarpun dia gadis comel tapi dia adalah seekor haiwan separuh manusia.

"Tidak apa ke boss?" Soal Hairil.

"Tiada masalah kot...lagipun dia boleh jadi kawan pada Laira..." ujar aku masih dalam pelukan gadis musang itu.

Hairil dan Nina beransur pulang,gadis musang itu memerhatikan keadaan rumah aku. Mungkin kali pertama rasanya dia mendapat pemilik,aku sekadar duduk di kusyen memerhatikan penampilan gadis itu.

"Siapa nama kau?" Soal aku.

"Saya? Tak ada..." jawab gadis naif itu.

"Tiada? Hmmm...." aku berfikir sejenak.

"Ha...apa kata aku namakan kau Chloe..." ujar aku dan gadis musang itu tersenyum sambil menggerakkan telinganya.

"Terima kasih tuan!!!" Gadis musang itu terus meluru ke arah aku dan memeluk dengan erat.

"Haa....she's like a pet..." ujar aku kerana menggesel mukanya pada dada aku.

"Chloe...apa kata kau pergi mandi..." ujar aku namun tiada balasan.

"Emm? Chloe? La...dah tidur...." ujar aku menekup muka.

♎♎♎♎♎♎♎

ARJUMA CAFE [C]™Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin