Menu 25 : Luahan Hati

923 102 1
                                    


Imej Hana pada media di atas

Orang kata cinta itu tidak boleh dipaksa...

Jika dipaksa hanya kesakitan yang datang...

Cinta akan datang dengan sendirinya...

Jika itu terjadi..

Cinta akan menjadi manis....


Hairil memeriksa cenderahati yang dijual di kedai aksesori,kemudian menoleh ke arah Hana yang memerhatikan setiap cenderahati yang ada. Kelihatan satu kekunci bentuk ikan lumba-lumba menarik perhatian Hana,bentuk dan warna menarik hatinya kemudian diperiksa harganya.

"1000 dollar...its to expensive.." kata Hana sendirian.

"Hana?.." soal Hairil mendekati gadis itu.

"Nothing..." jawab Hana berdalih.

Hana segera beredar kerana tidak mahu Hairil tahu apa yang dia mahukan,namun sangkaannya meleset kerana Hairil memerhatikan dia dari awal lagi. Hairil melihat pada kekunci itu agak lama,harga yang tertera hanya membuatkan Hairil menghela nafas pendek.

Aqua City merupakan kota yang mempunyai taman tema air yang terkenal,mendapat kedudukan kelima dalam negara dan juga harga tiket juga berpatutan. Hairil membeli dua keping tiket pakej penuh,semuanya berharga sekitar 300 dollar sahaja.

"Harga tiket memang murah..." kata Hairil tersengih.

"300 dollar bukan mahal ke?" soal Hana pula.

"Nah..ini kan pakej penuh..." jelas Hairil pula.

"Macam mana tu?" soal Hana lagi.

"Pakej biasa cuma permainan je yang percuma...kalau pakej penuh makanan juga percuma malah buffet tu...tengok kat tv nampak sedap so....saya nak rasa heheh...." kata Hairil teruja.

"Senior awak habiskan duit untuk makanan?" soalan Hana membuatkan Hairil tersentak.

"Ehem...apa salahnya saya kan tukang masak...semua itu perlu..." kata Hairil segan.

Hana hanya tersenyum melihat telatah Hairil kemudian dia sekadar menghela nafas pendek,dari jauh dua pasang mata memerhatikan mereka dengan penuh minat. Rupanya orang itu adalah Lily dan Rasif,apa yang mereka ingin lakukan?

"Perlu ke kita ekori diorang?" soal Rasif menggaru kepala.

"Perlu saya tak nak Hana sia-siakan peluang ni..." kata Lily tersengih sambil mengenyitkan matanya.

Rasif hanya menggelengkan kepala dan kenapa dia perlu turut serta dalam hal ini? 

Lily datang dengan tiba-tiba ke rumahnya dan mengheretnya bersama,semata-mata untuk mengintip Hairil dan Hana temujanji. 

"Gimme a break...." kata Rasif sambil menekup mukanya.

Hana mengambil tempat berehat selepas berjalan-jalan melawat gerai-gerai yang ada,Hairil hanya menggeliat untuk menghilangkan mengantuk. Dia melihat ke arah Hana yang memerhatikan keadaan taman tema,kemudian dia perasan satu gerai aiskrim.

"Hana?" tegur Hairil dan Hana menoleh.

"Ya senior?" soal Hana.

"Suka aiskrim?" soal Hairil pula.

"Y-yeah? Why?" Hana kehairanan.

"Sekejap...." Hairil bingkas bangun dan terus berlari.

Hana tidak sempat cakap apa-apa Hairil sudah pergi,dia hanya menghela nafas pendek kemudian tersenyum sendirian. Dia rasa ini peluang yang jarang ada,kerana orang yang dia ada mengajaknya keluar temujanji.

"Amboi....senyum panjang melebar..." Lily menegur dengan tiba-tiba.

"Huh? Lily?!" Hana mengundurkan sedikit tubuhnya kerana muka Lily begitu rapat.

"Hehe....hai...." Lily mengangkat tangan dan Hana sedar Rasif juga turut bersamanya.

"Senior?" Hana kehairanan.

"Hai..cuaca baik kan hari ni? Hahaha..." kata Rasif.

"Baik? Nak hujan rasanya...." Hana mendongak ke atas dan keadaan awan amat gelap.

Apa yang dikatakan memang benar dan negara Mentari sudah masuk panas,namun kerap hujan kebelakangan ini tetapi syukur pada tuhan kerana mengelakkan manusia dari terus berpanas. Hairil yang sedang menunggu penjual aiskrim,turut sedar cuaca semakin gelap.

"Nak hujan ke? Harap-harap kerajaan pasang pelindung.." kata Hairil.

Tidak lama kemudian hujan mula turun rintik-rintik,kelihatan guardian Aqua City iaitu Zaren dan Noh berdiri melihat keadaan hujan. Mereka berpandangan kemudian mengangguk faham,lalu meletakkan tangan masing-masing pada satu alat magis.

"Huh?" Hairil sedar pelindung yang dimaksudkan aktif,dan menghela nafas lega.

"Kenapa hanya di Aqua City je ada pelindung macam ni?" kedengaran suara tiga orang sahabat berbicara,Hairil mencuri dengar.

"Ini sebab Aqua City adalah bandar di Mentari yang hampir 50% adalah air...jika tiada pelindung,air senang naik dan berlakunya banjir...dulu pernah berlaku sehingga kehilangan nyawa...." jelas lagi seorang rakan dari tiga sahabat.

"Eh....macam tu...rupanya..." ujar seorang lagi.

"Hmm...." Hairil tidak mahu menunggu lama dan terus beredar sebaik dapat yang dia mahukan.

"Apa yang awak buat sini Lily?" soal Hana sambil menghela nafas pendek.

"Nak tengok kau la..." jawab Lily selamba dan Rasif menggelengkan kepala.

"Buat apa nak tengok saya? Sudah pergi! Pergi! Nanti Hairil nampak lagi pening nak jawab soalan...!" jelas Hana menolak Lily dan Rasif dengan lembut,namun wajahnya serius.

"Eh....amboi..." Lily dengan tersengih menjeling sahabatnya itu.

"Lily awak nak kena cubit..." soalan Hana membuatkan Lily menggeletar satu badan.

"Tak nak! Jom senior!.." jawab Lily dan mengajak Rasif beredar.

"Oh ya.. Hana!" Lily menoleh ke arah Hana.

"Apa lagi...." Hana merengus lembut.

"Jangan sia-siakan peluang ini okay?" kata Lily dan Hana kehairanan.

"Luahkan terus!!...." sambung Lily dan terus sambung menarik Rasif pergi.

"Oi! Tak payah la tarik!..." rungut Rasif.

"Hana? Siapa tadi?" soal Hairil yang muncul di belakang Hana.

Hana tersentak namun mendiamkan diri agak lama,membelakangkan Hairil yang sedang berdiri sambil memegang aiskrim kon. Hairil kehairanan kerana Hana mendiamkan diri dengan tiba-tiba,Hana menarik nafas panjang kemudian dihelakan pendek.

"Hana? Huh?" Hairil terkejut dengan tindakan Hana yang tiba-tiba memusingkan badan,menghadapnya dengan muka yang serius namun merona merah.

"Err....Hana? Are you okay?" soal Hairil tersengih risau.

"Senior...I got something to say..." ujar Hana dan Hairil hanya menunggu.

Pada masa itu Lily dan Rasif memerhatikan daripada jauh,Lily teruja dengan keadaan itu manakala Rasif menjeling dengan muka blur.

"Perlu ke kita buat macam ni?" soal Rasif.

"Shh....tengah part best ni...." kata Lily dan Rasif menggelengkan kepalanya.

"Yes? What is it?" soal Hairil tersenyum dan Hana terkejut,merasakan tenang melihat reaksi air muka Hairil kemudian dia tersenyum.

"Senior..." Hana memulakan bicara,Hairil menunggu sambil tersenyum.

"I love you...."

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now