Menu 15 : Hairil dan Hana

966 129 1
                                    

Kling!

"Selamat datang Arjuma Cafe..." Rasif memberi salam hormat pada setiap pelanggan yang datang.

Sudah menjadi rutin harian bagi Rasif menguruskan kaunter barista,dan juga menjadi penyambut pelanggan. Mungkin itu juga salah satu tektik perniagaan Arjuma?

Namun kali ini bukan nak tumpukan pada perkara seperti itu,tetapi sekarang suasana dapur agak dingin. Ini kerana Hairil begitu fokus pada kerjanya,kebiasaan dia akan berbual dengan Arjuma.

Tetapi tidak pada hari ini,Arjuma dan Nina berpandangan kerana risaukan keadaan Hairil yang murung itu.

"Waktu rehat..." ujar Hairil tenang dan Arjuma hanya mendiamkan diri.

"Lebih baik aku tidur di bilik rehat sahaja..." katanya lagi dan beredar meninggalkan dapur.

Arjuma hanya memerhatikan sahaja pemuda itu melepasinya,Hana pula sedar perkara yang berlaku tetapi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri buat masa ini.

"Hey boss..tak nak lakukan sesuatu ke?" Soal Nina.

"Aku tak tahu punca dia..macam mana aku nak pulihkan keadaan.." ujar Arjuma mengusap kepalanya.

"Boss kan boss kitorang,kena lakukan sesuatu! Kalau macam ni pelik Hairil jadi pendiam pulak!" Nina mula bersuara lagi.

"Aku tahulah! Kau ingat aku ni siapa?" Arjuma mula bengang.

Sedang Arjuma dan Nina bertikam lidah,Hana melepasi mereka masuk ke bilik rehat. Lily sekadar tersenyum sahaja,Arjuma dan Nina berpandangan kemudian memandang ke arah Lily.

"Jangan risau...nanti senior okay la tu..." jelas Lily yakin.

Hairil duduk menyandar di kerusi,loketnya diperhatikan dan di dalamnya adalah gambar dia serta keluarganya. Arwah ayahnya merupakan tukang masak professional,juga sebagai juri untuk pertandingan memasak.

Impian dia adalah untuk menjadi tukang masak professional,agar dia dapat memasak untuk ayah dan ibu serta adiknya. Namun itu hanya tinggal angan-angan,yang hanya boleh kejar adalah menjadi tukang masak professional.

"Senior?" Satu suara menegurnya.

"Huh? Hana..." lamunan Hairil tersentak,apabila Hana menegurnya.

"Maaf Hana ganggu ke?" Soal Hana lagi.

"No...jangan fikir macam tu,duduk la.." ujar Hairil menarik bangku yang berada di sebelahnya.

Hana pada mulanya muka merona merah malu,kerana kerusi itu dekat dengan Hairil namun dia menarik nafas panjang. Lantas dia segera duduk di sebelah Hairil,suasana sunyi sepi seketika.

"Senior..." Hana memanggil Hairil.

"Yes?" Soal Hairil.

"Awak kenapa beberapa hari ni?" Soal Hana tanpa selindung.

"Apa maksud awak?" Hairil kehairanan.

"Awak mungkin nafikan tapi saya boleh baca.." jawab Hana tersenyum.

"Huh? Maksudnya?" soal Hairil masih lagi tidak faham.

"Senior semasa saya mula-mula kerja di sini,awak seorang yang senang tersenyum,senang ketawa kadang-kadang bertekak dengan boss kita...tapi hari ini awak terus masam muka,dingin..kenapa ya?" Hana memberi penjelasan dan Hairil terkejut dengan kata-kata gadis tersebut.

Hairil mengalihkan pandangan dan Hana sekadar tersenyum sahaja melihat reaksi Hairil,kemudian dia memegang tangan pemuda itu dan Hairil terkejut dengan tindakan Hana.

"Saya tidak tahu masalah senior...jadi tak berani nak menghukum apa yang berlaku tetapi kita ada agama bukan? Segala yang berlaku ada makna tersendiri,kita kena harus cari...." tambah Hana lagi dan Arjuma serta yang lain memerhatikan dari jauh.

"Hana...." Hairil memandang Hana dan pegangannya dibalas erat.

"Saya tidak akan tahu masalah senior apa...selagi senior mengunci mulut senior..." pujuk Hana dengan lebih lembut.

Hairil terkejut dan mukanya merona merah,kemudian dia menundukkan kepalanya dan Hana kehairanan. Hairil kemudian mengambil nafas panjang,dia menghela nafas pendek dan memandang tetapi ke arah Hana dengan senyuman. Terkejut kerana senyuman Hairil,Hana muka kemerahan menahan malu.

"Ah! Maaf!.." Hana segera melepaskan pegangan tangannya.

"Hana...ini.." ujar Hairil menunjukkan Hana sesuatu.

"Loket...." Hana memandang ke arah loket yang ditunjukkan oleh Hairil.

Hairil tersenyum sambil membuka untuk menunjukkan isi dalamnya,kemudian Hana terkejut kerana itu gambar semasa Hairil masih remaja. Dua orang dewasa di belakang,lelaki dan perempuan semestinya ibu bapa Hairil duga Hana. Dia memandang ke arah seorang gadis muda di sebelah Hairil.

"Keluarga senior?" soal Hana dan Hairil sekadar mengangguk sahaja.

"6 tahun yang lalu saya ada ibu bapa dan seorang adik perempuan,kami memang bahagia dan ayah saya seorang tukang masak di istana.." ujar Hairil mula bercerita.

"Ouh sebab tu senior nak jadi seorang tukang masak?" soal Hana sambil tersenyum,Arjuma pula hanya mendiamkan diri kerana dia dapat mencuri dengar.

"Yeah...itu cita-cita saya..." jawab Hairil tersenyum.

"Wah....." Hana kagum.

"Tapi semasa saya diterima masuk ke dalam akademi kulinari...ibu bapa dan adik saya terlibat dalam kemalangan,mereka meninggal dalam perjalanan ke hospital..." jelas Hairil dan air mukanya mula berubah reaksi sedih,Hana terkejut dan menekup mulutnya.

"Jadi selama ini senior tinggal sendirian?" soal Hana meneka.

Hairil mengangguk dan bangun dari kerusinya,lalu dia menggeliat panjang dan beredar menuju ke arah washroom. Hana hanya mampu mendiamkan diri sahaja,langkah Hairil terhenti dan menarik nafas pendek.

"Hana..." panggil Hairil.

"Huh?..." Hana memandang ke Hairil sebaik dipanggil.

"Thank you for listening...I'll appreciate that.." kata Hairil tersenyum dan Hana tergamam kemudian membalas senyuman pemuda itu.

Hana memerhatikan pemuda itu berlalu pergi,dia memandang ke tapak tangannya dan tak terfikir akan memegang tangan Hairil. Mukanya merah menahan malu dan Lily mendekatinya,Arjuma pula hanya menghela nafas pendek dan kembali ke dapur menyediakan bahan-bahan masakan.

"So...?" Lily menyoal sambil tersenyum sinis.

"Apa?..." Hana menyoal kembali.

"Eleh..tanya orang pula..apa yang awak kata senior?" soal Lily lagi.

"Hehehe....." Hana sekadar ketawa kecil dan bangkit dari kerusinya.

"Hana?" Lily kehairanan.

"Its a secret...." kata Hana segera meninggalkan Lily.

"Stingy!" Lily berkata tidak puas hati,Hana hanya membalas dengan ketawa kecil.

Pada masa yang sama di washroom,Hairil sekadar mencuri dengar dari dalam dan membuka loketnya. Dia tersenyum memerhatikan gambar ibu bapa dan adiknya,Hairil menarik nafas panjang kemudian dihelakan pendek.

"Ayah..ibu..adik...abang tidak lagi kesunyian..." kata Hairil sendirian.

ARJUMA CAFE [C]™Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora