Menu 2 : Ex-elite soldier?

1.4K 170 13
                                    

Hairil dan Nina berbalas pandangan,Arjuma memberi tunjuk ajar pada pekerja part-time. Masing-masing mengangguk faham,ada juga yang terpesona dengan ketampanan lelaki itu.

Hairil dan Nina tersengih serta ketawa antara satu sam lain,betul kata Arjuma kerana kafe ini sentiasa sibuk. Namun lengang sebaik sahaja waktu 10 pagi ke atas,Hairil tersenyum kerana apa yang diajarkan oleh Arjuma dapat dipelajari dengan mudah.

"Baiklah semua dah faham apa yang saya ajarkan?..." soal Arjuma.

"YA!!!..." jerit pekerja part-time itu semua,Hairil menekup mukanya.

"Jadi sambung kerja masing-masing okay?.." arah Arjuma dan para pekerja part-time itu segera menyambung kerja mereka.

"Wa...boss ramai peminat nampaknya..." kata Hairil menjengah kepala pada tingkap penghubung tempat masak dengan kaunter pembayaran.

"Haih...aku tak minat budak gedik la.." kata Arjuma menekan monitor.

Hairil tersengih mendengar jawapan daripada Arjuma,kemudian kedengaran bunyi loceng tanda pelanggan masuk. Arjuma lantas memberi salam selamat datang,namun jadi terkejut apabila kehadiran orang yang dikenali olehnya.

"Eh? Putera?!..." Hairil terkejut dan terus keluar dari dapur.

Arjuma memandangnya ke arah Hairil yang melutut memberi hormat pada orang yang dipanggil putera,Arjuma dengan putera itu berpandangan kemudian menggaru kepalanya.

"Err...pekerja baru kau ke Syah?.." soal lelaki dipanggil putera,melihat ke arah Hairil yang sedang melutut.

"Haah...baru masuk minggu lepas. Nak jadi tukang masak professional katanya..." kata Arjuma mencekak pinggang.

"Ni saudara tolong berdiri,tak perlu nak melutut macam tu.." kata putera itu.

"Tapi putera Raffie...saya.." Hairil mula serba-salah.

"It's okay...just get up.." kata putera dipanggil Raffie itu.

"Baiklah....tapi..." ujar Hairil memandang Arjuma kemudian kea arah Raffie pula.

"Kenapa?..." soal Arjuma kehairanan.

"Boss nampaknya kenal dengan putera Raffie..." kata Hairil.

"Syah merupakan bekas askar elit kerajaan Mentari...dan dia ahli terawal 10 Guardian sebelum berhenti dan diganti dengan askar lain..." jelas Raffie.

"What?!.." Hairil separuh menjerit dan sempat ditekup mulutnya oleh Arjuma.

Para pelanggan menoleh ke arah mereka,akibat 'suara merdu' Hairil yang lantang itu. Raffie bersiul selamba,Arjuma merenungnya dengan tajam.

"Oi abang Raffie...boleh tak jangan suka-suka ceritakan kat orang?.." ujar Arjuma.

"Err...maaf..tak sengaja..hehe.." kata Raffie tanpa rasa bersalah.

Arjuma menarik Hairil seperti patung menuju ke dapur,para pelanggan memandang dengan perasan pelik. Raffie pula dihampiri oleh Nina,dengan tersenyum dia menjemput Raffie duduk di tempat yang disediakan.

"Err...tuan putera nak pesan apa ya?.." soal Nina dengan takut-takut.

"Emm..bagi saya fresh orange...makan nanti kalau saya nak saya order..." ujar Raffie tersenyum.

"Err...emm f-fressh o-orange s..satu.." kata Nina gugup.

"Jangan la takut-takut saya tak makan orang..." kata Raffie tersenyum dan Nina mukanya merah padam.

"Ya..baik!.." ujar Nina terus berlalu pergi meninggalkan meja di mana Raffie berada.

"Boss seorang askar?.." soal Hairil.

"Ya..." jawab Arjuma menyiapkan hidangan.

"Kenapa boss berhenti?" Soal Hairil.

"Aku bosan...jadi aku bersara awal la.." jelas Arjuma selamba,masih tidak berganjak dari menyiapkan hidangan.

"Masa depan cerah kot! Kerajaan support kita..!" Sebaik mendengar kata-kata Hairil,Arjuma terus berhenti dari melakukan kerjanya.

"Sekarang ni kau datang sini nak kerja ke nak soal siasat latar belakang aku?..." soal Arjuma pula.

"Err..kerja?.." jawab Hairil tersengih.

"Jadi...buat kerja kau..." kata Arjuma dingin,matanya merenung tajam.

Hairil terdiam kemudian tersengih,dan menyambung kerjanya. Nina yang baru tiba di dapur,kehairanan dengan suasana yang agak dingin itu. Arjuma kembali menyambung kerja,sambil cermin matanya dibetulkan sedikit. Hairil turut beredar dan kembali ke posisinya,tidak mahu berkata apa-apa lagi.

"Sememangnya bekas askar elit..renungan dia tajam..." kata Hairil sendirian.

Pada masa yang sama,pekerja part-time mengintai Raffie yang sedang bersendirian,Raffie pula sambil mengetuk meja dan memandang ke luar tingkap kafe.

"Seronok jadi orang awam....."

ARJUMA CAFE [C]™Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin