Menu 22 : Luahan Arjuma

900 123 6
                                    


Arjuma mendongak ke atas langit yang cerah,tidak mendung dan tidak juga panas terik. Lebih kurang hangat jika ingin dikatakan,namun apa yang Arjuma buat sendirian di atas bumbung tingkat atas kafe? Sendirian di tepi pondok atau pangkin berbumbung.

"Eh....panas.."

Hairil pula ketika itu berbual dengan Hana,Lily yang memerhatikan gelagat mereka berdua sekadar tersengih. Dia harap Hairil sedar perasaan sahabatnya itu,terasa kepalanya dipegang oleh seseorang kemudian ditoleh orang itu adalah Rasif.

"Jauh termenung?" Soal Rasif .

"Senior...." Lily hanya tersenyum sahaja.

"Fikirkan sesuatu...?" teka Rasif.

"Tak ada apa-apa la..." jawab Lily.

Rasif sekadar mengerutkan dahi tersenyum kelat,kemudian dia sedar Hairil dan Hana sedang berbual rancak. Malah begitu mesra sekali dan Rasif baru faham,dia sekadar ketawa kecil dan beredar.

Arjuma ketika itu masih berada di atas bumbung kafe,duduk di bawah pondok yang sudah tersedia merenung ke arah langit. Kemudian pandangannya berubah pada beberapa orang sedang berkejaran.

"Itu...Max...lagi dua tu siapa?" soal Arjuma sendirian.

Malas ingin memikirkan apa-apa Arjuma kembali,mendongak ke langit kemudian dia baring di lantai pondok itu. Pada masa yang sama Rebecca masuk ke dalam kafe,Rasif serta Lily terkejut dengan kehadirannya namun mereka tahu siapa yang Rebecca ingin cari. Rasif menunjukkan isyarat supaya naik ke atas bumbung,Rebecca sekadar tersenyum mengangguk.

Hairil yang sedang berbual menyedari kehadiran Rebecca,Hana turut sama dan perbualan mereka terhenti memerhatikan Rebecca mendaki daki naik ke tingkat atas. Shah pula hanya menjengah dan kehairanan,Lily pula sekadar berpandangan dengan Rasif lalu tersengih antara satu sama lain.

Arjuma masih melayan perasaan dan mengelap cermin mata,lalu diletakkan cermin matanya di sebelah dan kembali baring. Dia hanya menghela nafas pendek,memikirkan perasaannya pada Rebecca.

"Rebecca..."

"Yess?..."

Arjuma terperanjat dan bangkit menoleh ke satu arah,Rebecca sedang duduk di sebelah penjuru pondok tidak jauh daripadanya. Arjuma tersenyum kelat apabila Rebecca muncul dengan tiba-tiba.

"Apa awak buat di sini sendirian?" soal Rebecca.

"Nothing..cuma nak ambil angin je.." jawab Arjuma.

"Heh...its that true..?" Rebecca mendekati wajah Arjuma.

"Err...yeah...its true.." Arjuma tersenyum kelat.

"Arjuma...."

"Yes?"

"Don't lie...."

"Really! I'm okay!..I swear!.." 

Rebecca merenung tajam ke arah muka risau Arjuma,mereka berdua berbalas pandangan dengan agak lama. Kemudian dia tersenyum dan menggelengkan kepala,Arjuma kehairanan dengan reaksi Rebecca.

"Awak memang tak pernah berubah.." ujar Rebecca.

"Saya adalah saya...berubah itu pula sesuatu yang mengubah kita.." jawab Arjuma menghela nafas pendek.

"Syah..." Rebecca hanya menunggu kata-kata Arjuma seterusnya.

"Saya tak nak berubah..itu je.." kata Arjuma lagi,Rebecca terkejut sedikit.

"Syah?.." Rebecca kehairanan.

"Nanti perasaan saya pada awak akan berubah..." jelas Arjuma lagi dan Rebecca sekali lagi tersentak,Arjuma mengusap belakang kepala dan bangun.

"Eh? Syah?" Rebecca masih tidak faham.

"Rebecca...saya cintakan awak.." ujar Arjuma sambil mengusap belakang kepalanya,Rebecca tersentak dengan luahan Arjuma dan dia hilang kata-kata.

Suasana menjadi sunyi sepi dan Rebecca terus tertunduk,air mukanya merah padam dan Arjuma juga tidak berani memandang wajah gadis itu. Dia sudah cukup malu untuk meluahkannya,tidak lama lepas itu dia terasa sesuatu.

"Rebecca...saya perlu pergi..ada kerja sedikit.." ujar Arjuma dan Rebecca mendongak memandangnya.

"Huh?..." Rebecca terkejut dengan senyuman Arjuma.

"Kalau awak sudi...boleh tunggu saya?" pinta Arjuma dan Rebecca tersenyum lalu mengangguk.

Kling!

"Selamat datang!.." sapa Lily dengan tersenyum ceria,namun berubah pucat.

"Kenapa Lily..ada-huh? Alamak..." Rasif turut tersenyum kelat.

"Tolong berikan meja untuk 10 orang duduk..." Ikhwan muncul bersama Alisa serta dalam beberapa orang.

"Hmm...boleh tahan kafe Arjuma ni.." ujar seorang lelaki berpakaian seperti putera diraja tersengih memandang sekeliling kawasan dalaman kafe.

"Oi Rasyid..sampai bila kau nak pakai baju tu?" soal Ikhwan.

"What?..." Rasyid kehairanan.

"Tukar baju lain..rimas aku tengok.." kata Ikhwan dan Rasyid tersentak lalu tertunduk.

"Ha..ha..ha..." Rasyid hanya ketawa kemudian dia mengaktifkan kuasa magis,dan sekelip mata baju sudah bertukar formal. 

"Wah....." Lily dan Rasif kagum.

"Semestinya Lima Pahlawan Elemen,Rasyid Al'Kamzan..." Rasif berkata jujur.

PAKK!!

"Adoi! Apa hal kau ketuk aku?!" rungut Rasyid apabila kepalanya diketuk oleh Ikhwan.

"Jadi kau rela dibakar?" soal Ikhwan dengan muka dingin.

"Hehe....simpan je kuasa kau...hahah.." Rasyid mengangkat kedua tangan.

"Amboi meriah betul.." Arjuma menegur.

"Yo Arjuma!..." Max menyapa.

"Kau Max..hmm? Siapa ni?" soal Arjuma lagi memandang ke arah pemuda berambut putih,bersama gadis berambut biru laut dengan air muka dingin.

"Ouh...ni partner baru aku..kenalkan mereka pasangan suami isteri..Zeo Dragneel dan Luna Dragneel..." Max memberi pengenalan untuk pasangan yang bersamanya.

"Waa...macam tu..." Arjuma mengangguk faham.

Sedang Arjuma melayan karenah kawan-kawannya,Rebecca memerhatikannya secara senyap-senyap. Melihat Arjuma yang ceria bersama Ikhwan,Alisa dan juga Rasyid. Membuatkan dia senang hati malahan dengan Arjuma meluahkan perasaan sebentar tadi,apabila Rebecca mengingati semula kata-kata Arjuma dia tersenyum sendirian.

"Saya juga cintakan awak..."

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now