Menu 9 : Hantu

1.1K 140 8
                                    

Seorang gadis berjalan di sebuah taman bunga,keadaan taman di situ agak gelap kerana masalah teknikal. Pihak pembaik pulih masih belum berikan maklum balas,si gadis memandang sekitar kawasan taman bunga.

Gadis itu merasakan ketakutan menguasai dirinya,badannya menggigil dan kakinya seolah-olah menjadi berat. Nafasnya jelas kedengaran dan wap keluar dari mulutnya,dengan tiba-tiba dia menyedari seseorang berada di belakang.

Secara perlahan-lahan dia menoleh ke belakang,jantungnya berdegup laju dan badannya berpeluh. Sebaik dia menoleh ke belakang,matanya membesar terkejut dan..

"Tolong saya......" seorang gadis berpakaian serba putih,dan rambut putih merenung ke arah gadis itu.

"KYAAAA...!!!!"

Suasana gelap malam berubah siang,dan lokasi beralih ke tempat hadapan Arjuma Cafe. Keadaan kafe agak lengang pada waktu pagi,kelihatan beberapa orang sedang berbual dan salah seorang adalah Arjuma.

"Hantu di taman bunga? Mengarut la..." kata Arjuma.

"Betul boss...hari ni ada gadis ditemui pengsan di taman bunga..takkan la tidur kat tengah kawasan pejalan kaki..." kata Hairil bersungguh-sungguh.

Arjuma berfikir sejenak dan memandang Hairil,dia dalam kiraan separuh-separuh untuk percayakan cerita Hairil.

"Boss kalau tak nak percaya..terpulang..." kata Hairil menyedari cara Arjuma memandangnya.

Kling!

Bunyi loceng kedengaran dan serentak mereka memandang,Ikhwan dan Alisa bersama Luqman dan Aminudden menjengah daripada belakang.

"Wan?" Arjuma kehairanan dengan reaksi wajah Ikhwan,dingin kerana kebiasaan Ikhwan akan tersenyum.

"Arjuma...got a minute?" Soal Ikhwan.

"Sure..." jawab Arjuma.

"Alisa...awak tunggu sini okay?" Pinta Ikhwan dan gadis itu sekadar mengangguk.

"Korang pun sama..tengokkan cik kamu ni faham?" Ikhwan memandang ke arah anak saudaranya.

"Ya..ya...kami tahu.." jawab Luqman.

"Wan..kita bincang kat bilik rehat aku..." kata Arjuma dan Ikhwan sekadar mengangguk sahaja.

Arjuma berjalan mendahului Ikhwan,dan putera raja itu menyusul daripada belakang. Hairil sekadar memerhatikan sahaja,Rasif hanya mendiamkan diri dan Nina pula mengelap meja.

Luqman dan Aminudden mengiringi Alisa duduk di meja bersebelahan tingkap,dua beradik itu menghela nafas pendek mengeluh.

"Ya...kamu bertiga nak pesan apa-apa?" Soal Nina.

"Bagi saya Ice Lemon tea..." ujar Alisa.

"Fresh Orange .." Luqman mencelah.

"Ice lemon tea gak..." jawab Aminudden,Nina beredar kemudian dua beradik itu berbual.

"Hantu di taman bunga? Apa ke pelik nama dia?" Soal Aminudden.

"Kenapa pulak?" Luqman kehairanan.

"Tak ada la...hantu tu mat jiwang ke..punya la rumah kosong banyak pergi kat taman bunga buat apa?" Aminudden berkata lagi.

"Mana la tahu dia mati kat taman bunga...roh tersekat kat taman bunga...siapa tahu..." selamba Luqman menjawab.

"Ada-ada je jawapan kau bang..." Aminudden mengangkat kening.

Alisa hanya menjadi pendengar sahaja dua beradik itu bercerita,dia memandang ke arah luar dan sekali pandang seperti kelibat seorang gadis berambut panjang dengan rambut panjang menutupi muka. Namun hanya sekali imbas,sebaik Alisa cuba mencari kelibat itu sudah tiada.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now