Menu 7 : Pekerja Baru

1.1K 145 19
                                    

Pelanggan semakin ramai singgah ke kafe Arjuma,kebanyakan yang datang untuk merasai keistimewaan buatan kopi dari jejaka rambut blonde itu.

Setiap gerakan tangannya menyediakan kopi,menarik minat pelanggan serta pelayan kafe tersebut. Nina pula sekadar memerhatikan sahaja,Arjuma pula muncul di sebelahnya.

"Boss?..." Nina terkejut dengan kehadiran Arjuma.

"Bagus...disebabkan Barista baru tu..customers semakin bertambah alhamdulillah..." kata Arjuma menyilangkan tangannya.

Nina sekadar tersenyum sahaja mendengar kata-kata Arjuma,kemudian pemuda itu beredar masuk semula ke dapur untuk menyediakan pesanan. Gadis itu memandang ke arah Rasif yang sedang melayan pelanggan,dia sekadar menghela nafas pendek kemudian menyambung semula kerjanya.

"Meja 14 siap..."

"Meja 15 kemas..."

"Meja 2 pesanan baru!"

"Ada tisu tak? Customer minta.."

Suasana kafe amat sibuk dan Rasif begitu kagum dengan Arjuma yang mengawal keadaan,biarpun sibuk tetapi dia mampu menyediakan pesanan dalam masa yang singkat. Hairil juga sama mampu mengikuti kepantasan Arjuma,loceng berbunyi dan Rasif menoleh ke arah pintu utama.

"Selamat datang..." ujar Rasif sambil tersenyum.

Tidak kurang juga pelanggan datang ingin merasai kopi buatan pemuda blonde itu,rasa yang asli dan penuh dengan kemesraan menarik minat para pelanggan untuk singgah menikmati kopi.

Arjuma hanya memerhatikan dari dalam dapur,dia sekadar tersenyum dan menyambung memasak. Pelayan kafe juga sibuk mengambil dan menghantar pesanan,pada masa itu dua orang gadis membaca notis Job Wanted pada papan kenyataan awam Green City.

"Hey Hana..kita boleh cuba ni!" Kata gadis berambut pony tail itu.

"Err...ada kosong lagi ke Lily,rasanya kita biasa ke sana ramai pekerja..." ujar gadis dipanggil Hana,pada rakannya Lily.

"Ye la..." ujar Lily seperti kecewa.

"Ramai-ramai pun semua pekerja part-time je.." satu suara menegur dan dua orang gadis itu menoleh.

"Eh?! Putera Aminudden!" Lily terkejut dengan kehadiran Aminudden.

"Cuba la mintak rasanya uncle Arjuma akan ambil korang..." kata Aminudden tersenyum.

"Err....ye ke?" Hana masih ragu-ragu.

"Akak berdua ni pelajar sekolah tinggi ke?" Soal Aminudden.

"Yeah..kami baru tahun kedua.." ujar Lily tersenyum.

"Cuba je...mesti dapat..hehe.." kata Aminudden tersenyum.

"Err...baiklah putera muda kami akan cuba! Tapi..." Lily kehairanan.

"Yeah?..." Aminudden menunggu kata-kata Lily seterusnya.

"Apa yang putera muda buat di sini..?" Soal Hana.

"Ouh...kamu tegur baru teringat..baiklah minta diri dulu! Hup!!" Seraya Aminudden berkata,dia terus melompat tinggi dan hilang daripada pandangan dua orang gadis itu.

"Jarang kita nampak dia seorang diri kan?" Soal Lily.

"Emm..biasa putera Luqman ada sekali..." Hana pula menambah.

"Mungkin kena tinggal kot..." kata Lily pula tersenyum riang.

Hachiuuu!!!

"Siapa pula mengumpat aku ni?" Luqman yang ketika itu berada di atas menara tinggi menggosok hidungnya.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now