Menu 27 : Rasif,sudah bertunang?

816 103 9
                                    


Seperti biasa kafe sama setiap hari sentiasa sibuk,lebih-lebih lagi hujung minggu sehingga tidak menang tangan dibuatnya. Arjuma dan Hairil tekun memasak untuk pesanan yang dibuat,Nina dan Lily serta Shah menghantar makanan yang sudah siap.

Rasif kadang-kala jika kaunter dia tiada pelanggan,dia akan menjadi sukarelawan sebagai pelayan untuk mengurangkan kesibukan dalam kafe. Jam sembilan pagi sehingga dua belas tengahari pelanggan sentiasa ramai,apatah lagi jika nak dibandingkan hujung minggu seperti yang dikatakan sebentar tadi.

"Fuh memang tak menang tangan melayan..." ujar Nina sebaik menukar papan tanda bertulis buka ke tutup bagi waktu rehat.

"Well korang kena bersyukur aku bagi waktu rehat...biasa restoran takkan berehat.." ujar Arjuma duduk berkipas dengan kertas kadbod.

"Biar betul?" soal Lily.

"Yeah....diorang bergilir rehat..." jelas Arjuma lagi.

"Waa....kesiannya diorang..." kata Lily simpati.

"Dunia ni sekarang orang ramai kejar duit je...diorang dah tak kisah.." sampuk Rasif.

"Haah...kerja teruk macam duit tu boleh bawa mati..." Nina memberi pendapat.

Kling!

"Ah maaf kami tengah rehat..." Nina berkata pada orang yang membuka pintu,namun terus tersentak kerana orang itu ialah Rebecca.

"Cik Rebecca...." ujar Lily dan Arjuma menjengah.

"Rebecca? Awak buat apa di sini?" soal Arjuma pula menghampiri kekasihnya.

"Nak jumpa awak la siapa lagi,tadi busy saya tengok jadi masa rehat saya datang..." jelas Rebecca dan sedar kelibat Hairil serta Hana berbual mesra.

Gelagat Hairil yang romantis kerana kadang kala ketika berbual,pipi Hana diusap dan kepalanya turut sama diusap. Arjuma menoleh ke arah Rebecca intai,kemudian berdehem dengan kuat bagi menyedarkan pasangan itu.

Hairil dan Hana tersentak dengan deheman Arjuma,tanpa membuang masa Hairil menarik tangan Hana beredar. Rebecca hanya ketawa kecil melihat gelagat pekerja Arjuma,kemudian dia merenung lembut ke arah Arjuma.

"Rebecca?" Arjuma menyapa dan ketika itu Lily,Rasif serta Nina hanya menjadi penonton.

"Yes Syah?" jawab Rebecca tersentak.

"Awak dah makan?" soal Arjuma lagi.

"No...why?..." Rebecca kehairanan dengan soalan kekasihnya.

"Come...I'll cook you something..." pelawa Arjuma.

"Really? Yeay!..." ujar Rebecca girang.

Arjuma dan Rebecca pergi ke arah dapur kemudian Arjuma memulakan memasak,Rebecca hanya duduk menunggu masakan daripada kekasihnya itu. Gelagat mereka diperhatikan oleh tiga pasang mata,Rasif hanya tersengih melihat Lily dan Nina mengeluh.

"Why you guys so down?" soal Rasif.

"Of course...kami masih single..." jelas Nina dan Lily mengangguk sahaja.

"Come on guys...kumbang bukan seekor la..." Rasif memujuk.

"How bout you Rasif?" soal Nina.

"What? You asking me?" soal Rasif kembali sambil menuding jari pada diri sendiri.

"Yes senior...you? Single?" soal Lily pula.

"Single? Why you guys ask?" soal Rasif kehairanan.

"Sebab senior awak...bukan ke duduk bersendirian?" soal Lily

"I already have fiancee...." jawab Rasif tersenyum sambil mengambil cawan dan lap,jawapan Rasif membuatkan dua gadis itu tersentak dan membesarkan anak mata mereka.

"EHHH!!!???" jeritan yang kuat membuatkan Arjuma dan Rebecca terkejut.

"Apahal diorang tu?" soal Arjuma kehairanan,Rebecca hanya mengangkat bahu.

Malah signboard tanda TUTUP turut bergegar dengan impak jeritan dua gadis itu,dan orang awam yang lalu lalang juga terkejut dengan keadaan itu.

"Kenapa mereka menjerit macam tu?" soal Hana yang turut mendengar jeritan kuat.

"Who know? Tiba-tiba menjerit,ada berita mengejutkan agaknya..." duga Hairil.

Kafe kembali sibuk dan Rasif membuat kopi yang dipesan,Lily hanya memerhatikan Rasif sambil mengelap meja yang baru ditinggalkan oleh pelanggan. Nina turut sama selepas menghantar makanan,Shah yang mengambil pesanan daripada pelanggan kehairanan dengan gelagat dua gadis itu.

"Hey..senior..psst!..." ujar Shah berbisik.

"Huh? Shah? Kenapa?" soal Rasif menghampirinya.

"Kenapa Lily dengan senior Nina pandang senior semacam?..." soal Shah ingin tahu.

"Huh? Ouh...diorang terkejut aku dah bertunang..." jelas Rasif.

"La...senior tak pernah cerita ke?..." Shah berkata dengan tersengih.

"Tak aku tak terfikir benda tu penting..." jelas Rasif lagi.

"Tak boleh la macam tu...senior kena cerita..." kata Shah berkerut dahinya,sambil memerhatikan keadaan kafe yang agak sibuk.

"Ala tak ada benda la..nanti kalau nak,aku ceritakan kat diorang..tapi rasanya tak payah.." Rasif sambil menyusun gelas serta cawan pada tempat yang dikhaskan.

"Kenapa pula?..." soal Shah ingin tahu.

"Lily dengan Nina dah tahu,nanti diorang beritahu la yang lain..." jelas Rasif.

"Ouh......" Shah mengangguk faham.






ARJUMA CAFE [C]™Onde histórias criam vida. Descubra agora