Menu 4 : Makan Angin

1.2K 157 17
                                    

Arjuma menguap panjang sebaik bangkit dari tidurnya,jam loceng yang berdering dimatikan. Kalendar diperhatikan dengan teliti,kemudian dia mengambil cermin matanya dan dipakai lalu mengangguk faham.

"Ah...cuti hari ni..." kata Arjuma menggeliat.

Lantas dia bangun dari katilnya,tuala diambil dari tempat sangkut dan menuju ke arah bilik air. Dia menguap panjang dan menurunkan punat paip,sebaik air mengenai tubuhnya terus segar dibuatnya.

"Sejukkkk....."

Seusai mandi dan menuju ke arah almari baju,setiap baju dipilih dengan teliti biar kena dengan personaliti. Akhirnya dia mengambil kemeja putih bercorak,leher diregangkan dan dia menuruni ke tingkat bawah.

"Ah...abang selamat pagi..." satu suara menegurnya dan Arjuma menoleh ke arah suara tersebut.

Seorang gadis comel sedang menyiapkan juadah sarapan,Arjuma datang menghampiri meja makan dan terus duduk. Gadis itu menuangkan teh panas,dan berbalas senyuman.

"Laira..selamat pagi.." balas Arjuma sambil tersenyum dan membetulkan cerminnya.

Laira Suffa Al'Hisyam 20 tahun adalah adik kepada Arjuma,setelah dia bersara dari menjadi askar dan menjalankan perniagaan kafe Laira memilih untuk tinggal bersamanya. Arjuma mempunyai lima orang adik beradiik,namun dua daripadanya adalah askar dan seorang lagi belajar di luar negara.

"Waa....abang smart-smart ni nak ke mana?" soal Laira.

"Nak jalan-jalan shopping mall,nak ikut ke?" kata Arjuma tersenyum sambil menghirup air teh panas buatan adiknya.

"Sedap seperti biasa...kenapa la tak nak kerja dengan abang je..." puji pemuda berkaca mata itu tersenyum.

"Tak nak saya nak kerja sendiri...!" kata Laira tersengih dan Arjuma sekadar menggelengkan kepalanya.

"Okay..abang nak gerak ni..nak ikut tak?" soal Arjuma tersengih dan Laira sekadar mengangguk kepalanya.

Mentari Shopping Mall sebuah bangunan membeli belah terbesar di Green City,Arjuma yang tangannya dipeluk oleh Laira menghela nafas pendek kemudian kedengaran suara bising teruja. Lalu dia dan Laira menoleh serentak ke arah suara bising tersebut,dia tersenyum kemudiannya apabila kelihatan Ikhwan dan Alisa sedang dikerumuni oleh beberapa orang gadis.

"Abang itu putera Ikhwan kan?" soal Laira.

"Haah....ramai gak peminat rupanya.." kata Arjuma tersengih.

"Siapa perempuan sebelah dia tu?" soal Laira lagi.

"Girlfriend agaknya..." ujar Arjuma selamba.

Laira sekadar mengangguk dan mereka berdua beredar pergi meninggalkan kawasan tersebut,akhirnya mereka tiba sebuah kedai buku dan melangkah masuk. Laira juga minat memasak seperti abangnya,namun dia lebih suka memasak untuk keluarganya sahaja. Arjuma yang sedang mencari buku masakan,terhenti langkahnya apabila dia terserempak dengan seseorang yang dia kenal.

"Boss?" Hairil terkejut apabila terserempak dengan Arjuma,kemudian matanya beralih ke arah Laira yang memeluk lengan Arjuma.

"Hey boss selamat pagi..." sapa Hairil tersengih paksa.

"Awak cakap dengan siapa Ril? Huh? Boss!" Nina terjengul kepalanya menegur Hairil,namun terkejut apabila ternampak Arjuma di hadapan Hairil.

"Ai korang berdua dating ke pe?" soal Arjuma.

"Huh? Eh..tak..tak! Kitorang terserempak secara tak sengaja..!" jelas Hairil.

"Betul tu sebab bosan kitorang decide jalan sama-sama..." sokong Nina pula.

"Hoh......." jawab Arjuma dengan muka selambanya.

"Oi apa maksud air muka tu!!?" soal Hairil.

"Boss pun sama dating.." kata Nina menjeling ke arah Laira.

"Huh? Ah..maaf tak kenalkan diri!" Laira melepaskan pelukannya.

"Salam kenal,saya Laira Suffa Al'Hisyam...saya adik kepada Arjuma..." kata Laira menunduk hormat.

Hairil dan Nina berpandangan kemudian tersengih,muka mereka merah padam malu kerana salah sangka siapa itu Laira. Mereka memandang muka selamba Arjuma,pemuda berkaca mata itu sekadar menggelengkan kepalanya dan menghela nafas pendek.

"Aku tinggal dengan adik aku..." kata Arjuma selamba.

"Ouh macam tu..." jawab Hairil dan Nina serentak.

"Hey...kamu berdua ada rancangan ke?" Soal Laira tersenyum.

"Huh? Rasanya tak ada..." jawab Nina menjeling Hairil,kemudian Laira memegang tangan Nina.

"Ha..so how about you guys join us? How bout lunch together?" Pelawa Laira teruja,Arjuma hanya menghela nafas pendek.

Hairil dan Nina mengambil keputusan untuk ikut Arjuma serta Laira,atas jemputan daripada Laira dan Arjuma sekadar mengeluh.

"Abang...tak baik mengeluh okay?" Kata Laira tersenyum.

"Yeah...yeah whatever.." jawab Arjuma acuh tak acuh.

"Mou...abang..." Laira mengembungkan pipinya.

"Dah...tak payah buat muka macam tu...kau bukan tak kenal abang macam mana bukan?" Arjuma membalas kemudian berlalu pergi.

"Abang...! Tunggu la sekejap!" Laira mengejar Arjuma

Hairil dan Nina berpandangan kemudian tersengih,Hairil dan Nina sudah faham bagaimana sikap dingin majikan mereka.

"Oi korang!" Arjuma melaungkan suara pada Hairil dan Nina.

"Huh?" Serentak mereka berdua memandang ke arah Arjuma dan Laira.

"Nak ikut ke tak?" Soal Arjuma lagi mengangkat kening.

"Sekejap!.." Hairil segera berlari ke arah Arjuma dan Laira,bersama-sama Nina.

"Hehehe..." Laira sekadar ketawa kecil.

"Hurry up..." kata Arjuma menyambung berjalan semula.

Akhirnya Arjuma mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama dua pekerjanya ketika cuti,Laira turut serta dan pada masa yang sama Ikhwan yang berjalan kawasan berhampiran ternampak keadaan itu.

"Kenapa Ikhwan?" Soal Alisa yang turut bersamanya.

"Nothing...just saw an old friend..." balas Ikhwan berlalu pergi,kemudian disusuli Alisa.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now