Menu 36 : Senior?

747 101 3
                                    


Hairil menggeliat panjang sebaik bangun dari katil,dia memandang ke luar tingkap  kemudian kecewa.

"Hujan....." kata Hairil menghela nafas pendek.

Dia menggosok belakang kepalanya,tuala yang disangkut dicapai dan terus menuju ke bilik mandi. Sambil menguap dia menolak pintu bilik,kepala paip dipusing dan air mula keluar.

"Brr...sejuk!"

Hujan masih turun dengan lebat,Hairil selesai mandi dan mengenakan pakaian kemeja dan sut lengkap. Pintu dikunci dan dia menuju ke arah garaj,pintu kenderaan pacuan empat roda dihidupkan enjinnya.

Hari ini Hairil mengambil cuti,untuk urusan penting.

"Okay lets go..." ujar Hairil menarik gear.

Kenderaan pacuan empat roda milik Hairil keluar dari garaj,Hairil menekan pendikit minyak dan terus meluncur laju. Hujan turun membasahi bumi Mentari,sedang memandu dia ternampak kelibat Ikhwan berjalan melalui kaki lima bersama Alisa.

"Putera bongsu....awal betul dia keluar.." gumam Hairil sendirian.

Dia tidak mahu ambil pusing hal orang lain,lantas fokus semula di jalan raya. Nasib baik ketika itu jalan tidak sesak,kadang-kala dia menguap kerana kesejukan. Hairil malas nak menekan suis pemanas,tapi dia mengenakan jaket tebal.

"Huh?..." Hairil perasan satu mesej di telefon pintarnya.

"Hati-hati dalam perjalanan..hujan lebat ni! Ayah dgn ibu kirim salam.."
                                           ~Hana

"Heh..." dia tersenyum sendirian membaca mesej daripada kekasihnya.

Wiper pada cermin depan bergerak laju,seiring hujan semakin lebat dan akhirnya dia tiba ke tempat yang ditujui.

"Immigration...kena renew passport.." gumam Hairil lagi.

♓♓♓♓♓

Arjuma mengelap gelas dan diletakkan tempat yang disediakan,dia menguap panjang kemudian memandang ke luar. Arjuma menghela nafas pendek,hujan masih turun dengan lebat. Pelanggan bertambah ramai malah disebabkan Hairil cuti,membuatkan keadaan menjadi amat sibuk.

Nina pula paling sibuk bekejar ke sana sini,mengambil pesanan dari meja ke meja yang lain. Arjuma hanya mampu tersenyum kelat,dia segera memasak dengan pantas.

Kling!

"Selamat datang...huh?" Nina tergamam sebaik melihat pelanggan itu.

"Hi Nina...hmm? Busy nampaknya.." Ujar wanita berkaca mata itu.

"Kakak? Apa yang kakak buat kat sini?.." Soal Nina terkejut.

"Akak baru je balik dari luar negara,nak tengok adik comel akak ni bekerja.." Nina dipeluk oleh wanita itu dengan erat.

"Akak...i can't breath!" Nina mula sesak nafas.

"Ouh! Maaf! Teehee!..." Wanita itu hanya mengusap belakang kepala.

"Mou kakak! Tahu la dada tu besar!.." Nina mengembungkan pipi.

"Hehe...maaf.." Ujar wanita itu.

"Nina?" Arjuma muncul dengan tiba-tiba.

"Boss...hehe..kak kenalkan ni boss saya,Arjuma Syah Al'Hisyam.." Nina memberi perkenalan,Arjuma hanya menunduk hormat.

"Ouh... Salam kenal.." Sapa wanita itu.

"Ya..jadi kamu?" Arjuma menyoal.

"Saya Qisreena Al'Idrus kakak kepada Nina..call me Qis.." Jelas wanita bernama Qisreena itu.

"Okay...kamu masih belajar atau bekerja?" Soal Arjuma.

"Buat masa ni saya kerja sambilan menjadi tenaga pengajar akademi..." Jelas Qisreena.

"Macam tu...akademi mana ya?" Soal Arjuma lagi.

"Akademi Kulinari Mentari..." Jawab Qisreena tersenyum.

Arjuma dan Nina berbalas pandangan,terkejut dengan jawapan Qisreena.

"Oi yang kau terkejut sekali dah pehal?" Soal Arjuma mengangkat sebelah kening.

"Ahahaha...maaf teehee.." Nina mengusap belakang kepala.

"Kenapa? Ada masalah ke?.." Soal Qisreena.

"Tidak ada masalah,cuma pekerja saya seorang dari akademi itu..." Jawab Arjuma.

"Really? What his name?..." Qisreena menyoal ingin tahu.

"Nama dia Hairil Al'Syah..." Jawab Arjuma.

"EH?!!....." Qisreena menjerit dengan tiba-tiba.,menyebabkan para pelanggan terkejut.

"Sorry...sorry..." Qisreena mengusap belakang kepalanya.

"Awak kenal Hairil?" Soal Arjuma.

"Of course because he is my junior..." Jawab Qisreena pula.

Arjuma dan Nina terdiam seribu bahasa,Qisreena tersenyum kehairanan dengan reaksi mereka berdua.

"WHAT?!"

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now