Menu 35 : Permintaan daripada raja

780 102 5
                                    

Hujan turun dengan lebat dan Chloe memerhatikan dari dalam kafe,telinganya bergerak-gerak teruja melihat hujan turun. Rasif fokus mengelap cawan dan piring,manakala Nina dan Lily sibuk mengemas meja serta kerusi.

Hairil pula hanya menongkat dagu di salah satu tempat duduk,Arjuma turut bersama menghirup air kopi krim buatan Rasif. Hana pula mengemas di belakang,dibantu oleh Shah.

"Awek kau dengan Shah kat belakang,kau tak risau ke?" Soal Arjuma tersengih.

Hairil yang menghirup kopi sekadar meletakkan semula cawan ke meja,lalu dia menggelengkan kepalanya.

"Nak risau apa...Shah tu dah ada awek gak...haih boss ni..." kata Hairil menggelengkan kepalanya.

"Hehe...saja je sakat kau..." balas Arjuma menyandar pada belakang kerusi.

"Ha boss lagi 2 minggu...apa cer persiapan?" Soal Hairil.

"Hmm...tinggal cari baju bersanding je la...lain dah siap..." jawab Arjuma.

"Jemputan tetamu?" Soal Hairil.

"Ha...itu kerabat diraja aku dah info....lagi,apa lagi ha?" Soal Arjuma tersengih.

"Adui boss...jangan macam-macam..." ujar Hairil menepuk dahinya.

Arjuma sekadar tersenyum mengusap kepalanya,tidak lama lepas itu kedengaran bunyi loceng.

Mereka berdua menoleh serentak dan Arjuma tersengih,Raven dan Jamel dalam keadaan basah pada bahagian bahu.

"Lengang bebenor la Mel...macam tak laku je..." ujar Raven dengan muka selamba.

"Itu la...pelik kan?" Balas Jamel dengan muka mengejek.

Hairil hanya mendiamkan diri,Arjuma kemudian sekadar tersenyum dan terus hilang dari pandangan. Jamel dan Raven tersentak apabila Arjuma dengan pantas,muncul di belakang mereka dan matanya menyala.

KUK!!

KUK!!

"ARGH!!..." Jamel mengerang kesakitan kepalanya diketuk,begitu juga dengan Raven mengusap kepala dia.

"Ha...rasakan...kafe aku tak ramai sebab ni....nampak?" Jelas Arjuma menuding ke arah papan tanda bertulis buka.

"Aku tutup kafe..kejap,nak bagi pekerja aku rehat...faham?" Tambah Arjuma lagi.

Arjuma mengibas dan menepuk kedua tapak tangannya,Jamel memegang kepalanya masih menahan sakit dan Raven pula hanya ketawa kecil. Hairil menggosok belakang kepalanya,menelan air liur melihat keadaan itu.

"Sakit la bongok! Kau ingat kepala aku drum ke?" Ujar Jamel tidak puas hati.

"Mulut macam puaka memang patut pun..." balas Arjuma dengan selamba.

"Apa kau cakap? Mulut kau pun sama je..lebih busuk dari longkang!" Jerkah Jamel dan urat timbul pada dahi Arjuma.

"So....Jamel...." Arjuma berkata sambil tersengih.

"Ah sudah...." Raven menelan air liur.

"Huh?.." Hairil kehairanan.

"Kau memang nak kena tanam awal ke pe?..." soal Arjuma mengepalkan penumbuknya,air mukanya berubah dingin.

"Marilah ingat aku takut ke..argh!!.." belum sempat Jamel menyambungkan ayat,Raven mengetuk kepala Jamel dengan kuat.

"Huh?..." Arjuma dan Hairil serentak terkejut,pada masa yang sama Rasif dan Lily serta Hana turut menyaksikan keadaan itu.

"That's must be hurt..." ujar Lily.

"You say it..." kata Rasif mengangguk.

"Hehehe...." Hana hanya mampu ketawa kecil sahaja mendengar kata-kata rakannya.

"Adoh! Sakit la setan kau pehal?!.." ujar Jamel tidak puas hati merenung Raven.

"Sekarang ni kita datang nak bagi pesanan ke nak bertekak?..." soal Raven dan Jamel terdiam.

"Pesanan?.." Arjuma kehairanan dan tidak faham dengan maksud Raven.

"Maaf la kami datang bawakan pesanan dari tuanku raja Solleh..ataupun lebih tepat permintaan tuanku..." ujar Raven.

"Permintaan? Dari tuanku? Pelik ni..." kata Arjuma.

"Masa perang nanti tuanku minta kau lindungi bandar ni..jika kau tidak keberatan..." ujar Raven.

Arjuma terdiam sebaik mendengar kata-kata Raven,mendengar pesanan dari raja negara ini. Hairil turut terkejut dengan itu,Rasif dan Lily berpandangan manakala Hana hanya mendiamkan diri. Arjuma mendiamkan diri agak lama,Hairil sekadar mendiamkan diri sahaja.

"Kami harap kau mampu berikan bantuan,Rebecca pun kalau boleh nak tolong tiada masalah..." ujar Raven lagi tersenyum.

Arjuma memeluk tubuh masih mendiamkan diri,kemudian dia menarik nafas dan menghela nafas pendek.

"Fine...cuma lindungi bandar ni je kan?..." soal Arjuma.

"Syah...." Raven tersenyum.

"Better you win this war..."

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now