Menu 39 : Akad Nikah

850 98 1
                                    

Please put your earphones for immersive experience

Majlis berjalan dengan lancar,juga agak sibuk jika diperhatikan. Laira antara yang paling sibuk memandang ke arah beberapa tiga orang abangnya ke hulu ke hilir.

"Abang long tolong periksa sini...takut black out..." Laira menunjukkan satu peta rujukan.

"Ha...okay..okay,Lan! Ikut aku jap! Zul..kau tolong Laira dengan Syafiqa.." Arah lelaki digelar abang long oleh Laira itu,adalah abang sulung iaitu Zakaria Zain Al'Hisyam.

"Okay Long.." Lan atau Shazlan Zain Al'Hisyam,anak nombor tiga dalam lima berada keluarga Arjuma.

"Laira...yang ni masih okay lagi,ke nak check?..." Faizul Syah Al'Hisyam,anak keempat.

"Aku rasa mereka bertiga tu adik beradik boss kita..." Rasif meneka.

"Rasanya kot?.." Hairil mengangkat bahu.

"Mereka bertiga tu memang adik beradik Arjuma...." Mereka tersentak dengan satu suara menegur.

Lantas Hairil serta yang lain menoleh,terkejut apabila Jamel Jawa dan Raven Nightmare berdiri di hadapan mereka. Malah bukan itu sahaja Nabill turut menyusul,Azlee tersengih melihat penampilan Nabill yang skema itu.

"Apahal abang sengih?" Nabill geram melihat reaksi Azlee.

"Nothing..heheh.." Jawab Azlee.

"Tuan panglima apa khabar? Tahniah kerana menang perang..." Rasif menghulurkan tangan pada dua orang kesatria itu.

"Kalau nak ucap tu pada putera bongsu sebenarnya,dia yang mainkan peranan.." Jamel menjawab dengan merendah diri.

Hairil dan Hana tersenyum kelat mendengar jawapan Jamel,Rasif menepuk kedua tapak tangan tanda kagum dengan Jamel. Nina dan Lily sekadar tersenyum,Azlee memandang ke belakang dan terkejut dengan kehadiran serta penampilan seseorang.

"Iris..." Azlee tergamam.

"How do i look?.." Iris menyoal.

"You look gorgeous..."

Iris mengenakan gaun ungu gelap,selendang dikenakan untuk menutupi bahagian dadanya. Tumit tinggi juga turut dikenakan,Ikhwan dan Alisa serta Chloe menyusul.

"Lagi satu VIP sampai...ke sini.." Lily berbisik pada Nina.

"Tengok je la apa jadi..." Nina membalas.
"Sixth...how are you today?" Azlee menyoal.

"Aku tak akui kau..." Ikhwan membalas dengan muka dingin.

Azlee tergamam terkejut mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Ikhwan,Alisa berlagak biasa dan Chloe tidak faham apa yang berlaku. Suasana menjadi tegang dan Iris terdiam,Jamel dan Raven serta Nabill awal lagi sudah beredar.

"What's going on here? Time froze or what?.." Hairil menyoal dan Hana meletakkan jari pada bibirnya.

"Diam la...tengok je.." Lily mencelah dan Nina menggelengkan kepalanya.

Suasana masih lagi tegang dan Azlee masih tercengang,mukanya pucat dengan pengakuan maut Ikhwan itu. Namun tidak lama dalam kiraan tiga saat,Ikhwan tersenyum ceria dan Azlee kehairanan.

"Don't worry Azlee...aku cuma bergurau.. Jaga adik kembar aku baik-baik..." Ikhwan berkata selamba sambil menepuk bahu Azlee,kemudian dia beredar meninggalkan Azlee yang terpinga-pinga.

Iris yang tahu perangai abangnya menahan ketawa,dengan membelakangkan Azlee yang masih terpinga-pinga. Lily menekup mulut dan Nina terus menarik mereka beredar,Hairil hanya mampu tersenyum kelat melihat gurauan Ikhwan.

"Huh?..." Azlee masih bingung.

"Oi kau nak bingung apa..majlis dah nak mula.." Jamel melaungkan pada Azlee.

Iris menahan gelak dan menolak Azlee bergerak ke arah Jamel berada,Nabill dan Raven turut sama ada di situ.

Suasana menjadi riuh apabila Arjuma keluar dari khemah khas,berjalan menuju ke arah tempat akad nikah yang bakal dilangsungkan. Tidak lama pandangan Arjuma tertumpu pada Rebecca yang ayu dengan pakaian pengantinnya,duduk bersama keluarganya.

"Pandang depan bro..." Ikhwan ketika itu menjadi pengapitnya.

"Aku tengah gemuruh dok..." Balas Arjuma.

"Nak aku tolong hilangkan gemuruh tak?" Ikhwan berkata tersengih.

"Tak apa la kalau kau,mau jadi cerita lain..." Balas Arjuma lagi.

"Haih kau ni...salawat tu penting..."

Alisa dan Chloe duduk di tempat tetamu,Reena dan Rayyan berpandangan tidak sangka Ikhwan akan jadi pengapit sahabatnya.

"Ai...saya ingat korang yang jadi pengapit...." Reena berkata tersenyum sinis menjeling ke arah Jamel dan yang lain-lain.

Raven serta Nabill dan Azlee berpura-pura tidak dengar,Rayyan ketawa kecil dan Qisya hanya kehairanan tidak faham. Pada masa yang sama,Luqman dan Aminudden sedang makan di kawasan berhampiran.

"Hey bro..." Luqman mencuit bahu adiknya.

"Apa? Huh? Uhuk!" Aminudden tersedak melihat bapa saudaranya menjadi pengapit kepada Arjuma.

Akhirnya majlis akad nikah berlangsung dengan lancar,sekali lafaz sah Rebecca Al'Syah menjadi suri hidupnya.

"Tahniah kawan....aku doa kau panjang umur murah rezeki..." Ikhwan berkata sambil bersalaman dengan Arjuma.

"Kau pun sama sudi gaul orang biasa macam aku ni..." Arjuma berkata sambil memeluk sahabatnya itu.

"Biasa atau kerabat diraja...semua sama,kita di bawah penguasaanNya..." Ikhwan berkata menuding ke atas langit,selepas melepaskan pelukan Arjuma.

Arjuma hanya tersenyum mendengar jawapan sahabatnya itu,majlis berlangsung dengan kehadiran tetamu yang ramai dan kebanyakannya dari kerabat diraja.

"Mujur kita dapat sponsor dari pihak istana...." Laira berkata sambil tersenyum dan menyengetkan kepalanya ke kiri.

"Baru la meriah...." Syafiqa mencelah dan Laira hanya menghela nafas pendek.

"Hahaha...." Arjuma sekadar ketawa mendengar kata-kata adiknya.

Majlis itu tamat pada sebelah petang,hampir pada waktu maghrib. Hairil dan pekerja Arjuma Cafe membantu mengemas kesemuanya.

"What a great day..." Rasif berkata dengan tersenyum,tunangnya hanya menggelengkan kepalanya.

"Mana datang efek bunga ni?..." Lily menyoal.

ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now