Menu 16 : Kesakitan di sebalik senyuman

928 123 2
                                    

Aku berjalan dengan riang menuruni tangga rumah,hari ini hari sabtu aku akan bekerja full time untuk satu hari. Aku mengingati semula ketika cubaan memujuk Hairil,pegangan tangannya masih terasa dan pada ketika itu muka aku merah padam.

Aku menggelengkan kepala tanda cuba tidak berfikir mengenainya,nafas aku tarik panjang dan dihelakan perlahan-lahan.

"At least aku dapat pujuknya..." omel ku sendirian.

 Sebaik sahaja memasuki dapur ibu bapa aku memandang dengan penuh kehairanan,aku pula sekadar bernyanyi dan membuka peti sejuk.

"Hana? Are you okay honey?" soal ibuku.

"Yeah...I'm okay? Why mom?" soal aku kembali.

"Kalau okay bagus la.." kata ayah aku kembali membaca surat khabar.

Aku hanya mengangkat bahu dan mengambil bahan-bahan untuk masakan,Ibu aku sekali lagi kehairanan dengan tingkah laku aku. Ayah aku pula sekadar membaca surat khabar sahaja,aku pula memulakan masakan untuk bekalan tengahari.

"Hana..." sapa ibuku lagi.

"Ya mum?" aku tidak menolehnya.

"Hana buat makanan untuk bekal?"

"Yes..something wrong with that?"

Ibu aku kemudian menekup muka dan mengangkat tangan,tanda tidak mahu bertanya lagi dan aku kehairanan. Salah ke aku buat bekal makanan sendiri?

  🔶🔶🔶🔶🔶🔶  

"Hana! Selamat pagi!.." sapa Lily sebaik keluar dari rumahnya.

"Pagi..." balas aku tersenyum.

Kami segera melangkah menuju ke kafe seperti biasa,cuma hari sabtu kami bekerja pada waktu pagi kerana waktu persekolahan kami hanya sampai hari jumaat sahaja. Lily memandang aku dengan reaksi pelik,tapi aku boleh mengagak apa yang dia fikirkan.

"Eh..Hana? Awak bawa bekal?" soal Lily.

"Yeah...why?" soal aku pula.

"No..nothing,nampaknya awak masak lebih..." kata Lily mula tersengih sambil meletak tangan pada dagunya.

"W-what? Salah ke?" soal aku.

"Tak..." ujar Lily kemudian dia mendada.

"Tapi......" Lily berkata lagi sambil menjeling semula ke arah aku.

"K-kenapa?" aku mula risau dengan jelingannya.

"Kamu buat untuk dia kan?" soal dia tersenyums sinis.

"Siapa ya?" soal aku buat tidak tahu.

"Siapa lagi kalau bukan senior Hairil kan...?" kata Lily.

"Yes...someone call my name?" soal satu suara dan kami berdua menoleh serentak lalu terkejut.

Hairil rupanya...

"SENIOR?!..." kerana jeritan kami,Hairil memejamkan matanya mungkin terlalu kuat jeritan kami.

"Waa....pitching tinggi..." ujar Hairil tersenyum.

Melihat senyumannya membuatkan muka aku merah padam,Lily tersengih dan menjeling sambil meletakkan hujung jarinya pada dagu. Air muka Hairil pula kehairanan dengan gelagat kami berdua.

"Ha senior!" Lily menyergah Hairil dengan tiba-tiba.

"Kus semangat! Kenapa Lily?" soal Hairil pula,aku turut kehairanan.

"Alang-alang dah terserempak ni..apa kata kita saing je?" Lily memberi cadangan sambil tersenyum sinis,menjeling ke arah aku dan apa yang aku boleh buat hanya mampu bersabar dengan karenah Lily.

  🔶🔶🔶🔶🔶🔶    

Kling!

"Huh? Sampai pun korang bertiga.." ujar Arjuma sambil mencekak pinggang di hadapan kaunter,Rasif pula sudah berada di kaunter khasnya.

"Hi selamat pagi..." sapa Lily tersenyum.

"Selamat pagi..." balas Rasif tersenyum manis.

"Hana kamu boleh buat kek kan?" soal Arjuma pada aku dengan tiba-tiba.

"Ya tapi kenapa?" soal aku pula kehairanan.

"Well you see...." Arjuma memegang belakang kepalanya.

Arjuma menerangkan apa yang berlaku pada aku secara terperinci,sepupunya mintanya buatkan kek untuk perkahwinan. Arjuma tidak mampu siapkan dalam masa terdekat,jadi di perlukan bantuan daripada aku.

"Jadi itu yang berlaku...macam tu rupanya.." ujar aku tersenyum mengangguk faham.

"Jadi..." Arjuma memandang aku dengan penuh harapan.

"Of course I'll help you boss.." ujar aku dan Arjuma tersenyum lega.

Hari itu memang sibuk dengan para pelanggan yang ramai,dan kerjasama aku dengan boss Arjuma untuk menyiapkan kek perkahwinan untuk sepupunya. Hubungan aku dengan Hairil semakin bertambah selepas aku memujuknya,benar kata orang tentang individu yang senang tersenyum itulah yang sering terluka.

Adakah aku mampu mengubati luka dia satu hari nanti?




ARJUMA CAFE [C]™Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu