Menu 18 : Dua gadis dan seorang pemuda

933 122 2
                                    

Chloe menggerakkan telinganya dan kakinya digoyangkan ketika duduk di kerusi,dia kebosanan dan menghela nafas keluh. Dia memandang ke luar tingkap,sekali keluhan dilepaskan.

Tingkah laku gadis musang itu diperhatikan oleh Laira yang sedang mengemas rumah,gelagat Chloe menarik minat Laira untuk memerhatikannya dengan lebih lama. Chloe terkebil-kebil melihat keadaan luar rumah,suasana perumahan Arjuma dan Laira tinggal agak sunyi serta selesa dari gangguan bunyi kenderaan berat.

Chloe mengangkat kedua tangannya ke atas serta menggeliat,Laira sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum. Tidak lama lepas itu Chloe memandang ke arah Laira dengan berkerut dahinya,Laira terkejut dengan renungan gadis musang.

"Lairaaaa.....I'm bored...." rengek Chloe dan Laira menghela nafas pendek lega.

"it can't be helped...I guess we can take a walk..." ujar Laira tersenyum

"Okay....!"  Chloe mengangguk tersenyum sambil menggerak telinganya.

Laira dan Chloe berjalan menyusuri kaki lima,beberapa orang lelaki memandang mereka atau lebih tepat ke arah Chloe. Laira mula terasa tidak selesa dengan keadaan seperti ini,Chloe pula tidak ambil endah mengenai hal tersebut.

"Laira?..." seseorang menegurnya dan Laira menoleh ke arah suara tersebut.

"Huh? Hah.....abang Yusri!..." Laira tersenyum gembira melihat pemuda yang menegurnya,menyebabkan para lelaki yang berada di situ tidak lagi memandang mereka.

"Err..Laira s-siapa dia?" soal Chloe takut-takut,sambil bersembunyi di belakang Laira.

"Hmmm...spirit animal ada di tengah bandar? Menarik..." Yusri tersenyum memegang dagunya,Chloe semakin takut dan bersembunyi di belakang Laira tanpa menunjukkan muka.

"Ehehehe....Chloe kenalkan..ni abang Yusri,putera negara kita..." Laira memberi penjelasan.

"Tapi saya spirit animal..." Chloe berkata dalam keadaan gementar.

"Saya tak kisah pun pasal spirit animal..asalkan kamu tidak buat masalah.." ujar Yusri tersenyum.

"Tapi apa yang abang Yusri buat di sini?.." soal Laira.

"Sekarang kan baru lepas reda pasal serangan drone...jadi saya dengan yang lain meronda untuk memeriksa hasil kerugian dari kerosakan yang dilakukan...." jelas Yusri menyilangkan tangannya,sambil memandang ke arah beberap bangunan yang rosak.

"Emm...how sad..." ujar Laira.

"Sekurang-kurangnya tiada nyawa rakyat terancam atau mati..." ujar Yusri dan Laira mengangguk,Chloe hanya mendiamkan diri sahaja.

"Ni kamu nak pergi ke kafe ke?..." soal Yusri.

"Hmm....yes!" Laira menjawab sambil tersenyum.

"Alright...I'll tag along.." ujar Yusri tersengih.

Mereka bertiga melalui kawasan tempat yang terkena serangan drone,Laira bersimpati pada keadaan kedai yang hancur. Yusri hanya menghela nafas pendek,dia juga bertanggungjawab mengenai pembangunan sebab itu Yusri perlu memeriksa keadaan kerosakan.

Negara Mentari memperuntukkan dalam billion dolar untuk memperbaiki kerosakan,bagi Mentari rakyat perlu diberikan sokongan tidak kira apa sahaja bentuk caranya. Sedikit sebanyak dapat mengubati luka pada hati rakyat,Yusri hanya tersenyum pahit apabila ada rakyat yang mengucapkan terima kasih.

"Kenapa abang Yusri?" soal Laira menyedari Yusri senyum paksa.

"Tak...cuma lihat mereka terima kasih..abang agak terkilan.." ujar Yusri.

"Tapi kenapa? Bukankah Mentari dah beri peruntukan..." ujar Laira hairan.

"Bukan itu..." jawab Yusri menggelengkan kepala.

"Jadi apa?" soal Laira dan Chloe hanya menjadi pendengar.

"Kami sebagai pentadbir gagal mengesan niat Kaser...itulah yang mengecewakan kami..jika abang dapat kesan niat sebenar dia...pasti semua ini tidak akan berlaku..." ujar Yusri mendesah kemudiannya.

Laira hanya terdiam kerana tiada kata-kata mampu menenangkan Yusri,semuanya sudah berlaku dan apa yang harus dilakukan seterusnya adalah terus maju ke hadapan. Yusri terkejut apabila tangan dipegang oleh Laira dengan tiba-tiba.

"Laira?..." Yusri kehairanan.

"Tapi rasanya rakyat negara ni tak kisah sangat pun....mereka tahu kerajaan akan berikan peruntukan untuk baikpulih kerosakan...." kata Laira tersenyum.

"Laira..." Yusri sedikit tergamam.

"Kalau ada yang kisah pun..tak ramai..rasanya.." kata Laira lagi tersengih.

"Oi..." ujar Yusri muka blur.

"Hehehe..." Laira sekadar ketawa kecil.

Sedang mereka berbual tiba-tiba kedengaran bunyi kenderaan memecut,Chloe menoleh dahulu sebelum Yusri dan Laira menoleh. Kelihatan sebuah kenderaan memecut secara merbahaya dan hampir melanggar orang awam,Yusri cuba mengambil tindakan namun niatnya terhenti apabila kelibat Luqman dan Aminudden sedang mengejar kenderaan itu dari belakang.

"Tunggu! Jack ass driving stupid driver!!!" jerit Luqman.

"Aku bakar kereta kalau aku dapat!!" kata Aminudden pula.

Dua beradik itu melepasi Yusri bersama Laira yang tergamam,Chloe pula terkebil-kebil melihat keadaan itu. Yusri menggaru kepalanya yang tidak gatal,kemudian kelibat Ikhwan berlari dengan muka selamba ke arah yang sama di mana Luqman dan Aminudden kejar kenderaan sebentar tadi.

"Waa...dua beradik tu bertenaga..." ujar Laira.

"Hahaha...." Yusri hanya mampu ketawa sahaja.


ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now