Menu 28 : Lamaran yang tidak disangka

900 96 1
                                    


Arjuma memegang satu bekas kecil berwarna merah,dia memerhatikan benda yang dalam pegangan tangannya. Kemudian rambutnya digaru dan masih memerhatikan benda itu lagi,seseorang menghampirinya dari belakang dan bekas itu diambil olehnya.

"Apa kau tengok lama sangat?" soal orang itu dan Arjuma terkejut kerana dia tidak sedar kehadirannya.

"Ikhwan...." kata Arjuma sekadar mendesah.

"Hmm...? Ini bekas.." Ikhwan agak terkejut,kemudian tersengih memandang Arjuma.

"Hish kau ni bagi balik..!" Arjuma merampas semula,Ikhwan tersengih dan meletakkan tangannya di bahu Arjuma.

"Kau nak bagi kat dia eh...." duga Ikhwan senyum.

"None of your bussiness.." kata Arjuma pula dan Ikhwan ketawa kecil.

"Okay la tu..dia kan dah resign sebagai askar..." kata Ikhwan pula dan beredar.

Arjuma hanya menyimpan bekas itu sambil memerhatikan Ikhwan keluar dari kafe,dia melihat Ikhwan sehingga masuk dalam kenderaan. Hairil pula sekadar memerhatikan sahaja,kemudian dia menggelengkan kepala dan mengemas dapur.

"Okay boss kami pulang dulu..." Lily melambai ke arah Arjuma.

"Saya balik dulu..." kata Hana pada Hairil.

"Ha...yelah baik-baik jalan.." kata Arjuma dan Hairil tersenyum memerhatikan Hana melambai ke arahnya.

"Heh lovebirds..." perli Arjuma.

"Paku dulang paku serpih,kata orang dia pun sama lebih...." bidas Hairil menuju ke arah motorsikal berkuasa tinggi miliknya.

" bidas Hairil menuju ke arah motorsikal berkuasa tinggi miliknya

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

Gambaran yang sesuai bagi motorsikal kuasa tinggi milik Hairil

Aik ni motor kau ke? BMW kot...harga mantul gila-gila ni...kat negara lain tak keluar lagi..." kata Arjuma tersengih campur kagum.

"Yeah...arwah ayah aku hadiahkan pada aku..." jelas Hairil dan Arjuma terdiam.

"Tapi bukan ke...." Arjuma cuba meneka.

"Haah...sebelum kemalangan arwah ayah aku sudah belikan untuk aku.." jawab Hairil tersenyum pahit.

"Aku nak guna sayang...takut teringat-ingat..tapi sampai bila kan?" ujar Hairil tersenyum dan memandang ke arah Arjuma.

"Sorry bro...buatkan kau teringatkan pasal hal ibu bapa kau..." kata Arjuma sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Its okay...its been five years...I should move on..." ujar Hairil tersenyum.

"Tapi aku kagum sebab dah lima tahun motor ni boleh bergerak lagi..." ujar Arjuma pula dan Hairil memandangnya dengan muka blur.

"Aku ada panaskan la...memang la boleh bergerak..aku tak guna tak bermakna aku tak jaga...apa la boss ni,dah la..aku nak gerak..." ujar Hairil dan terus menyarung topi keledar penuh.

ARJUMA CAFE [C]™Onde histórias criam vida. Descubra agora