1 ; First Marriage ❤💍

22.3K 547 7
                                    

"NIZAM, perkahwinan bukan benda mudah tau. I tak nak kita kahwin secara paksa." ujar Hana tidak beriak.

Lelaki di hadapannya kini sekadar dipandang kosong. Ya, memang dia cintakan Nizam tapi lelaki ini tidak pernah menunjukkan rasa minat sepanjang mereka berkenalan. Keluar seperti pasangan kekasih?  Memang terlalu kerap. Namun tidak pernah semesra yang disangka.

"I know. But you love me, right? We can start over after we married. Cinta boleh dipupuk Hana, and I trust that." balas Nizam. Tangan Hana cuba diraih namun gadis itu terlebih dahulu menarik tangannya ke bawah meja.

"Nizam, you betul ikhlas?" soal Hana ragu-ragu. Hatinya berkecamuk untuk mempercayai kata-kata lelaki di hadapannya kini.

"Yes sayang. I'm sure with my decision. I ikhlas." sehabis baik Nizam cuba meyakinkan Hana.

Sebuah kotak berwarna merah hati dikeluarkan dari poketnya. Sebentuk cincin emas yang sangat cantik diberikan kepada Hana sebagai tanda lamarannya.

Hana sekadar memandang sepi cincin tersebut. Entah mengapa hatinya berasa was-was. Padahal dia tahu dia memang mencintai lelaki dihadapannya ini sudah terlalu lama.

"Will you marry me please?" soal Nizam penuh harapan.

Hana diam. Tidak menjawab. Wajah Nizam dipandang lama. Mengharap agar ada keyakinan yang menepis perasaan ragunya pada jejaka itu.

"Yes, I will" balas Hana ringkas setelah beberapa minit berdiam diri. Cincin emas dari kotak berwarna merah hati itu diambil lalu disarungkan di jari manis kirinya.

 Cincin emas dari kotak berwarna merah hati itu diambil lalu disarungkan di jari manis kirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Thanks sayang" ucap Nizam. Senyuman manis dihadiahkan kepada Hana. Dia mahu gadis ini menjadi miliknya. Ya! Dia pasti gadis ini pilihan terbaik untuk menyelamatkan dirinya dari berkahwin dengan calon pilihan keluarganya.

"You ni tak sweetlah Zam." Hana bersuara. Cincin di jarinya masih dipandang. Dibelek lama cincin tersebut.

"Tak sweet?" soalan diacukan selamba. Kopi susu yang berada di hadapannya dihirup sedikit.

"Yes! Tak sweet langsung. Sebab lamar I kat kafe hospital." ujar Hana yang masih membelek cincin emas yang tersarung kemas di jari kirinya.

"Sayang, you yang busy tau. Banyak kali I ajak jumpa. Macam-macam alasan you bagi. Urgent call-lah. Banyak patient-lah. Semualah you cakap. Sampai semua planning sweet I terkubur." ujar Nizam dengan senyuman dibibirnya.

"Nak buat macam mana. Papa tak bagi I cuti." balas Hana. Bibirnya dimuncungkan sedikit. Sengaja buat lakonan free sedikit. Padahal, memang dia berusaha untuk tidak bertemu dengan Nizam. Dia tidak mahu sakit hati bertepuk sebelah tangan. Namun, siapa sangka. Nizamlah yang melamarnya hari ini.

"Comellah sayang. You buat macam tu." ujar Nizam, hidung mancung Hana dicuit selamba.

Hana tersentak dengan perbuatan Nizam. Merah padam wajahnya menahan malu. Ni kalau nurse nurse hospital nampak dia tengah ber-sweet dengan seorang peguam muda terkenal Malaysia ni. Memang jadi bahan gossip lah dia. Mujur sahaja kafe hospital itu kosong dan tidak berpenghuni. Kenapa pun dia tak tahu. Mungkin semua nurse dan doktor tengah busy sekarang. Ah! Malas nak fikir. Baik fikir bakal suami depan mata ni.

❤❤❤

"ZAQ, you tak keluar lunch ke?" soal Ifra yang masih mengemaskan meja kerjanya.

"I'm going after this." balas Zaqril ringkas sambil meneruskan kerjanya.

"Eiz." satu suara menyapa Eiz Zaqril. Lantas dengan segera Zaq menoleh. Dia tahu gerangan yang bersuara itu. Tidak lain tidak bukan. Papanya sendiri, Tan Sri Eiq Naufal.

"Yes pa?" Zaq menyahut selamba.

"Jom. Lunch together. There's something we need to talk." ujar Tan Sri Eiq lalu berlalu meninggalkan Zaqril yang masih terkulat-kulat di situ.

❤❤❤

"PAPA nak cakap apa?" soal Zaqril secara terus selepas selesai sahaja order makanan mereka diambil.

"We eat first. Papa tak nak mood makan kita rosak pula." balas Tan Sri Eiq. Matanya masih tertumpu pada skrin telefon pintarnya.

❤❤❤

"SO pa, what we are going to discuss about?" soal Zaqril. Jus oren di hadapannya disedut sedikit.

"Oh ya! Papa nak kamu jadi CEO of EI Holdings start from next week." jawab Tan Sri Eiq selamba. Matanya masih kusyuk menatap skrin telefon.

"What?! Pa Eiz baru start kerja sebulan. Kan papa kata bagi Eiz tiga bulan. Why tiba-tiba macam ni?" suara Zaqril naik seoktaf. Tan sri Eiq memandang anak terunanya ini dengan penuh kesabaran.

"Eiz. Papa dah tak larat nak handle syarikat lagi. Papa dah tua dah Eiz. Plus, as a CEO you perlu pergi Perth lagi sebulan dan stay there for two years untuk handle cawangan baharu kita kat sana. Lagi pun sebulan yang papa bagi ni, I already saw you handle dua project. That's great enough already." panjang lebar Tan Sri Eiq menyatakan sebab mengapa anak lelakinya itu perlu mengambil tempatnya.

"Hmmm. Baiklah pa. Eiz ikut. Tapi tak boleh ke tangguh sikit ke Perth tu? Mak ngah kan nak buat majlis perkahwinan anak sulung dia pa. Plus, Nizam tu sepupu Eiz. Takkan Eiz nak escape pula pa?" setelah lama berfikir panjang Zaqril bersetuju dengan permintaan papanya. Tapi dia sedikit kesal jika dia tidak dapat menghadiri hari bahagia sepupu rapatnya itu.

"Biar papa and mama je yang pergi. Kamu handle syarikat. Nanti papa yang akan bagitau Nizam kenapa kamu tak datang. Kerja utama Eiz." balas Tan Sri Eiq lalu berdiri dan meninggalkan Zaqril dengan seribu satu kekalutan.

"Papa selalu macam ni. Last minute. Semua dia plan tapi tak bagitau orang. Mujurlah aku je sorang anak dia, kalau tak dah lama aku memberontak." Zaqril membebel sendiri. Harapannya agar sepupunya Nizam tidak akan mengambil hati kerana dia tidak dapat hadir di hari bahagia sepupunya itu.



Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)
Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now