26 ; 💔

10.9K 309 32
                                    

SUDAH sebulan bergelar isteri kepada Afeef. Bahagia? Alhamdulillah. Tak pernah lelah lelaki itu memberi kasih dan sayangnya.

"Sayang..." lembut sahaja Afeef memanggil.

"Hmmm?" aku pandang wajahnya.

"Kalau esok lusa abang tak ada... Sayang boleh tak hidup tanpa abang? Sayang boleh tak teruskan hari-hari sayang?" sekali lagi soalan yang seminggu lalu muncul di bibir Afeef.

Aku pandang dia. Mencari tujuan mengapa lelaki ini menyuarakan topik sebegini.

"Sebelum nikah. Awak janji awak akan jaga saya. Awak akan beri masa untuk saya sayang awak sebagai suami. Awak kena tunaikan janji awak untuk saya balas cinta awak Afeef. Saya takut ditinggalkan. Cukuplah dahulu saya memberi hati tetapi di duakan." ujarku sayu.

Afeef sekadar membalas dengan senyuman. Dahiku dikucupnya lembut. Terasa syahdu di hati. Sebak mencengkam jiwaku.

"Abang sayang Hana." ujarnya.

Aku labuhkan kepala ku di dada bidangnya. Membalas belaian lembutnya. Sungguh, moga dia jodoh akhiratku.

"Jom makan." ajaknya menceriakn suasana.

"Abang lapar?" soalku.

"Abang nak makan sayang." balasnya berseloroh.

"Gatal!" pinggangnya aku cubit manja.

"Sakit sayang..." rajuknya.

"Padan muka!" balasku seraya berlari meninggalkannya.

Riuh rumah itu dengan aktiviti kejar mengejar antara kami.

❤❤❤

"SAYANG abang ada kerja kat Putrajaya. Abang balik lewat sikit ya." ujar Afeef di hujung talian.

"Okay. Hati-hati." sempat Hana berpesan pada suaminya sebelum menamatkan panggilan yang hanya 15 saat itu.

Jantungnya tidak henti berdegup kencang sedari tadi. Tidak tahu mengapa. Prasangka buruk yang menjengah otaknya ditepis jauh-jauh. Risau pula dia dengan keberadaan Afeef.

Tidak tahu mengapa hari ini, otaknya gatal sangat nak fikir pasal suaminya. Kalau boleh setiap jam dia menghubungi suaminya. Kerjanya juga sudah tidak fokus. Afeef sahaja di fikirannya.

......"Kalau esok lusa abang tak ada... Sayang boleh tak hidup tanpa abang? Sayang boleh tak teruskan hari-hari sayang?"......

Kata-kata Afeef seminggu lalu menjengah hatinya. Semakin terasa debar di dadanya. Mujurlah hari ini dia mengambil half-day. Bolehlah balik tenangkan keserabutan yang melanda.

Sedang elok dia mengemaskan fail-fail pesakit, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Panggilan daripada setiausaha Afeef, Kak Zila.

"Helo, kak."

"Helo. Hana. Afeef terlibat dalam kemalangan."

Hana sudah kaku. Telefon di tangannya sudah terjatuh. Benarkah? Kenyataankah ini atau, dia sedang bermimpi?

'Tuhan, jika aku bemimpi bangunkan aku...'

❤❤❤

KEPALA dipangung. Terasa lama suaminya berada dalam bilik pembedahan. Hatinya diserang ribut kerisauan yang menggila. Segalanya serba tak kena. Sebagai doktor dia seharusnya bertenang menghadapi situasi ini. Tetapi dia tidak mampu, dia terlalu takut akan kehilangan Afeef.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now