8 ; Last time?🔥💔

10.1K 314 1
                                    

"ASSALAMUALAIKUM." ucap Hana, bagasi bersaiz sederhana ditarik perlahan.

"Walaikumusalam. Hana!!!" jerit Ainul teruja melihat bestfriend sendiri. Macam bertahun tak jumpa padahal baru sehari tak bersua. Drama sangat~

"Amboi kau pelan sikitlah. Kang kena baling dek selipar oleh jiran sebelah." ujar Hana. Geram dengan perangai sahabatnya yang suka menjerit ini.

"Masuk masuk hehe." pelawa Ainul, dia sudah tersengih malu.

"Ingat tak nak offer tadi." ujar Hana sinis. Geram!

"Yang lain mana? Sunyi je rumah ni." soal Hana hairan biasanya riuh betul rumah ni.

"Siapa?" soalan berbalas soalan.

"Berapa banyak orang dalam rumah ni Cik Ainul oi?" Hana menyoal kembali.

"Oh! Dayana balik kampung. Najwa pergi dating dengan tunang kesayangan separuh mati dia tu." ujar Ainul, suara ditinggikan sedikit agar dapat didengari oleh Hana. Maklumlah dia di dapur. Hana di ruang tamu.

"Amboi kutuk!" balas Hana. Dia sudah tergelak mendengar kutukan Ainul terhadap Najwa.

Sementara menanti Ainul, almari album gambar dituju. Tiada perubahan di rumah ini. Sama sahaja seperti mula-mula dia meninggalkan rumah ini selepas berkahwin dengan Nizam. Rumah ini rumah bujang mereka berempat. Hasil titik peluh mereka berempat. Rumah banglo mewah setingkat ini di beli selepas tahun kedua mereka berempat mendapat pekerjaan. Bangga jugalah. Beli rumah besar kononnya.

"Flashback ke sis?" soal Ainul dari belakang. Dulang berisi air teh ditatang berhati-hati.

"Ha'ah. Rindu." balas Hana, album diselak satu persatu.

"Nah minum. Esok kita empat orang nak dating." ujar Ainul. Televisyen dipasang.

"Dayana?" soal Hana, confuse tadi kata balik kampung. Tiba-tiba esok dating. Eh?

"On the way balik sini ler." ujar Ainul, tangannya ligat menukar saluran televisyen. Hana sekadar mengangguk.

"Pergi mana esok?" soal Hana lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Ainul. Secawan teh suam dihirupnya perlahan.

"Suprise for ya!" ujar Ainul riang, matanya dikelipkan berkali-kali. Ingat comel ke?

"Amboi! Aku nak zohor jap, and please let me rest." ujar Hana, sebelum langkah diatur ke bilik lamanya.

"Okey! Kejap lagi teman aku beli barang dapur ye! Nak masak lunch! 30 minutes je kau boleh rest!" ujar Ainul. Dia turut sama mengatur langkah bagi mengerjakan solat zohor.

Hana mengatur terus langkahnya. Pintu biliknya dikuak perlahan. Tiada perubahan. Sama sahaja seperti mana dia meninggalkan bilik ini dahulu. Rindunya jadi bujang. Sekarang janda, tak bujang dah. Hana tersengih sendiri. Langkah diatur ke katil. Bagasi diletakkan di tepi katil sebelum tubuh direbahkan. Pandangannya jauh mengingat masa lalu.

"Eiz Zaqril...." nama itu terbit di bibirnya. Sungguh dia masih ada sekelumit rasa untuk lelaki itu. Rindu? Entahlah. Tapi jika ditanya, dia lebih membenci lelaki itu. Lelaki pertama yang merobek hatinya. Sakit! Kenangan lalu bermain difikirannya. Kata-kata Zaqril sungguh tidak boleh dia lupakan.

"Suka? Kau sedar tak apa kau cakap?" riak Zaqril berubah dingin. Bicaranya juga kasar. Buku-buku di tangannya dihempas kuat ke meja.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now