16 ; Direka Bahagia😿

8.5K 309 1
                                    

LENANYA terganggu akibat cahaya matahari yang menyuluh tepat ke wajahnya. Spoil sedikit moodnya pagi itu.

"Siapalah tak tutup langsir tu rapat-rapat semalam." marah Zaqril.

Tempat tidur disebelahnya diraba. Mencari keberadaan sang isteri. Sedari isterinya tiada dia membuka mata. Segenap ruang bilik itu dipandang. Matanya berhenti tepat pada sekujur tubuh yang tertidur bersama telekung yang masih tersarung.

Zaqril menggeleng perlahan. Dia bangun menapak ke arah isterinya.

"Sayang..." panggilnya cuba mengejutkan sang isteri.

"Hmmm?" terpisat-pisat Hana membuka matanya.

Wajah Zaqril yang berada hanya beberapa inchi dari wajahnya mengejutkannya. Laju terus dia terbangun.

"Eh sayang... Abanglah kenapa terkejut semacam ni?" soal Zaqril. Dia turut panik melihat reaksi isterinya.

Hana mengeluh lemah. Dia berdiri. Langkah diatur keluar. Baru sahaja dia melangkah setapak keluar,  tangannya ditarik lembut oleh Zaqril.

"Hei,  kenapa ni? " soal Zaqril hairan dengan angin isterinya yang tiba-tiba sahaja berubah itu.

Hana diam tidak berkutik. Tangan Zaqril yang melingkar di pinggangnya  hanya dibiarkan. Seketika terasa empangan air matanya ingin pecah. Kejadian malam semalam sungguh meragut hatinya. Dia akui, sebulan ini hubungannya dengan Zaqril sudah bertambah baik. Lelaki itu cukup melayannya dengan baik.

Sangkanya lelaki itu sudah ikhlas menerimanya. Malah telah mencintainya. Rupanya dia tersilap. Hatinya hancur mendengar tiap-tiap bait ayat yang keluar dari mulut lelaki itu. Kejadian malam semalam bermain semula di fikirannya.

Flashback~

"Nenda, Zaq tahulah. Zaq tak pernah dan takkan pernah cintakan Hana. Zaq janji Zaq akan laksanakan wasiat nenda tu. Tapi Zaq kan baru je sebulan nikah. Apa kata papa dengan mama nanti. Zaq dah janjikan nenda?" ujar Zaqril memujuk nendanya di hujung talian.

Hana sekadar menjadi pendengar setia di sebalik dinding yang memisahkan keberadaan mereka. Dia bertapuk sedikit di tepi almari perhiasan yang terletak kemas di tepi tangga itu.

"Nenda, tolong percaya. Zaq tak pernah cintakan Hana. I will never fall to her. Malah, Zaq layan dia hari ini hanya kerana papa dan mama. Zaq tak pernah ikhlas pun. Plus bukan taste Zaq lah. You know me! Nak sentuh pun takkan nenda. Zaq pun jijik dengan dia. Come on nenda! Trust me okay?" tutur Zaqril, suaranya sudah naik seoktaf.

Bagai hendak gugur jantung Hana mendengar pengakuan Zaqril. Airmata yang jatuh pantas diseka.

Seketika dia dengar Zaqril membebel sendiri.

"Nenda ni tak habis-habis paksa. Macam orang kemaruk sangat dengan harta dia. Mama dengan papa pula satu hal. Perempuan dalam rumah ni pula macam mana? Argh! Stress aku macam ni! Lantaklah nenda tu. Kecoh!" bebel Zaqril sebelum langkah diatur pantas ke bilik kerjanya.

Hana mengeluh lemah. Pengakuan Zaqril sebentar tadi benar-benar menikam hatinya. Sungguh dia sudah menerima lelaki ini di dalam hatinya dengan ikhlas. Tidak dia sangka lelaki itu sekadar mempermainkan perasaannya. Langkah diatur lemah ke tepi kolam renang belakang rumah mereka.

Ketenangan. Itulah yang dia cari. Airmata jatuh bagai tiada henti. Sakit! Terlalu sakit untuk dia hadap. Terlalu sakit untuk dia telan. Akibat terlalu banyak menangis dia rebah sewaktu ingin melangkah masuk ke dalam rumah.

Bangun sahaja pagi tadi, dia sudah berada disebelah Zaqril. Tangan Zaqril yang melingkar di pinggangnya dipandang dengan penuh rasa benci. Terlalu sukar untuk dia menerima kata-kata lelaki itu semalam.

Sebelum amarahnya meletus cepat-cepat dia beristighfar dan berwuduk.  Lama dia bermunajat kepada Allah agar diberikan ketabahan dan kesabaran yang tebal. Hinggalah dia tertidur di atas sejadah bersama-sama quran di dalam pelukannya.

Pagi tadi memandang wajah lelaki itu sahaja dia sudah tidak mampu. Benci. Ya sangat benci. Dia terlalu benci untuk menerima Zaqril yang bermain munafik di belakangnya.

End flashback ~

"Sayang, menung apa?" tegur Zaqril menyentak lamunan Hana.

"Lepas." ujar Hana keras. Serta-merta lingkaran tangan Zaqril melonggar.

Tangan Zaqril ditepis kasar oleh Hana. Zaqril seakan terpana dengan tindakan isterinya. Benaknya diganggu pelbagai soalan.

Seminggu mereka begitu. Dingin. Namun begitu hana tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai isteri. Makan, minum dan pakaian Zaqril tetap dia sediakan.

Hanya Zaqril yang masih diganggu dengan persoalan. Dia sedikit terasa dengan perubahan isterinya. Hatinya terasa sakit melihat isterinya melayan dia sebegitu. Waktu sarapan, isterinya sudah pergi kerja. Waktu lunch, isterinya selalu mengelak dengan alasan sudah kenyang ataupun penat. Waktu makan malam, isterinya itu terlebih dahulu melelapkan diri.

Zaqril malas hendak bertanya. Risau jika dia terlepas amarah dengan sang isteri. Selagi hatinya boleh sabar,  dia akan sabar. Namun, dia masih bersyukur kerana,  dalam kedinginan sang isteri masih setia tidur disebelahnya. Peluang itu diambil untuk dia menatap wajah isterinya setiap malam.

❤❤❤

"ZAQRIL, can we talk?" ujar Hana yang baru sahaja tiba.

"Sayang nak cakap apa? " soal Zaqril,  wajah isterinya dipandang dalam.

"Stop calling me sayang!" bentak Hana.

"Sayang, apa abang buat sampai sayang marah-marah ni?" soal Zaqril bingung,  kini dia sudah berdiri di hadapan Hana.

"Kau sengaja pergunakan aku kan!? Apa lagi kau tak puas hati dengan aku Zaqril?! Aku dah banyak kali bagitahu kau! Aku. Tak. Rancang. Kemalangan. Tu!" marah Hana. Hilang sudah rasa hormatnya pada lelaki ini.

Zaqril senyum sinis. Wajah isterinya dipandang tajam. Air mata isterinya yang mengalir dia lap dengan ibu jarinya. Tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukannya.

"Hana, aku masih suami kau. Aku ingat nak terus dera perasaan kau. Rupanya kau dah tahu sendiri. Baguslah. Lepas ni, aku nak kau tunggu 'drama' seterusnya dari aku." bisik Zaqril.

Hana terdiam. Dia kaku. Ugutan Zaqril menggentarkannya. Namun cepat-cepat perasaan gentar itu dia tepis. Dia tidak akan sesekali nampak lemah di hadapan lelaki ini. Tubuh Zaqril ditolak kasar.

Zaqril sekadar senyum. Rambut Hana dibelai lembut sebelum tangannya ditepis kasar. Dia berlalu meninggalkan Hana yang masih tegak membisu. Kunci kereta dicapai sebelum dia memecut meninggalkan kawasan perumahannya dengan perasaan dendam yang terbuku di hatinya.

Hana jatuh terduduk. Terlalu sakit perkahwinan ini. Terlalu besar dugaan ini untuk dia tanggung. Kadang dia menyalahkan takdir, mengapa Ainul meminta dia mengahwini Zaqril. Sedangkan Ainul sendiri tahu lelaki itu tidak pernah ada sekelumit pun perasaan terhadapnya.

"Ya Allah, tabahkan aku... Kuatkan aku... Sabarkan aku... Tolong aku... Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah dan teraniaya..." Hana sekadar merintih sayu.







Hai anda! Jika terdapat sebarang typo boleh comment jadi limau boleh edit untuk betulkan. (^_^)

Rajinkanlah jari like(>_<)

Terima kasih! ∩__∩

Dugaan Hati♡Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum