17 ; Drama?☔

8.6K 333 4
                                    

SUDAH seminggu Zaqril tidak pulang. Ke mana lelaki itu juga dia tidak tahu. Malah dia sudah tidak kesah akan kewujudannya. Yang pasti dia lebih tenang. Ketiadaan lelaki itu cukup membuat dia senang hati.

"Tak balik terus pun tak apa." bisiknya pada diri sendiri. Sejadah dilipat kemas.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, detuman pintu yang kuat mengejutkannya. Pantas dia bangun untuk melihat.

Dari tingkat atas dapat dia lihat seorang lelaki yang duduk menghadap televisyen.

"Ingat lupa jalan balik." sindir Hana.

Zaqril memandang isterinya tajam. Rosak terus moodnya.

"Kau diam boleh tak?! Rumah aku kan! Suka hati aku lah!" marah Zaqril,  suaranya sudah naik dua oktaf.

"Suka hati awaklah Zaqril saya malas nak bertekak. Buang air liur je." sindir Hana.

"Eh kau ingat aku hadap nak dengar suara kau? Baik kau masuk bilik kau tu sebelum aku naik naya kau!" tambah Zaqril.

Hana sekadar mencebik. Langkah diatur ke biliknya. Pintu bilik ditutup rapat. Takut juga dia sebenarnya dengan ugutan Zaqril sebentar tadi. Mahunya betul-betul lelaki tu naik nahas dia nanti.

❤❤❤

"OIBangun!" jerkah Zaqril. Pintu bilik Hana diketuk kasar.

"Mana pula perempuan ni." pintu bilik Hana dikuak kasar.

Segenap bilik itu dipandang. Mencari kelibat isterinya.

"Takkan dah pergi kerja kut?"

Langkahnya diatur ke ruang makan. Isterinya itu masih menyediakan sarapan buatnya. Roti bakar yang disediakan isterinya dipandang kosong.

"Ceh berlagak baik. Entah-entah racun diletaknya. " fikir Zaqril.

Langkah diatur semula ke biliknya. Kemeja putih disarungkan ke tubuhnya. Tali leher dicapai dan diikat kemas pada kolar baju.

"Kalau ada Hana, ikatan tali leher aku akan nampak lebih kemas."ujarnya.

❤❤❤

HANA memandang kosong fail-fail pesakit di hadapannya. Fikirannya bercelaru. Otaknya terlalu sarat untuk berfikir

"Oi!" sergah Nadine di muka pintu biliknya.

"Nad, kenapa?" soal Hana, dia sekadar tersengih

"Overtime ke?" soal Nad.

"Taklah."

"Dah tu awat hang tak balik lagi kak oi? Dah dua pagi dah." ujar Nadine.

"Malas." balas Hana ringkas.

"Kau gaduh dengan Zaq? Dah seminggu aku tengok kau macam ni. Tak fokus langsung. Ambil cutilah Hana,  rehat." balas Nadine.

"Gaduh? Tak ni perang dunia ketiga!" ujar Hana.

"Nak share?"

"Kau tak bertugas ke?" soal Hana.

"Aku dah habis shift. Baru nak balik. Ceritalah." pujuk Nadine,  dia melabuhkan punggung di hadapan Hana.

"Dia tipu aku Nad. Dia layan aku selama ni hanya satu kepuraan. Supaya dia dapat buat aku sakit hati. Kau tahu tak hati aku sakit Nad. Sakit sangat. Aku..." Hana terhenti seketika, dia seolah mencari kekuatan untuk meneruskan kata-katanya.

"Hana, kau berhak bahagia. Tapi ni bukan salah kau. Ni salah dia. Dia tak patut fitnah kau. Kau sayang Ainul, aku tahu. Kau dengan Ainul dah macam adik beradik. Mustahil kau ada dendam sampai nak bunuh dia kan?" soal Nadine.

Dugaan Hati♡Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα