13 ; Second Marriage 💔🔥

9.6K 298 0
                                    

"EIZ Zaqril bin Naufal?"

"Saya."

"Aku nikahkan akan engkau dengan puteriku Nurhana Aqyra binti Zulfadli dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nurhana Aqyra binti Zulfadli dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah!"

Sekali lafaz. Ya aku menjadi isterinya. Buat kali kedua aku menjadi isteri orang. Silap hari mungkin boleh jadi janda kali kedua aku. Minta-mintalah dijauhkan. Tapi, kahwin dengan lelaki bernama Eiz Zaqril anak Tan Sri Naufal? Ikhlaskah dia?

Sungguh aku tidak percaya akan kejadian ini. Lelaki yang menolak aku suatu ketika dahulu, kini menjadi suamiku yang halal dan sah? Logikkah?

"Hana, Zaq nak salam tu." tegur Dayana menyentak lamunanku.

Aku pandang wajah Zaqril kosong. Tiada perasaan. Matanya aku renung dalam. Mencari keikhlasan. Entah mengapa, aku tidak jumpa. Sesat. Sesat dalam penjaranya. Tangannya kucapai lembut sebelumku salam. Lama kami berkeadaan begitu.

Kini dia pula mencium dahiku. Terasa seperti kali pertama aku bernikah dengan Nizam dahulu. Bahagiakah aku? Entahlah. Perkahwinan ini bukan atas dasar persetujuanku. Mengikut syarak, memang salah perkahwinan ini. Namun, dek kerana kejadian dua minggu lalu, aku terpaksa kahwin dengan dia ni. Naik fed up pula aku.

🌸🌸🌸

Selesai majlis aku naik ke bilik. Baik aku bersihkan diri sebelum 'suamiku' masuk. Suamikah? Atau sekadar atas kertas? Entah. Selesai solat, aku membawa diri ke balcony bilikku. Merenung langit. Cantik. Suasana hening ini mengheret aku kejadian dua minggu lalu. Kejadian yang mengubah 180° kehidupanku.

❤❤❤

OVERTIME. Penat. Empat laporan pesakit aku siapkan dalam dua jam. Memang penat. Jam sudah 12 tengah malam. Mujur saja esok aku cuti. Niat nak balik rumah ayah dan bonda. Tapi lewat. Baik aku balik rumah bujang aku dulu. Harap-harap ada oranglah rumah tu.

Mujur aku letak kereta aku dekat-dekat. Taklah takut sangat. Tapi, masalahnya kenapa pula kereta aku tak boleh start? Kereta baru kut. Honda Civic ni ayah yang belikan. Pelik sangat kalau sekarang tak boleh start.

Tiba-tiba, entah macam mana ada Eiz Zaqril Tan Sri Naufal kat situ. Bengang juga aku. Mula-mula aku syak dia sabotaj kereta aku. Tapi, malas nak fikir panjang, aku bersangka baik jelah.

"Kenapa kereta?" soalnya.

"Tak boleh start." ujarku. Dia terangguk-angguk dah serupa burung belatuk dah aku tengok dia.

"Jomlah I hantar you balik dulu. Kereta ni biar sini dulu. Esok pagi I tengokkan." ujarnya lembut.

'Eh mamat ni dah kena sampuk apa baik hati nak tolong aku. Sebelum ni bukan dia anti ke dengan aku?' aku sudah mengutuk dalam hati.

"Jom?" panggilnya lagi. Pintu kereta dia buka khas untuk aku. Eh eh gentle-nya. Sah! Ni mesti kena sampuk mana-mana mayat kat hospital ni.

Nak tak nak aku masuk je kereta dia. Sebab dah nak pukul satu pagi. Aku masuk je dia terus gerak. Aku pula? Dah kuyu mata. Tapi tahan, tak nak aku mamat ni ambik kesempatan. Rasa lama pula dia memandu ni. Naik kematu pantat aku ni. Jam dah anjak pukul dua pagi. Pelik juga aku kenapa tak sampai-sampai.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now