21 ; Tawar Hati💔💌

14.1K 343 20
                                    

"SAYANG, abang harap sayang sabar. Nadine cakap, organ peranakan sayang takkan berfungsi untuk melahirkan zuriat." ujar Zaqril akhirnya.

Hana tergamam. Kebenaran itu terngiang-ngiang di telinganya. Berulang kali sehingga menyesak dada.  Dengan lemah tangan Hana jatuh menyentuh bahagian bawah perut.

'Rahimku?' Hana merintih penuh syahdu dalam hati.

Air matanya bercucuran jatuh membasahi pipi. Seakan-akan dunianya berhenti. Terlalu sakit untuk dia terima takdir yang satu ini.

"Maknanya,  masa ak.. akan da.. datang Hana takkan ada anak?" soal Hana tersekat-sekat.

Zaqril tidak mampu menjawab. Hanya pandangan redup yang menjawab pertanyaan sang isteri.

"Aku takkan pernah ada peluang tu lagi? Betulkan Zaqril?!" soal Hana kasar, bahu Zaqril digoncang sekuat hati.

Zaqril diam. Dia kaku. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

Tidak pernah Hana merasakan dunianya sekosong ini. Meskipun dia pernah merasa sekali nyawa yang membesar dirahimnya. Namun nikmat itu ditarik oleh Allah. Kini dia sudah kehilangan peluang itu. Angan-angannya ingin mempunyai anak yang dikandung, didukung,  disusui dan diberikan penuh kasih sayang yang selayaknya kini hancur dan musnah.

Rentetan peristiwa Zaqril memukulnya menggunakan kayu hoki pada bahagian bawah perutnya bermain di minda. Semuanya berpunca daripada lelaki di hadapannya ini.

Hana meraung sambil menangis teresak-esak. Tiada lagi tempat mengadu selain kepada Allah. Apa salahnya pada lelaki ini?  Apa dosanya pada lelaki ini? Sehingga sebegini berat hukuman yang harus diterima.

"Sayang, maafkan abang. Abang janji takkan pukul sayang lagi. Abang janji."ujar Zaqril sambil memeluk Hana.

Tidak tahan hatinya melihat isterinya yang merintih sayu.

"Lepaskan aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau punca aku jadi macam ni! Kau punca aku jadi perempuan yang takkan ada zuriat! Kau keluar! Pergi kau dari sini!" raung Hana sambil cuba melepaskan diri daripada rangkulan itu.

Zaqril sayu mendengar kata-kata itu.

"Argh!" jerit Hana apabila tiba-tiba sahaja berasa sakit di bahagian bawah perutnya.

"Argh! Sakitnya!" keluh Hana sambil terbaring lesu di atas katil bersama pipi yang basah.

"Sayang?" Zaqril cemas memandang isterinya.

"Demi Allah Eiz Zaqril, tolonglah, aku merayu pada kau untuk keluar dari bilik ni sekarang. "

"Sayang...."

"Aku kata keluar! Keluar!"

Zaqril ingin merayu lagi, namun pekikan Hana menghalangnya daripada berbicara. Zaqril perlahan-lahan bangun dan menapak dengan berat hati.

Sebaik sahaja pintu bilik ditutup rapat, Hana menghamburkan semula tangisannya. Tiada daya dia membendung kesedihan ini. Hanya rintihan dan esakkan yang memenuhi ruang bilik itu.

❤❤❤

SUDAH tiga hari peristiwa dia mengetahui perkara sebenarnya berlaku. Hana masih mengurung diri. Di bilik itulah dia melepaskan segala duka dalam dada. Sepanjang tiga hari itu, hanya Dayana atau Aisy yang sering masuk ke dalam biliknya. Tidak pula Zaqril muncul. Syukurlah kerana dia tidak sudi untuk memandang wajah lelaki itu.

Hana terlalu tertekan. Dia buntu untuk memulakan hidup baru. Kehidupan sebagai seorang wnaita yang sudah tiada apa keistimewaannya lagi. Dia menapak ke dapur. Air liurnya diteguk saat anak matanya jatuh pada sebilah pisau. Dengan tangan yang menggigil, pisau itu dicapai

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now