20 ; Bagai Jatuh Ditimpa Tangga💔

14.4K 322 26
                                    

Bagai jatuh ditimpa tangga, selesai satu dugaan. Datang dugaan lain yang tidak tertanggung. Sakit. Sungguh sakit. (T_T)

🐳

HAZIQ memandu keretanya laju. Fikirannya kusut melihat keadaan adiknya. Dia tidak boleh jika kehilangan seorang bidadari hatinya. Tubuh Hana menggigil teruk. Dipandang sekilas adiknya yang bersandar lesu pada kerusi sebelahnya.

Tiba sahaja di hospital, Haziq lantas mendukung Hana keluar dari perut kereta, tergamam dia melihat kerusi yang diduduki Hana terdapat kesan darah. Langkah di atur pantas ke pintu kecemasan hospital. Terjerit dia meminta pertolongan.

Mujurlah jururawat disitu peka. Segera Hana dimasukkan ke bilik kecemasan.  Nadine yang baru sahaja tiba terus mengambil alih keadaan.

"Nurse saya incharge pesakit ni!" arahnya laju.

Haziq hanya mampu memandang pintu bilik kecemasan yang masih tertutup rapat. Hatinya tidak berhenti berdoa untuk adiknya.

Haiza yang baru sahaja tiba terus menerpa ke arah abangnya,  Haziq.

"Kenapa dengan angah,  Long?" soalnya sejurus duduk di sebelah abangnya.

"Jantan sial tu pukul dia!" bentak Haziq seraya meraup wajahnya.

"Maksud Along? Zaqril?" soal Haiza seakan tidak percaya.

Dayana dan Aisy yang sedari tadi juga berada di situ sekadar memandang kedua-dua adik beradik yang sedang dihurung amarah kebencian.

Sedang mereka berbual tentang apa yang terjadi,  Nadine muncul memberitahu bahawa Hana perlu menjalani pembedahan. Bagai gelap-gelita dunia Haziq apabila mendapat berita itu.

"Serius sangat ke keadaan dia Nad? Kenapa sampai perlu lakukan pembedahan? Kenapa... " Haziq tidak menghabiskan pertanyaannya.

Dia sedikit teragak untuk meneruskan pertanyaannya.  Namun dia teruskan juga.

"Er..  Kenapa kemaluannya berdarah?" soal Haziq.

"Keadaan Hana terlalu serius. Pendarahan berlaku akibat dipukul pada bahagian peranakan dengan teruk. We have to do this operation immediately. Kalau tak maybe kita akan gagal selamatkan organ peranakannya. Namun, sekiranya organ peranakannya sudah rosak kami terpaksa membuangnya." ujar Nadine penuh simpati.

Sebagai seorang wanita,  organ peranakan sangat penting. Tanpa organ peranakan, seorang wanita tidak akan mampu memberikan zuriat buat suaminya. Dunia masa kini,  sukar sekali mencari lelaki yang sanggup menerima wanita yang tidak mampu memberikan anak. Jika nasib wanita itu malang,  mungkin akan membujang seumur hidupnya.

Semua yang ada di situ tergaman. Pandangan Haziq serta-merta kabur. Perlahan-lahan dia jatuh melutut ke bawah.  Apa yang didengarnya itu umpama pekikan kilat di dada langit.

Wajah adiknya kini bermain di fikiran. Rasa amarah dan dendam menggunung di hatinya. Jika di ikutkan sekarang juga dia pergi mencari Zaqril. Memberi pengajaran agar lelaki itu sedar akan perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan ini.

"Nad, tolonglah selamatkan adik aku. Dia tak boleh kehilangan organ peranakannya. Dia masih muda. Perjalanannya hidupnya masih jauh dan panjang. Tolong Nad. Aku berharap sangat." pinta Haziq bersungguh-sungguh.

Entah sejak bila air mata lelakinya jatuh menitis dengan laju.

Nadine mengeluh perlahan seraya bersuara. "Doa Haziq,  kita berserah pada Allah."

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now