3 ; Engaged 💍💋

11.1K 339 9
                                    

"HANA! Macam mana kehidupan anda sebagai seorang isteri selama tiga bulan ini?" soal Ainul yang separuh menjerit kepada Hana melalui corong telefon.

"Oi makcik jangan jeritlah. Salam tak ada. Itu ini tak ada. Tetiba jerit. Kalau aku pekak kat sini. Rosak kerjaya aku tau! Bongoklah kau ni. Excited tu kawallah sikit." bebel Hana. Macamlah si Ainul tu kesah dia membebel panjang lebar.

"Ala sorry-lah tadi hyper sangat. Janji tak buat lagi dah. Rindu kat kau!" ujar Ainul, mengekek dia ketawa. Tak guna betul budak ni. Nak kena luku agaknya.

"Yelah janji kau tu. Tup tup esok lusa kau buat lagi." ujar Hana. Bukan dia tak biasa dengan si Ainul ni. Hari ni janji tak buat, esok lusa mesti dia akan buat lagi. Kumpul dosa betul minah ni.

"Ish yelah aku salah. Aku tau. Salah aku." ujar Ainul sedikit berjauh hati.

"Eh minah ni, jangan nak mengada merajuk. By the way, soalan kau tadi. So far Alhamdulillah, Nizam pun baik dengan aku. Tapi dia busy memanjanglah. Minggu depan outstation ke JB lagi. Tinggal aku sendiri." ujar Hana, tangannya masih ligat menukar saluran televisyen.

"Kesian dia. Kalau kau mengandung nanti macam mana pula? Tinggal seoranglah kau nanti." ujar Ainul, terbit rasa gusar dihatinya.

"Tak pe insyaAllah nanti aku okay aje. Ha! Kau pula? Macam mana?" soal Hana kembali.

"Aku? Aku kat sini dah nak bertunang." balas Ainul dapat Hana tangkap betapa gembiranya sahabatnya itu saat ini.

"Wah! Jumpa mat saleh ke?" soal Hana dia sedikit teruja.

"Taklah, lelaki Melayu kacukan Inggeris." ujar Ainul.

"Eh, punyalah luas Malaysia ni, kat sana juga korang jumpa." balas Hana diiringi gelak tawa mereka berdua.

"Itulah kemanisan jodoh. Jauh beribu batu namun bersatu juga." bermadah pula si Ainul ni.

"Amboi dah pandai berbahasa basi nampaknya." perli Hana.

"Ish kau ni! Eh nak tau tak siapa lelaki tu?" soal Ainul keterujaannya dapat didengar daripada corong telefon.

"Siapa?" soal Hana bermalas-malasan.

"Anak Tan Sri Naufal." balas Ainul pendek. Terbuntang juga mata si Hana tu.

"Eiz Zaqril?" soal Hana, sedikit sebanyak terkejut.

"Yes! Arghhh! Tak sangkakan? By the way, kau kenal Eiz ke?" suara Ainul separuh menjerit menunjukkan keterujaannya.

"Err kenal biasa aje." ujar Hana diiringi gelak tawa yang dibuat-buat sahaja. Talam betul si Hana ni.

"Biar betul kau?!" terkejut Ainul dibuatnya.

"Ye.. Buat apa nak tipu. Aku kenal dia dulu satu sekolah. Senior akulah lebih kurang." ujar Hana lagi.

"Oh, tak sangka kau kenal anak Tan Sri Naufal yang kaya raya ni." ujar Ainul pula.

"Taklah kenal mana. Dia dulu ketua pengawas. Itu aje, so kira hot studentlah dia ni dulu." Hana membuka sedikit sebanyak kisah lalu.

"Kau pernah suka dia ea dulu?" soal Ainul tiba-tiba.

"Err.... Mana adalah.. tak kuasa aku suka dia. POYO." ujar Hana cuba berdalih. Padahal memang dia pernah menyimpan perasaan pada lelaki itu dulu. Kenangan 9 tahun lalu bermain kembali difikirannya.

"Eiz."

"Yes?" teguran Hana disahut lembut.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now