14 ; Long Time No See😎

9.1K 313 15
                                    

"MORNING, bonda, ayah." tegur Hana sebaik sahaja tiba di ruang makan.

"Morning, suami kamu mana?" soal bonda, Datin Hazratul.

"Mandi, Hana turun dulu nak tolong bonda." ujar Hana, senyuman ikhlas diberikan pada bondanya.

"Ha pegi bancuh coffee. Kut kut Zaq tak minum tea. Sebab bonda bancuh tea je untuk ayah." arah bonda.

"Zaq tak minum coffee atau tea bonda. Dia minum milo dengan susu je." ujar Hana.

"Eh, mana kamu tau?" soal Datin Hazratul, anak sulung perempuannya itu dipandang hairan.

"Dia gastrik nanti minum coffee and tea." ujar Hana, tidak menjawab soalan.

Zaqril sekadar menjadi pendengar setia di sebalik dinding. "Dia ingat?" fikir Zaqril sebelum kaki diatur masuk ke ruang makan.

"Ha Zaq marilah duduk, breakfast." ajak ayah, Dato Zulfadli. Zaq sekadar akur. Dia mengambil tempat di sebelah kiri mertuanya.

Hana ligat menghidangkan makanan. Suaminya sekadar dipandang sekilas. Baru sahaja dia ingin melangkah balik ke dapur, dia berpatah balik.

"Awak, nak susu atau milo? Ke nak orange juice je?" soal Hana lembut.

"Mana-mana pun okey." balas Zaq.

"Saya ambilkan milo panas ye." ujar Hana sebelum melangkah kembali ke dapur. Zaq sekadar mengangguk.

"Zaq," tegur ayah.

"Ya ayah?"

"Ayah harap kamu terima anak ayah sebaiknya. Dia tu pernah keguguran. Banyak benda jadi masa dia kahwin dulu. Segala kekurangan dia, ayah harap kamu terima. Didiklah dia, bimbinglah dia dan jagalah dia. Jika satu hari kamu sudah tidak mahukan dia. Kembalikanlah dia pada ayah dengan cara yang baik." ujar Dato Zulfadli, bahu menantunya itu ditepuk lembut.

Zaqril sekadar membalas dengan senyuman. Tak berani janji untuk tak cederakan isterinya itu. Kerana memang itulah niatnya berkahwin dengan Hana. Mendera insan bergelar wanita itu.

🌸🌸🌸

"DAH siap?" soal Zaq. Isterinya itu dipandang kosong. Hana sekadar mengangguk.

"Jom." dua buah bagasi dimasukkan ke dalam perut kereta. Di biarkan isterinya itu berdrama airmata dengan ibu mertuanya. Zaqril sekadar jadi pemerhati.

Seusai sahaja bersalam, Zaqril terus sahaja meminta diri. Hana sekadar akur. Iyalah suamikan. Kalau lawan nanti tak cium bau syurga pula.

Suasana tegang antara sepasang suami isteri ini memang tak dapat dileraikan. Yang sorang spesies bisu. Yang sorang spesies telan ego. Hana dari tadi ralit bermain telefon pintarnya. Zaqril masih fokus pada pemanduan. Malas nak tegur isteri disebelah. Dia masih sakit hati akan kejadian yang meragut nyawa tunangnya.

40 minit perjalanan terasa seperti angin lalu. Sampai sahaja di hadapan rumah Zaqril, Hana terus turun. Tidak betah dia berlama-lama di sebelah lelaki itu. Rumah agam Zaqril memang cukup mewah. Leka Hana memerhati sekelilingnya.

"Masuk." arah Zaqril.

Hana sekadar menjadi pengikut setia.

"Jom aku tunjuk bilik kau." ujar Zaqril sinis.

'Alhamdulillah tak sebilik.' ucap Hana dalam hati. Dia sudah tersenyum puas.

"Malam ni masak untuk aku. Ada benda nak bincang." ujar Zaqril sebelum langkah diatur ke biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.

Dugaan Hati♡Where stories live. Discover now